Assalamualaikum
Hari ini acik mendapat email bagi memberi respon terhadap status acik di facebook tentang Perempuan (Degree) Lelaki (Diploma). Jom ikuti perbualan kami :)
Penghantar email : assalamualaikum , ini acik pemilik blog aku penghibur tu kan ? Saya Mira ,rasa terpanggil pula nak kongsikan cerita hidup saya berkenan dengan status acik di page acik berkenaan perempuan Degree dan lelaki Diploma.
Acik : Walakumusalam, yer mira , saya pemilik akupenghibur.com. Wahh seronoknya ada yang mahu share cerita nie , alhamdulilah silakan.
Mira : Naseb betul , puas juga cari email acik akhirnya jumpa jugak. Sebenarnya dah lama Mira nak contact dengan acik tapi tak tahu caranya. Okeylah macam gini acik, masa mira umur 24 tahun mira bagitahu pada parent bahawa mira mahu kawini calon pilihan mira.Pada mulanya, parent tak kisah bila mira sebut pasal kawin ni, tapi bila mira bagitahu yang lelaki tu hanya diploma saje ayah terus macam menolak dan suruh mira fikir banyak kali atas apa yang mira katakan. Bersediakah hanya lelaki sekadar diploma ?? Ayah selalu cakap cari lelaki itu lebih tinggi pendidikannya dan sekufu dengan mereka.
Sebab perempuan yang mempunyai (degree) itu mungkin bergaji RM 4 ribu ke atas ke? pastu lelaki yang Diploma tu bergaji RM 2000 jer ? ayah dan ibu mira risau sangat kalau lelaki tu akan ambik kesempatan atas mira . Apa yang difikirkan mereka adalah seperti macam kereta takut dia gunakan kereta mira kerana abang hanya ada motor saje, takut nanti tiap-tiap bulan duit sewa rumah, mira bayarkan .
perbelanjaan dapur,bila mengandung? - mira kena guna duit sendiri jugak untuk bersalin. persiapan anak-anak dan lain-lain.Bila dapat anak? - kos babysiter,,susu,pampers? mira yang kena tanggung.
Acik : Wahh begitu terperinci, maaf mira acik nak tanya , mira ada buat istikarah ? mungkin parent mira risau sangat tentang mira. Jadi bagaimana seterusnya adakah mereka setuju ? dan apa yang mira buat ?
Mira :Alhamdulilah acik, sebelum kawin,mira buat solat istikarah , selama 3 minggu untuk mendapatkan jawapannya, dan hati ni kuat mengatakan dia adalah jodoh mira. Mira bagitahu pada ibu tentang hal ini dan ibu sokong mira, ibu kata paling penting adalah agama, jika elok agamanya maka eloklah jalan hidupnya. Mira lega bila ibu restu kami .Dan mira tetapkan satu hari untuk abang berjumpa dengan parent mira. Ayah tegas katakan dia masih tak dapat terima, yelah abang hanya sekadar technician.
Atas pujuk rayu mira dan ibu , ayah benarkan kami berkahwin kerana sayang pada mira. walaupon perkahwinan kami pada awalnya kurang senangi Ayah tetapi kini ayah dapat terima dia seadanya dan kami semua percayalah pada jodoh dan takdir Allah. Abang (suami) alhamdulilah jenis yang tak pernah tinggal solat dan mempunyai ilmu tentang agama. Bila mira kawin dengan dia, mira rasa bahagia dan bersyukur dengan Jodoh dari Allah. Walaupon abang gajinya lebih kecil dari mira, segala belanja rumah dan keperluan kami dia yang tanggung, abang pandai manage kewangan dia dan segala pembelanjaaan.Niat mira kat sini bukan nak sanjung suami mira, tapi kepada kamu semua lelaki di luar sane, jangan cepat putus asa, percaya pada jodoh Allah dan sentiasa tingkatkan diri serta jangan jauh dari Allah. Alhamdulilah sekarang abang dah habiskan degree dia yang di ambil jarak jauh.
Nasihat Mira lagi pada isteri yang lebih tinggi pendidikan/gajinya. Jangan hanya kerana kamu lebih dari si suami kamu berhak untuk marah-marah dan memperlekehkan kemampuan suami kamu,itu salah.Bila bergaduh jangan ungkit berungkit soal taraf pendidikan ,gaji dan apa sahaja yang awak rasa lebih dari suami.bagaimana pon dia adalah pilihan kamu dan sepatutnya kamu perlu terima dia seadanya.
Nasihat mira pada semua , yakin pada Allah , jika ada keraguan buatlah istikarah dan yakin denganNya. Carilah lelaki/ perempuan yang mementingkan agamanya, kerana hanya itu yang memastikan hidup kita bahagia atau tidak. Kawal pembelanjaan, dan usaha serta ada harta.Terima kasih acik kerana dengar cerita mira ini dan di siarkan di blog acik.
Alhamdulilah mira, untung sekali kamu berdua, acik doakan perkahwinan kamu berkekalan di dunia dan di akhirat. nasihat acik pula..usahlah berkira tentang sekufu pendidikan.Cukuplah
dia sempurna imannya dan ibu bapa kita merestui pernikahan kita
nanti.
sekufu itu banyak cabangnya,jika tak dapat memenuhi semua
kriteria..terimalah dia seadanya sahaja kehidupan yang sebenar adalah kehidupan selepas berkahwin.sabar dan
rajin berusaha untuk ke arah yang lebih baik dari segala segi..baik dari
beribadat mahupun mencari harta benda.
Memang la banyak cabaran kalau kahwin dengan orang yang tidak
sekufu..tapi bukannya islam melarang. Yang penting, suami sedar
tanggungjawab dia dan berusaha supaya taraf menjadi sama. Nabi Muhammad
SAW pun berkahwin dengan Siti Khadijah tetapi mampu hidup bahagia walaupun tak
sekufu (dari segi harta)...yang penting terima seadanya pasangan kita Yang penting lelaki kena tau tanggungjawab dia, kena rajin cari rezeki, bersungguh-sungguh dan ikhlas cari duit untuk family, barulah rezeki tu berkat.Maaflah jika ada terkurang dari nasihat acik nie, Sebab acik pon belum berpengalaman tentang perkahwinan dan semua nie. Ini hanya sekadar pendapat acik yang banyak kekurangan nie :)
32 Ulasan
Kisah Mira ni boleh bukak mata orang lain.. =D
lainla kalau dah tolong byr sewa rumah..keta..tp suami mmg pemalas xnak keja..dok melepak...keja main2...
taktau lah makpak sekarang atau anak2 yg lain kann..
kebahagiaan pun dapat dimiliki dgn hati yg ikhlas..
pepun bahagia, percaya pada pasangan dan berusaha ke arah kebaikan pun da bagus..
(*komen me rasa mcm lari dari isu utama..ahah..ampun ya pak pagi2 buta komen..normal la mamai)