Assalamualaikum
Untuk pertama kali ada bagi tahun 2013 ini ada seorang lelaki mahukan share cerita buat pembaca blog acik. terkejut jugak ,kebiasaanya hanya kaum hawa yang sharekan masalah mereka serta cerita mereka untuk blog acik.Terima kasih kerana berikan kepercayaan pada acik untuk siarkan cerita kamu di blog acik. Pukul 6.30 pagi tadi kami berinteraksi di email.
Ceritanya macam gini, abang zai juga seperti kamu yang pernah bercinta dan mencintai. Yang juga merasa nikmat dalam cinta. Di usia 27 tahun, tentu sekali abang zai mempunyai pengalaman yang luas tentang cinta. Di lalui seperti cinta remaja masa kini tapi apa yang abang zai katakan jika kita jaga cinta kerana Allah maka cinta yang Allah berikan juga indah dan terpelihara.
Silalah bace sedikit kisah percinta sejati ini yang boleh di jadikan pedoman dalam cinta sejati.
Aku suka sangat tengok jari-jemari teman wanita aku, cantik betul.
Sungguh!
Sampai aku takut nak pengang.
bukan
takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak
boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan
Yang Maha Esa.
Aku suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…
sungguh!
Sebab itu aku belikan dia tudung.
Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan!
Tapi sebab aku mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan di tv itu sampai bila-bila…
takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta!
Aku suka sangat tengok body teman wanita aku…
solid betul.
Sungguh!
Sebab
itu aku belikan dia telengkung supaya masa ‘dating dengan Kekasih dia
Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.
Aku pun tumpang dapat pahala…
syoknya!
Aku sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
Aku pun macam itu juga.
Si dia tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’
Aku pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa…
semoga dia cintakan-Nya lebih daripada Aku.
Aku sedih tengok dia selalu pesan macam-macam;
“Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla bla.”
Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun.
Aduuuuh…
berdosanya Aku!
Aku memang sayang sangat pada dia.
Aku mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya.
Cinta
yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber‘dating’di
syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi.
Ya Allah, ampunkanlah kami…
semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…
Semoga ada sedikit kesedaran dalam bercinta , cinta yang di pelihara dan cinta kerana ini lebih indah :)
14 Ulasan
Bila kita mencintai seseorang,berdoalah kepada allah supaya disatukan hatinya dengan hati kita..insyallah suatu hari nanti, allah akan gerakkan hatinya untuk mencintai kita sepenuh hatinya..manusia yang ikhlas adalah manusia yang redha dengan qada dan qadar allah..masyallah,agungkan cinta kerana allah..hihi