Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Menanti Di Pintu Syurga Untuk Ke Neraka.. Aku Masuk Neraka Keranamu




Assalamualaikum

Selamat bercuti semua, alhamdulilah kita masih lagi di beri peluang untuk terus bernafas di bumi Allah. Yup acik memang berusia 23 tahun , kenapa ada apa dengan umur tu ?? kenapa seusia itu kita tak boleh untuk beri nasihat  dan pendapat tersendiri ?? Hahaha jangan judge orang berdasarkan umur, tak kiralah kita nie muda atau tua jika siapa yang berikan ilmu kita perlu ambil dan turunkan sedikit ego tu .

Kita hidup nie mesti seimbang, jangan lebihkan dunia saje sampai akhiratnye kita lupa. Jangan kerana mengejar akhirat sampai keperluan di dunia kita terabai. Sebab itulah islam sarankan kita hidup dalam kesederhanaan .

"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)

Kita dapat lihat pelbagai ragam manusia di atas bumi Allah ini , dari lahir menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa ,orang tua dan sehinggalah ajal menjemput kita. Tetapi ada juga yang berubah mengikut peredaran usia dan waktu serta keinginan hati mereka dalam mencari kebenaran dan arah tuju hidup. Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada kebenaran walaupon mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar 'setan' itu jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.

Keinginan itu adalah salah satu hidayah dari Allah untuk kita dan sangat bertuah siapa yang mendapatkannya. Hidup ini adalah satu ujian dari Allah dan setiap ujian yang Allah turunkan itu merupakan terbiyahNya untuk kita dalam kita tak sedar. Mungkin saat ini kita terleka dengan apa yang kita lakukan. Kita asyik katakan bahawa kubur masing-masing buat apa kita nak menyebuk tentang orang lain. Sedangkan bila tiba ajal kita, kita juga memerlukan orang lain untuk kafankan kita, mandikan kita dan sebagainya. 

 
Dalam tak sedar, kita banyak susahkan orang lain. Sebagai contoh , harta anak yatim yang di amanahkan untuk kita jaga tapi kita manfaatkan untuk kegunaan kita. Kita tak lakukan tanggungjawab. Sedangkan anak yatim itu menderita dan sengsara hidupnya.Dan anak yatim mengambil cara mudah seperti mencuri , menipu untuk menyara hidupnya. Kerana kita mereka melakukan dosa.

Contoh lain kita fitnah orang itu melakukan pekara yang dia tak lakukan seperti berzina, mencuri sehingga hidup si di tuduh itu menderita  dan hidupnya menanggung malu akibat dari fitnah kita.Di cemuh di caci dan di keji sedang dia tak seperti itu.Akhirnya si di tuduh itu lakukan apa yang di perkatakan, melakukan zina, mencuri.kerana menjadi mangsa keadaan sehingga menjadi realiti

Kita melakukan kejahatan , maksiat , tak tutup aurat dan sebagainya , kita lalai dengan dunia nie , kita minum arak , berjudi .Bila di soal selidik mereka menyalahkan ibu bapa kerana tak berikan pendidikan yang secukupnya .Sedang ibu bapa kita dah berikan secukupnya hanya kita saja yang tak mahu dan salahkan mereka. 

Begitulah hidup kita tak pernah nak salah diri sendiri dan muhasabah diri, asyik melihat kesalahan itu datangnya dari orang lain. Kali ini acik menaip untuk ingatkan diri sendiri dan pembaca blog acik , jangan kerana dosa-dosa kita ,kita halang orang lain untuk masuk ke syurga dan tarik sama ke neraka. Hidup ini biarlah kita berbakti dan melakukan pekara yang baik. Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging...
Seringkali apabila kita diberikan ujian dan didatangkan suatu insiden barulah ia berjaya membuka hati kita untuk berubah. Insiden tersebutlah yang akhirnya mengetuk pintu hati kita untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Kita dikira bernasib baik jika nyawa masih dikandung badan tetapi apa akan terjadi jika kita sudah tidak diberi peluang untuk bernafas dan menebus segala dosa-dosa lalu?

Maka jadilah manusia yang cuba memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Ingat tujuan kita hidup adalah untuk berbakti kepada Allah. Kita di hidupkan hari pon hanyalah sementara dan pinjaman darinya. Sampai bila kita mahu mendongak ke langit ? jangan sampai hidayah Allah tiada lagi untuk kita. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

salam sabtu...nice entry... umur bukan semestinya syarat yang diletakkan untuk menasihati serta mengingatkan orang lain... no such things... anyway nice entry here! ^_^
Akupenghibur.com berkata…
terima ksih kerana sudi membce :)
mie berkata…
pelik juga....
kesalahan diri sendiri selalu disalahkan pada orang lain..
kesian pula bila ibu bapa dipersalahkan...
ehehehe