Assalamualaikum
hai semua, sebelum tu acik minta maaf kepada kamu semua kerana ada yang datang ke blog acik tapi acik tak sempat nak kunjungi balik blog kamu semua, sebab sekarang nie acik sedang musim final exam,insyaALLAH nanti cuti sem acik akan adakan segmen dan macam -macam lagi untuk kamu semua :) Dan ada juga yang katakan acik sombong, tak kenal maka tak tahu, mungkin sekrang nie acik tak dapat tegur semua orang tapi insyaLLAH ada masa nanti acik tegur semua jangan sampai bosan pulak.
Sebenarnya pagi tadi acik ada menonton movie untung hilangkan stress, di mana dalam movie tu memperlihatkan kepayahan ibu bersalin , untuk memberi kehidupan kepada kita.Dan satu jer acik terfikir, sebab terlalu kagum dengan wanita -wanita yang sanggup bertarung nyawa untuk kita. Tiba masa mereka kita sia-siakan ,lawan cakap mereka..fuhhh
Kalau lelaki mengandung dan bersalin: mustahil! Memang mustahil!
Sebab itulah Allah hanya mengurniakan nikmat bersalin kepada kaum Hawa
sahaja.
Acik tidak dapat bayangkan tubuh
badan lelaki sekiranya mereka mengandung! Aduh, hodohnya! Mungkin
inilah antara hikmahnya kenapa lelaki tidak boleh mengandung. Kalau
tidak, tentu ramai lelaki berperut boroi tidak dapat dibezakan dengan
“lelaki mengandung”.
Bagaimana pula dengan “mabuk
mengandung”? Mampukah “lelaki mengandung” menghadapinya? Absolutely rasa
tidak. Cuba bayangkan “lelaki mengandung” mengalami loya dan
muntah-muntah… Aduh, tidak dapat bayangkan seorang lelaki yang berbadan
sasa mengadu loya-loya dan muntah-muntah.
Sesungguhnya
wanita begitu “gagah” untuk menghadapinya. Segagah-gagah lelaki, belum
tentu mampu untuk menahan derita siang malam membawa kandungan yang
berat ke mana-mana sahaja selama 9 bulan.
Bagaimanakah
pula agaknya “lelaki mengandung” tadi hendak menghadapi saat-saat
kelahiran? Tentu kecoh satu hospital dibuatnya! Mana tidaknya, jika
terdengar suara garau menangis dan menjerit! Anak yang di dalam
kandungan pun boleh terkejut tidak jadi keluar dibuatnya.
Doktor
yang akan membidankan pula tentulah doktor lelaki yang gagah perkasa.
Begitu juga dengan jururawat yang membantu. Lebih-lebih lagi jika “bapa
mengandung” tadi berbadan sasa seperti ahli gusti. Paling tidak,
doktor dan jururawat tadi mestilah seperti Hulk. Jika tidak, dikhuatiri
doktor tadi tercampak ke dinding sebelum sempat menyambut kelahiran
bayi.
Cuba bayangkan lelaki sesasa Arnold Susahnakeja, aron aziz mengandung. Siapakah doktor yang sanggup membidankannya? hahahaha ohh no!!!
ehhh mesti ada yan katakan ehhh adalah lelaki mengandung!! tu kan kes dia seorang perempuan dan banyak kes lain ,maksud acik secara naturally yer.
Bila di fikirkan balik hargailah seorang wanita kerana mereka memberikan kehidupan terhadap kita, hargai ibu kita kerana dialah yang akan selalu ada untuk kita dan akan selalu berada di sisi kita. Honestly , acik sayang semua kakak-kakak acik dan terutama mak ... i love u .. Semoga ALLAH benarkan acik hidup bersamanya selagi ada ruang untuk selalu dekat dengan mak :)
10 Ulasan
nice sharing acik =)
Btw, nice artikel... Betul sangat... Gagah itu mempunyai tafsiran halus tersendiri...