Assalamualaikum
Hai , semua minta maaflah pagi tadi tak sempat nak update blog kerana sibuk dengan my bro untuk settle kan adik acik akan praktikal di toyota. Memang buzy sikit pergi sana sini, tengok rumah sewa dan pelbagai lagi.. Pagi tadi , acik online mengunakan telefon bimbit dan membaca status rakan rakan di facebook dan ada satu status menarik perhatian acik, statusnya berbunyi macam gini..
ala tanpa lelaki pon aku boleh hidup... aku tak perlukan lelaki... biar seorangan kerana aku ada kawan kawan yang selalu ada untuk aku. Lelaki semua sama penipu ,menyusahkan serta menyakiti hati perempuan..
wahhh amboooi , status di facebook kemain lagi, meroyan ke atau putus cinta ke ??
Perempuan yup memang boleh hidup tanpa lelaki, tapi lelaki dan perempuan mereka saling melengkapi satu sama lain. Cinta itu adalah satu anugerah yang terindah dalam hidup kita, dan cinta juga perlukan pengorbanan. Kerana cinta mampu buat kita bahagia dan kadang cinta mampu buat hidup kita derita. Mengapa perempuan memerlukan lelaki di dalam hidupnya?
Ahhh memang betul perempuan sekarang dah maju dah bekerjaya, hidup mewah dan berjawatan tinggi, tapi mampu mereka hidup tanpa seorang lelaki ? Sedangkan dulu kita ketahui bahawa nabi adam sendiri rasa sunyi dan perlukan seorang teman untuk mendampinginya, lalu ALLAH jadikan hawa untuk adam dan melengkapi hidup adam. Ini bermakna mereka saling memerlukan.Mampukan hawa hidup tanpa adam ? sedangkan hawa tercipta dari sebahgian adam
Memang akan ada mereka yang katakan buat apa nak pertaruhkan hidupnya di tangan seorang lelaki ? bukanlah lebih elok jika hidup dengan kawan kawan BFF katanya dan hidup bebas dengan lelaki mana mana lelaki lain tanpa ikatan.
Kerana ALLAH jadikan lelaki adalah sebagai khalifah di muka bumi ini atau sebagai pemimpin, acik tak menyangkal bahawa zaman ini banyak kes yang kita lihat tentang penindasan yang di lakukan terhadap perempuan. Tapi percayalah bukan semua lelaki tu jahat, bukan semua lelaki hanya untuk mempermainkan perasaan perempuan.Masih ada lelaki yang baik untuk kamu. Ada yang kata pada acik lelaki yang baik satu dalam seribu dan acik jugak boleh katakan perempuan yang baik juga satu dalam seribu.
Cinta tidak datang bukan dipaksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita
mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan acik, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Yup kawan memang boleh selalu ada untuk kita , tapi sampai bila ?? adakah cerita dalam tentang peribadi dan soal hati mereka sudi mendengarnya 24 jam ??
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan acik, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Yup kawan memang boleh selalu ada untuk kita , tapi sampai bila ?? adakah cerita dalam tentang peribadi dan soal hati mereka sudi mendengarnya 24 jam ??
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Wahai kaum hawa semua acik just mahu ingatkan, kamu dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kamu ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, wahai kaum hawa, kamu ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, di terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu bagaikan ikan di lautan, kamu adalah air yang melengkapi sepanjang hidupnya.Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi.Semestinya kamu mahu menjadi air yang memberikan nafas bagi ikan tersebut. Dan terus bersama-sama hidup sehingga ke hari tua dan mati.Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...Jangan pernah berhenti berdoa kepada ALLAH untuk menemuikan pasangan yang baik dan cuba jadikan diri ke arah kebaikan. Dan Kaum adam juga haruslah bersama sama mengubah diri ke arah kebaikan :)
5 Ulasan
Kalau saya cakap perempuan bende yang sama, mesti mereka pom marah... Jangan kerena beberapa titik nila, susu sebelanya jadi purple...
Tak boleh la macam tu kan... Hehehe....
Regards,
-Strider-