Assalamualaikum
Hari nie acik mendapat khabar yang kurang menyenangkan dan buat acik tertanya sebenarnya. Jika kita sukakan seseorang yang akan menjadi seorang yang halal bagi kita semestinya akan terima segala kelebihan dan kekurangan seseorang. Sebelum kawin mungkin dapat terima dan janji membukit untuk buktikan rasa sayang dan cinta, sanggup terima seadanya pasangan kita, selepas itu ??
tadi acik mendapat khbar dari seorang isteri yang baru di ceraikan atas alasan yang kecil. Usia perkahwinan mereka baru saje 5 bulan tetapi dugaan mendatang dan rumah tangga yang di bina itu kian rapuh.Bacelah status di bawah ini yang acik print screen.
Bukankah kita dah katakan bahawa kita akan terima pasangan kita seadanya ? Seharus si lelaki haruslah mencari penyelesaian bukan menambahkan permasalah. Mesti dah tahukan sebelum berkahwin perempuan yang ingin di nikahi bagaimana.
Soal perempuan tak pandai masak saje. Pada acik itu bukan isu yang besar, sebab si perempuan boleh belajar memasak dari semasa ke semasa. Si lelaki mestilah bagi sokongan dan semangat. Acik sendiri suka memasak, ala senang memasak nie setakat masak ikan masam pedas, kari dan masak sayur bukan susah tapi semua ini perlu usaha dan latihan
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman.
Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak
lain darinya.” {H.R. Muslim}
kesian tau, sebab pekara kecil tu masalah kian membesar. Boleh duduk berbincang baik-baik dan cuba cari jalan penyelesaian bukan saling salah menyalah. Kalau ikut marah dan ego mesti boleh terjadi semua ini , cuba tenangkan fikiran dan cakap baik-baik. Si isteri pulak kena terima teguran si suami .Dalam berumahtangga ini mesti ada give and take dan saling memahami.
Paling penting fikir dulu sebelum buat apa jua tindakan dan perkataan, terlajak perahu boleh di undur , terlajak kata buruk padahnya. Ada masa lagi untuk baiki diri
Langkah yang boleh di ambil untuk selesaikan masalah nie.
1) Si suami mestilah belikan buku masakan dan sama-sama memasak di dapur untuk berikan sokongan
2) Hantar ke rumah mak/mak mertua untuk belajar masak dulu
3) Pergi kelas masakan
4) Pergi ke Youtube dan lihat cara-cara masakan.
Ahhh kita mampu mengubahnya , cuba fikir kalau si perempuan minta cerai dengan kita sebab kita bukan khalifah atau imam yang baik untuk dia ? macam mane ?? ahh mesti kita akan stresskan ,setiap masalah ada jalan penyelesainya yang penting duduk berdua dan berbincang ,cari jalan keluar bukan lari dari masalah.Ini sekadar nasihat acik, yelah walaupon acik belum berkahwin, ini semua basic dalam kehidupan kita yang perlu kita adaptasikan :)
14 Ulasan