Assalamualaikum
Hari nie hampir 10 orang bertanyakan pada acik di page acik, boleh ke seorang blogger hidup berseorangan. Maksudnya independent tak perlu kawan-kawan blogger yang lain ? jawapannye mestilah boleh tapi dia hanya dengan blognya saje ,idea pon akan tidak berkembang.Apa salahnya jika kita ada rakan-rakan blogger yang akan selalu tolong kita , dan berkongsi idea dan pendapat.. Tanpa reader , tanda follower dan tanpa rakan-rakan blogger siapalah kita nie. So acik nak bagitahu blog idola acik , dan blogger yang selama ini banyak beri tunjuk ajar pada acik .
1. Cerita Dari Hati -http://www.ecadwinkyasha.com
Honestly acik katakan , dari dulu acik jadi blogger , acik tak tahu banyak benda ,independent , banyak pekara yang bermain di fikiran, dan hati bertanya kenapa tak cuba tanya blogger lain ? Jadi acik cubalah tanya-tanya blogger lain. Dan acik jumpa blog Eca Dwinky Asha. Seriously sejak jumpa dengan eca, acik jadi silent reader untuk blognya, acik selalu follow up blog dia dan memang tiap-tiap hari baca blogger cuma kadang comment jer tak. Tapi kalau kamu kenal eca nie kamu tak akan menyesal sebab dia seorang mesra ,ramah dan tak kedekut ilmu, dia kongsi apa yang dia tahu tentang dunia blogger nie. Acik respect dengan dia.. Dan acik jadikan dia salah satu blogger contoh terbaik untuk acik.
2. Hasrul Hassan - http://www.hasrulhassan.com
Wow nie super senior , sumpah acik cakap blog nie sangat best kerana abang HH memang superb !! dari segi penulisannya memang terbaik , dari segi susun atur blognya, dari segi pemilihan colour dan macam-macam lagi .Memang legend, serious tak menyesal kalau datang, Di blog abang HH , kamu boleh dapatkan pelbagai panduan yang menarik tentang dunia blog, Paling Acik suka adalah penulisannya, ayat yang di gunakan, gaya bahasa memang terbaik. Dia juga salah satu idola untuk acik .
3. Hazwan Hairy - http://www.hazwanhairy.com/
Satu lagi blogger yang acik respect adalah Hazwan Hairy, memang benar,sekarang blogger ini menjadi bualan ramai blogger-blogger yang lain. Hazwan Hairy seorang yang mesra dan tak sombong, tengoklah dia akan terjah ke blog-blog yang datang ke blog dia dan akan sentiasa comment kat blog kita. Entrynya juga best sebab pengunaan ayat yang sempoi dan paling penting blog dia cantik. Memang suka datang ke blog dia sebab ada saje cerita yang menarik yang mahu di kongsikan pada kita.Hazwan Hairy salah satu blogger favorite acik.
4. Sis Eiyan Azian - http://eiyanz.com/
Salah seorang blogger yang tak pernah kedekut ilmu dan selalu beri tunjuk ajar kepada acik adalah Sis Eiyan Azian. Blog dia sekarang makin cantik, dan acik juga suka baca entrynya kerana entry itu lain dari lain. Dan paling best Sis Eiyan Azian suka berikan kata-kata motivasi kepada pembaca dia. She very inspired me
5. Boni kacak -http://www.bonikacak.com/
Siapa tak kenal boni kacak.com, juga salah seorang blogger yang hebat. Kalau dapat tengok blognya simple tapi menarik. Entrynya sempoi dan paling best dia pandai tarik pembaca untuk datang ke blog dia. Dengan gelagat yang kelakar bro.. tengoklah apa yang di update di youtube. Hahaha. kalau satu hari tak datang ke blog dia tak lengkaplah rasanya. Blogger nie juga tak sombong, akan datang ke blog kita.,tak mcam sesetengah blogger lain .
6. BudakFelda - http://budakfelda.com/
Budakfelda.com, aah nie blog yang sangat awesome. Bangga acik jadi salah seorang anak felda. Blogger nie juga bagi tips dan maklumat berguna kepada pembaca. Sebenarnya acik nak ucapkan ribuan terima kasih kepada owner blogger nie kerana hasil tunjuk ajarnya , pengiklanan komli sekarang dah ada di blog acik. Dan paling penting blognya seimbangkan dunia dan akhirat. Ada tentang agama dan tentang pelbagai bahan bacaan yang sesuai untuk kita.Blog ini jiga adalah pilihan acik .
6 Blogger ini, adalah blogger idola acik, mereka blogger hebat!! acik berharap sangat satu hari nanti acik akan jadi seperti mereka. Dan kalau kamu tak percaya kamu bolehlah datang ke blog nie.Memang terbaik mereka nie ,..tabik respect dia mereka :)
28 Ulasan
Namun, listing kat atas tu memang best, memang mereka tu ada tarikan sendiri. Bonikacak sbb dia kacak .. hehehehe... huhhu ... Eiyanz ... i lkieee...eca .. antara yang jadi pembaca setia. Hazwan ... HH ada gak ke sana sesekali.
TAPI terima kasih atas perhargaan ini...:)