Assalamualaikum
Pernah tak ada ketikanya tiba-tiba rasa sunyi., keseorangan dan sepi tanpa kata. Ketika itu hanya diri kita faham situasi tu, walaupon kita selalu bersama orang yang sayang kita di sekeliling tapi hati masih lagi sunyi.Entahlah acik pon faham perasaan nie dan bermain di fikiran. tiba-tiba teringin nak asingkan diri dan berseorang jauh dari yang lain...perasaan sunyi itu datang seperti ada rasa kehilangan.
Kadang saat itu, terfikir dan bertanya pada diri sendiri .Kenapa dengan aku nie ? Adakah aku sudah bersedia dengan dugaan akan datang ? kenapa dia tinggalkan aku ? aku perlukan seseorang dan macam-macam lagi di fikiran. Puas aku sendiri cari jawapan kenapa masih lagi aku rasa sunyi dan rasa kehilangan. Mungkinkah kerana dosaku ? ataupon mungkin kerana keinginan aku masih lagi tak tercapai?
Puas cari ketenangan dengan pergi ke laut , kata orang dapat legakan hati yang sedang sunyi, tapi tetap perasaan itu datang lagi. Dengar zikir-zikir ,memang tenang tapi ada masanya masih lagi rasa sunyi itu.Bila saat ini mulalah teringat orang-orang yang pernah buat hati aku sakit sangat. Mungkin aku belum ikhlaskannya dan maafkan mereka.Bila fikir balik sampai bila aku nak terus macam tu .Sedangkan Nabi Maafkan umatnya apa lagi aku manusia biasa.
Mungkin juga Allah nak tunjukkan sesuatu, kadang kala bila orang lain sedang sedih, gundah dan hiba mereka mencari kita untuk meluahkan perasaan mereka pada kita ,kita cuba sedaya upaya luangkan masa untuk mereka. Bila tiba masa kita, semua buzy dengan kehidupan masing-masing ,bukan nak berungkit tapi itulah realiti. Maka aku cuba cari di mana rasa sunyi itu hadir .
Rupanya Allah sengaja bagi kita rasa sunyi walaupun ada insan yang menyayangi kita
di sekeliling sebab Allah nak kita Mengadu dan Sujud kepadaNya. Memang betul kita selalu berdoa setiap kali kita habis solat. Tapi berapa kali kita merintih dan mengadu dengan Allah saat kita suka dan duka ?? Pernah tak kita menagis di depannya untuk luahkan apa yang kita rasa.
Ketika
Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa
melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi
Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya
kerana Aku ingin mendengar rintihannya”. (HR Thabarani dari Abu Umamah)
Sumpah ,bila aku sendiri berserah dan mengadu padanya, aku rasa lebih tenang, segala beban masalah aku seolah olah ada penyelesainnya walaupon aku tak tahu macam mane dan rasa sunyi itu hilang. Rupanya mungkin Allah rindu dan dengar rintihan hambanya, aku malu sebenarnya kerana Dia tak pernah berhenti untuk terus bersamaku,sedangkan aku kadang kala terleka lagi-lagi saat bergembira. Terima kasih Ya Allah kerana kau berikan kesempatan dan perasaan ini. Perasaan ini yang buat aku sedar bahawa aku perlukan waktu untuk diriku mengadu dan sujud kepadaMu :(
"Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kami, bantulah kami mengingati-Mu
dan mensyukuri nikmat-Mu, bantulah kami untuk mmperbaiki ibadah
kepada-Mu dan terimalah segala amal ibadah kami...aamiin."
25 Ulasan