Assalamualaikum
Dalam hidup kita penuh dengan tanda-tanda tanya, kadang kala malu nak bertanya pada orang sebab takut di labelkan sebagai bodoh.Ala kalau nak belajar tak kisahlah orang nak cakap apa pon janji kita dapat ilmu. Sebenar acik nie suka meneliti orang yang acik jumpa dan kenal tetapi dalam hidup kita tak lekang kita dengar ayat-ayat yang ada kita biasa petuturkan tapi boleh menyebabkan syikir khafi ataupon syirik tersembunyi. Biasa tak dengar ayat nie ?
- Ubat tu memang bagus, kalau engkau makan, sekejap saja pening engkau tu hilang.”
- Aku dengan orang lain tak berapa serasi, bomoh tu saja yang faham penyakit aku.
- Aku tak boleh teruskan hidup tanpa si dia.Aku lebih rela mati daripada melihat si dia berpacaran dengan lelaki lain.
Lebih malang lagi apabila si lelaki tadi mengamalkan apa yang dilafazkannya dengan membunuh diri. Sudahlah berdosa mensyirikkan Allah, kemudian melakukan dosa besar dengan membunuh diri pula.
Mungkin juga kita pernah mengungkapkan dialog di atas secara sedar atau tidak apabila berdepan situasi sebegini. Kedengaran seperti tiada apa salah silapnya, mungkin juga hanya perkara remeh yang tak perlu dibincangkan.
Tapi pada acik, perkara yang sering dipandang remeh inilah kadangkala menggoncang iman kita secara sedar atau tidak. Daripada sekecil-kecil bintik hitam, lama-kelamaan ia bertukar menjadi barah kepada iman dan akidah.
Contoh mudah adalah dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa kesihatannya bergantung dengan ubat-ubatan. Jika tiada ubat, sakitlah dia.
Tidak dinafikan, mencari ubat terbaik adalah satu ikhtiar dan usaha baik. Namun, perlu disematkan dalam hati bahawa ubat hanya wasilah dan ikhtiar untuk sembuh daripada penyakit, tetapi kepercayaan kepada yang menyembuhkan harus diiktikad kepada Allah SWT. Kerana itu, apabila bercerita mengenai kehebatan sesuatu ubat kepada seseorang, jangan lupa lafazkan insya-Allah.
Sama juga seperti dalam kes seseorang yang baru putus cinta. Merasakan hidupnya tidak lagi bermakna selepas ditinggalkan kekasihnya, padahal ramai lagi wanita dan lelaki yang jauh lebih baik di luar sana.
Dan berhati-hatilah ketika kita melakukan sesuatu kebaikan dan amal ibadah ditakuti menyerang secara tidak sedar ini tidak lain dan tidak bukan adalah sifat riak.
Riak ketika melakukan amal ibadah membuatkan sesuatu ibadah itu tiada harga di sisi Allah. Contoh paling mudah ialah merasakan orang memerhatikannya sambil memuji: “Rajinnya si polan ini. Ada saja muka dia bersolat jemaah di masjid.”
Allah berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 176, yang bermaksud: “... Mereka (orang munafik) pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan solat) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”
Dan berhati-hatilah dengan penyakit ‘ujub’ yang boleh menjadi
parasit dalam hati. Ujub membuatkan manusia berasa bangga dengan diri
sendiri atas hasil titik peluhnya. Merasakan semua adalah usahanya,
lantas tidak pernah terdetik di hati untuk mensyukuri nikmat Allah.
Ujub juga boleh berlaku apabila kita bersendirian. Kadangkala merasakan dirinya paling mulia lantaran amal ibadah dilakukan.
Jika dimbau kembali kisah penciptaan manusia, bagaimana iblis yang satu ketika dulu dimuliakan, akhirnya menjadi makhluk paling dilaknat Allah. Bermula dengan syirik kecil, dengan merasakan dia lebih mulia kerana diciptakan daripada api, sedangkan manusia daripada tanah. Dan timbul perasaan ujub dan riak dalam diri iblis dan seterusnya enggan menuruti perintah Allah untuk sujud kepada penciptaan Allah ke atas manusia.
Lalu terakamlah dialog antara Allah dengan iblis yang membuatnya tersingkir daripada makhluk yang dimuliakan sebagaimana firman Allah: “Hai iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”
Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.” (Al-Hijr, ayat 32-34)
Sebenarnya, banyak lagi contoh syirik khafi berada dalam amalan manusia. Namun ia selalunya dipandang kecil oleh manusia.

Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya, yang paling aku khuatir atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riak. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman: Pergilah kalian kepada orang- orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?” (Riwayat Imam Ahmad)
Dan ini yang acik dapatkan dari pembacaan dan sumber-sumber yang
boleh di percayai .Semoga kita bukan tergolong dari mereka yang mendapat dosa
melalui syirik khafi ini. Sampai sini dulu , lain kali kita berjumpa lagi :)
13 Ulasan
Sama2lah kita muhasabah diri balik..
*Huh terbaeekk entry ni.. rasa nak panggil Ustaz Acik je..hehe
kadang-kadang tak sedar apa yg kita ucapkan membawa syirik. perkara macam ni lah yang selalu orang terlepas pandang.. saling mengingati selepas ni. :)