Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernyawa dan dapat bernafas di bumi pinjaman Allah. Maaf kepada semua untuk entry yang semalam. Acik dah lupakan pon sebab bila muhasabah diri rupanya acik teringin niat asal acik menaip di blog ini untuk sebarkan ilmu Allah.
Kehidupan ini ada turun dan naiknya..tanpa turun kita tak kenal erti derita.Tanpa naik kita tak kenal erti bahagia..Namun ada suatu ketika kamu turun tak naik-naik..Maka ketahuilah itulah adalah cabaran yang menduga sejauh mana ketabahan hati manusia.Ada juga ketika kamu naik tak turun-turun..Maka ketahuilah ianya menguji kamu sejauh mana kamu mensyukuri nikmatnya...
Semalam acik ada baca status dan berdebat jugak dengan pemilik status tersebut. Ingat setinggi manapon kita, sehebat mana pon kita jangan terlalu mendongak ke langit. Sebab Allah tak suka orang yang riak dan takbur. Jangan mentang-mentang kita ada degree, diploma, master,PHD kita berhak menghukum dan mengutuk orang lain.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang Muslim adalah saudaranya orang Muslim yang lain. Janganlah ia berkhianat kepada saudaranya itu dan jangan pula mendustainya, juga jangan menghinakannya (juga enggan memberikan pertolongan padanya bila diperlukan). Setiap Muslim terhadap Muslim lainnya itu adalah haram kehormatannya(tidak boleh dinodai, dimalukan), haram hartanya (tidak boleh dirampas) dan haram darahnya (tidak boleh dibunuh tanpa dasar kebenaran). Ketakwaan itu di sini (di hati). Cukuplah seseorang itu menjadi orang hina, jikalau ia menghinakan saudaranya yang muslim."
(Riwayat Tirmizi, hadith hassan)
(Riwayat Tirmizi, hadith hassan)
Kerja kilang kerja yang mulia apa, tanpa mereka yang kerja kilang kita tak dapat rasa apa yang kita ada sekarang, yelah pekerja kilang nielah yang memudahkan keperluan kita. Kalau tanpa mereka kita nak beli TV kena pasang sendiri dan test sendiri semua peralatannye.
Sekarang nie kalau nak kerja kilang sekurang-sekurangnya mesti kena kelulusan SPM tu. Satu lagi tak semestinya kerja kilang tu kuli saje, tolonglah kilang tu besar dan ada macam-macam pekerjaan ,Ada engineer, manager, technician, supervisor dan sebagainya. Sila buka minta sikit .
Nak kata orang kerja kilang pemalas ?
Mereka kerja 12 jam sehari ikut shift ,ada siang dan malam dengan pendapatan RM 600 dan sekarang dah sekata semua basic RM 900. Bayangkan mereka kerja ketika kita sedang enak tidur.Itu masih lagi di panggil pemalas ? tengoklah anak muda sekarang , bila kerja kilang sekejap jer dah behenti sebab tak tahan kerja di sana kerja berat-berat.
Bayangkan ada yang kena kerja berdiri selama hampir 10 jam , dan kadang kala berhadapan dengan benda yang membahaya. Cuba kamu yang cakap tu kerja kilang ,rasa 1 hari rasa tak mampu agaknye.
Tak kisahlah orang tu kerja apa pon , janji dia dapat dari penghasilan yang halal. Kalau tanya mak cik yang kerja kilang tu , mereka pon tak nak kerja kat kilang nie .. masa mereka dulu tak dapat peluang dan tak ada peruntukan macam sekarang, nak belajar pon susah. Sekurang-kurangnye mereka tak menyusahkan orang lain.
tak kisahlah kamu kerja tukang angkat sampah ke, pencuci tandas ke, kerja kat logi najis ke, kerja kat kedai besi buruk ke dan sebagainya .. asalkan pendapat yang di dapatkan itu halal. Apalah gunanya kerja yang dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakat tapi tidak halal.
Semua orang dan kerja ada peranan dan kepentingan masing-masing. Bayangkan kalau semua kerja lawyer, cikgu, akuantan, manager , siapa yang akan nak buat kerja production ?Maka kita kena menghargai setiap apa yang ALLAH berikan pada kita. Syukurilah nikmat yang kita dapatkan.
Semua orang dan kerja ada peranan dan kepentingan masing-masing. Bayangkan kalau semua kerja lawyer, cikgu, akuantan, manager , siapa yang akan nak buat kerja production ?Maka kita kena menghargai setiap apa yang ALLAH berikan pada kita. Syukurilah nikmat yang kita dapatkan.
26 Ulasan
*budak mana tu sedap mengata org..nnti la kena kt dia baru tahu
http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2013/02/kalau-tak-belajar-pandai-pandai-gi.html
Kalau di sebut operator pengeluaran, mcm moden dan menarik skit bunyinye...hehe. Tak kiralah apa pun kerjaya, yg penting halal. Sikit byk rezeki itu bergantung pada usaha dan ketentuan Ilahi.
Jgn di hina tukang sapu hanya kerana anda pembuat penyapu. Jgn di hina pembuat penyapu hanya kerana anda Pengurus Kilang Penyapu. Jgn di hina pengurus kilang penyapu hanya kerana anda tuan punya kilang penyapu.
Apa persamaan mereka : semua punya penyapu.
Renung2kanlah...
p/s: Masih terkilan & bersedih lagi ke?
Jom ke sini :
Baru : Petempatan Paling Sejuk Di Dunia
Update : Keretapi Ferrari
Gempak : Muzium Sains Miami Lengkap Dengan Tangki Jerung
Seram : Kuasa Air Membelah Jalan
Popular : Gua Ais Terbesar Dunia
Pelik : Ombak Membeku Secara Tiba-tiba
Aneh : Banjir Buih
Serius : Jambatan Nabi Musa
Dan banyak lagi di Green Life..
bagus apa anak muda kerja kat sini daripada melepak tak tentu hala.
banyak belajar tentang kehidupan orang lain dan jadikan diri bersyukur dengan nikmat yang ada.=)
ciksu ada pengalaman kerja di kilang.kalau rajin ot byk yg dpat. keja kilang lebih mulia dari merompak, meragut. kenapa kata pemalas?klau pemals tak yah la bekerja kan.
ni kerja kadang2 12jam nak dapat sesuap nasi.
kalau tak da pekrja kilang mana nak dapat kemudahan seperti kereta, tv dll lagi ka.
jgn cakap menilai sesuatu dari pandangan kasar saje