Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Kita Menangis Untuk Orang Yang Tak Tahu Erti Tangisan Kita. Lebih Baik,Kita Menangis Kerana Allah





Assalamualaikum


Ya Allah hujan turun tanpa henti di johor dari semalam lagi, semoga hujan ini memberikan penghidupan kepada makluk di muka bumi ini bukan lagi bencana seperti 3 tahun yang lepas berlaku di kota tinggi.Fuhh memang sedap tidur  tapi gagahkan diri jugak untuk menaip .Acik terfikir kita nie umat akhir zaman , umat yang terakhir di muka bumi ini, kita beruntung kerana Allah memberi banyak peluang kepada kita untuk membaiki diri kita, sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang nie.

Kadang kala di dunia lagi Allah dah tunjukkan balasan kepada mereka yang menyekutukan Allah , Cash & Carry. Tapi masih lagi ramai tak sedar diri. Dalam hidup kita banyak benda yang kita tak ketahui dan rasa pelbagai perasaaan. Kadang kala sedih, gundah gelana, hiba, galau dan sebagainya

Kadang kala jua kita selalu nak menagis kerana orang kecewakan kita, putus cinta, kehilangan dan sebagainya. Kita mampu menagis untuk itu semua lagi-lagi soal cinta. Cinta dan kehidupan itu memang tak dapat di pisahkan. Bila kecewa cinta pasti air mata akan mengalir bagaikan hujan yang turun. 

Kita merasakan bahawa tangisan untuk orang yang pernah kita sayang itu adalah tangisan sejati. Memang sakit sangat bila saat putus cinta tapi pernah tak terfikir bahawa Allah nak selamatkan kita untuk jauh tersesat dari di belenggu maksiat ?

Kita boleh menagis ketika menonton drama/movie korea/ hindustan/ melayu/ tamil /cina/english tapi bila pula kita mahu menitiskan air mata kerana untuk menginsafi diri kita ?

Bagi kaum hawa , mungkin menagis itu pekara biasa kerana lumrah kaum hawa mempunyai sifat yang sensitive dan mudah tersentuh .Kaum adam lebih jarang terlihat menagis. Bila kaum adam itu mengalir air mata banyak yang beranggapan bahawa lelaki yang menagis akan kehilangan kejantanan dan maskulinnye

Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan. Namun kesejukkan itu hanya mampu terjelma setelah mendung yang hadir. Sungguh ironi, kerana  ianya mampu melegakan gelojak jiwa.
Tolonglah jangan menagis kerana orang tak hargai kita, orang yang tak pernah sayang kita. Kerana sebenarnya air mata itu satu pembaziran , kerana orang dah tak sayang nak buat macam dan sepatutnya orang yang tak hargi/ tinggalkan kamu sepatutnya menagis kerana dia melepaskan orang yang benar-benar sayang pada dia.Jangan kita menangis untuk orang yang tidak tahu erti tangisan kita. Lebih baik, kita menangis kerana Allah kerana akan dibalas saat gembira
Daripada Abu Raihanah, katanya:
 
“Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w dalam sebuah peperangan dan aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): ‘Diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.’”
(Riwayat al-Hakim)

Jadi luangkan masa seketika mengadu dengan Allah, mengalirkan air matamu kerana Maha PeciptaMu agar kamu rasa tahu kehebatan menagis kerana Allah. okey sampai sini dulu ..adios :)

Catat Ulasan

8 Ulasan

Sayidah Napisah berkata…
insyaALLAH.try to be a good muslimah.
menangis hanya kerana-Nya . :)
Unknown berkata…
insyaALLAH., terima kasih atas peringatan :)
Emmy Natiella berkata…
Betul tu, tak perlu meratapi, Allah selalu ada dengn kita, baik dekatkan diri dengan Allah.
Insyaallah :)

Insyaallah, Amin :)

1st contest held by E&F Gratitudes !
harap boleh sebarkan dan join !

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=614258668590111&set=a.536459803036665.142363.535955926420386&type=1&relevant_count=1
Akupenghibur.com berkata…
insyALLAH ... betul tu Allah selalu ada dengan kita
siti noor atikah berkata…
suke ngan entry ni...membina semangat pada sesiapa yang mahukan semangat baru!! (^_^)