Ticker

6/recent/ticker-posts

Apabila Lelaki Hanya Ada Diploma Dan Perempuan Mempunyai Ijazah...Mampukah Bahagia ?



Assalamualaikum

Hari ini acik mendapat email bagi memberi respon terhadap status acik di facebook tentang Perempuan (Degree) Lelaki (Diploma). Jom ikuti perbualan kami :)

Penghantar email : assalamualaikum , ini acik  pemilik blog aku penghibur tu kan ? Saya Mira ,rasa terpanggil pula nak kongsikan cerita hidup saya berkenan dengan status acik di page acik berkenaan perempuan Degree dan lelaki Diploma. 

Acik : Walakumusalam, yer mira , saya pemilik akupenghibur.com. Wahh seronoknya ada yang mahu share cerita nie , alhamdulilah silakan.

Mira : Naseb betul , puas juga cari email acik akhirnya jumpa jugak. Sebenarnya dah lama Mira nak contact dengan acik tapi tak tahu caranya. Okeylah macam gini acik, masa mira umur 24 tahun mira bagitahu pada parent bahawa mira mahu kawini calon pilihan mira.Pada mulanya, parent tak kisah bila mira sebut pasal kawin ni, tapi bila mira bagitahu yang lelaki tu hanya diploma saje ayah terus macam menolak dan suruh mira fikir banyak kali atas apa yang mira katakan. Bersediakah hanya lelaki sekadar diploma ??  Ayah selalu cakap cari lelaki itu lebih tinggi pendidikannya dan sekufu dengan mereka.

Sebab perempuan yang  mempunyai (degree) itu mungkin bergaji RM 4 ribu ke atas ke? pastu lelaki yang Diploma tu bergaji RM 2000 jer ? ayah dan ibu mira risau sangat kalau lelaki tu akan ambik kesempatan atas mira . Apa yang difikirkan  mereka adalah  seperti macam kereta takut dia gunakan kereta mira kerana abang hanya ada motor saje, takut nanti tiap-tiap bulan duit sewa rumah, mira bayarkan . perbelanjaan dapur,bila mengandung? - mira kena guna duit sendiri jugak untuk bersalin. persiapan anak-anak dan lain-lain.Bila dapat anak? - kos babysiter,,susu,pampers? mira yang kena tanggung.

Acik : Wahh begitu terperinci, maaf mira acik nak tanya , mira ada buat istikarah ?  mungkin parent mira risau sangat tentang mira. Jadi bagaimana seterusnya adakah mereka setuju ? dan apa yang mira buat ?


Mira :Alhamdulilah acik, sebelum kawin,mira buat solat istikarah , selama 3 minggu untuk mendapatkan jawapannya, dan hati ni kuat mengatakan dia adalah jodoh mira. Mira bagitahu pada ibu tentang hal ini dan ibu sokong mira, ibu kata paling penting adalah agama, jika elok agamanya maka eloklah jalan hidupnya. Mira lega bila ibu restu kami .Dan mira tetapkan satu hari untuk abang berjumpa dengan parent mira. Ayah tegas katakan dia masih tak dapat terima, yelah abang hanya sekadar technician.

Atas pujuk rayu mira dan ibu , ayah benarkan kami berkahwin kerana sayang pada mira. walaupon perkahwinan kami pada awalnya kurang senangi Ayah tetapi kini ayah dapat terima dia seadanya dan kami semua percayalah pada jodoh dan takdir Allah. Abang (suami) alhamdulilah jenis yang tak pernah tinggal solat dan mempunyai ilmu tentang agama.  Bila mira kawin dengan dia, mira rasa bahagia dan bersyukur dengan Jodoh dari Allah. Walaupon abang gajinya lebih kecil dari mira, segala belanja rumah dan keperluan kami dia yang tanggung, abang pandai manage kewangan dia dan segala pembelanjaaan.Niat mira kat sini bukan nak sanjung suami mira, tapi kepada kamu semua lelaki di luar sane, jangan cepat putus asa, percaya pada jodoh Allah dan sentiasa tingkatkan diri serta jangan jauh dari Allah. Alhamdulilah sekarang abang dah habiskan degree dia yang di ambil jarak jauh. 

Nasihat Mira lagi pada isteri yang lebih tinggi pendidikan/gajinya. Jangan hanya kerana kamu lebih dari si suami kamu berhak untuk marah-marah dan memperlekehkan kemampuan suami kamu,itu salah.Bila bergaduh jangan ungkit berungkit soal taraf pendidikan ,gaji dan apa sahaja yang awak rasa lebih dari suami.bagaimana pon dia adalah pilihan kamu dan sepatutnya kamu perlu terima dia seadanya.

Nasihat mira pada semua , yakin pada Allah , jika ada keraguan buatlah istikarah  dan yakin denganNya. Carilah lelaki/ perempuan yang mementingkan agamanya, kerana hanya itu yang memastikan hidup kita bahagia atau tidak. Kawal pembelanjaan, dan usaha serta ada harta.Terima kasih acik kerana dengar cerita mira ini dan di siarkan di blog acik.



Alhamdulilah mira, untung sekali kamu berdua, acik doakan perkahwinan kamu berkekalan di dunia dan di akhirat. nasihat acik pula..usahlah berkira tentang sekufu pendidikan.Cukuplah dia sempurna imannya dan ibu bapa kita merestui pernikahan kita nanti.

sekufu itu banyak cabangnya,jika tak dapat memenuhi semua kriteria..terimalah dia seadanya sahaja kehidupan yang sebenar adalah kehidupan selepas berkahwin.sabar dan rajin berusaha untuk ke arah yang lebih baik dari segala segi..baik dari beribadat mahupun mencari harta benda.

Memang la banyak cabaran kalau kahwin dengan orang yang tidak sekufu..tapi bukannya islam melarang. Yang penting, suami sedar tanggungjawab dia dan berusaha supaya taraf menjadi sama. Nabi Muhammad SAW pun berkahwin dengan Siti Khadijah tetapi mampu hidup bahagia walaupun tak sekufu (dari segi harta)...yang penting terima seadanya pasangan kita Yang penting lelaki kena tau tanggungjawab dia, kena rajin cari rezeki, bersungguh-sungguh dan ikhlas cari duit untuk family, barulah rezeki tu berkat.Maaflah jika ada terkurang dari nasihat acik nie, Sebab acik pon belum berpengalaman tentang perkahwinan dan semua nie. Ini hanya sekadar pendapat acik yang banyak kekurangan nie :)

Catat Ulasan

32 Ulasan

Ayue Rejaluddin berkata…
Certificate bukan pengukur kebahagiaan.....
Kisah Mira ni boleh bukak mata orang lain.. =D
Unknown berkata…
tetiba teringat pulak seseorang bila baca entry acik ni...tak kesah lah dia punya pendidikan taraf mana...yg penting lelaki tu mahu bertanggungjawab dan berusaha meningkatkan taraf dia dan bukannya mengharap pada perempuan yg sepatutnya dia lindungi...tabik spring untuk suami mira ni...dan dekat mira sendiri...dia memilih pasangan bukan dari ukuran fizikal atau kebendaan...memilih kerana Agama... =)
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah semoga ada sedikit pengajaran :)
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah ..moga kita lakukan tindakan yang benar jgk ..wahh teringat sapelah tu ?
hazwan hairy berkata…
alamak cerita lbh kurg sama ja..haha
zmn skrg dh ramai sgt ada qualification tinggi2 tp ilmu agama hampesss..so, paling baik cari yg balance dua2, atau lebih beragama.sebb yg beragama nie secara automatik akan jlnkn tggjwb dia sbgai suami especially nafkah.
Unknown berkata…
taraf pendidikan degree atau diploma bukan kayu pengukur dlm kebahagiaan.. tapi kalau taraf pendidikan suami dlm agama lemah,tu memang x boleh buat suami
Akupenghibur.com berkata…
yup ..paling penting agamanya .. jika agamanya maka lebih bertanggungjawab :)
Akupenghibur.com berkata…
setuju !!! benar sekali
Unknown berkata…
Dulu saya tak ambik tahu taraf pendidikan dan berapa gaji dia masa tu.. yg penting HATI BERSIH dan kekuatan IMANnya.. Alhamdulillah kebahagiaan milik kita walaupun pelbagai dugaan melanda.
Unknown berkata…
pelajaran ini bukan pengukur kebahagiaan. terbukti bila umi saya hanya STPM . abah pula lebih sikit dari umi .alhamdllh bahagia jer :)
maszull berkata…
assalamualaikum ...kalau dah suka itu semua bukan tanda pengukurnya...
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah ..biasalah tu asam garam dalam kehidupan kita :)
Akupenghibur.com berkata…
yup betul tu ..tapi pelajaran itu perlu untuk hidup kita :)
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam..betul tu kak
pch berkata…
pk positif...masaalah yg timbul kalau suami gaji kecik...tp bab lain dia ok...xsalah pon si isteri bantu suami...duit , keta, sewa rumah, apa saja,,,sbb dia suami kita....hidup kena kongsi susah senang...xada istilah suami atau isteri amik kesempatan...

lainla kalau dah tolong byr sewa rumah..keta..tp suami mmg pemalas xnak keja..dok melepak...keja main2...




Unknown berkata…
inilah open minded in islam concept...nice!
Unknown berkata…
nice sharing acikkk!! :D
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ;)) Allah thu yang terbaik untuk kita
Miss Eja berkata…
:) nice entry.. dlu pernh terjdi kat sy bnda ni. oleh sebb mk ayah x setuju dgn lelaki plihan sy,, then sy terpksa lepaskan dia. Doa istikharah tu insyaallah mmpu mbuka jalan kpda hamba yang berdoa :) thankz sharing....
Nurul Mazni Sawal berkata…
nice entry acik.. sekarang mmg ramai yg cm nie.. tp bukan semualah.. dlm family maz pun ade.. pak cik maz sijil jer n insya allah akan berkahwin dengan org yg ade master.. sblom nie mmg ade masalah dlm hbungan diorang.. tp alhamdulillah sekarang dah oke dan dalam proses nak mendirikan rumah tangga. insya allah klu kita percaya takdir Allah, walau tidak sama darjat pun seseorang tu pasti boleh bersama.. :)
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah Allah memang terbaik untuk kita kan :)
Akupenghibur.com berkata…
benar sekali ..kitak ena percaya takdir Allah apa pon ... yang penting kita usaha :) dan yakin padanya
Unknown berkata…
harta , pangkat bukan ukuran bagi aku lah..
taktau lah makpak sekarang atau anak2 yg lain kann..
kebahagiaan pun dapat dimiliki dgn hati yg ikhlas..
pepun bahagia, percaya pada pasangan dan berusaha ke arah kebaikan pun da bagus..
Qaseh Vee berkata…
assalamualaikum ... saya dah lihat fenomena nih depan mata saya . bkn satu tapi empat orang . Isteri keluar bekerja dan bawa balik gaji 4 angka . Suami lak keje ikut suka dia n duit guna utk diri sendiri ... masuk umah tggl cuci kaki , mkn tanggung . anak2 pun tau mak yg kuar semua duit belanja ... sbb saya blm kahwin maka saya bertekad n mohon pada Allah diberikan suami yg ada kerjaya mantap n pendapatan yg tetap ... insya Allah , Allah memberi sesuai dgn permintaan kita ... mudah2an
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ..tapi pelajaran dan kewangan yang mantap juga di perlukan
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. ermm ada juga pengalaman orang di sekeliling cm tu ..Apa pon jangan terlalu ikut cinta tu sangat dan fikir betul-betul pilihan kita tu..adakah dia mampu jadi imam untuk kamu ?
Sayidah Napisah berkata…
alhamdulillah.moga berkekalan hingga akhir hayat .amin :)
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
apa bezanya kelulusan kalau tak menjanjikan kebahagiaan di masa depan? apa gunanya ada dip/degree.master/phd kalau tak reti muhasabahkan diri n tak dapat nak membimbing keluarga di msa depan? huhu.. kalau sama taraf,seangkatannya,harta yang dititiberatkan sbelum nak sunting jd menantu.,alamatnya mmg tak kahwin2 la.huhu..cuba tengok dr segi latar belakang agama.. semua org boleh ckp pasal agama tapi tak smua boleh praktikkan apa yg dia cakap..

(*komen me rasa mcm lari dari isu utama..ahah..ampun ya pak pagi2 buta komen..normal la mamai)