Ticker

6/recent/ticker-posts

Jika Melepaskan Seseorang Adalah Yang Terbaik Untukmu, Maka Lepaskanlah.



Assalamualaikum

Sebenarnya entry ini nak acik postkan untuk hari esok tetapi atas permintaan seseorang yang memerlukan semangat untuknye acik pon hari nie. Hidup ini ada suka dan duka, bukan duka yang kita cari tapi itulah yang kita kena hadapi. Terima dugaan tentang cinta dan apa saje dari Allah itu sebagai tarbiyah untuk kita membaiki diri.

Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta.

Percayalah bahawa Tuhan akan memakbulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.Cepat atau lambat hanya Allah yang tahu,yakin janji Allah itu pasti.

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin menitis setiap waktu. Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Jangan kita menangis untuk orang yang tidak tahu erti tangisan kita. Lebih baik, kita menangis kerana Allah kerana akan dibalas saat gembira  Dan kita berusaha mengejar untuk membuka "pintu hati" orang yang kita sayang. Tapi kite jarang merebut nak kejar "pintu taubat" yang sentiasa dibuka luas.

Jika melepaskan seseorang adalah yang terbaik untukmu, Maka lepaskanlah..Kehadiran Cinta bukan untuk saling Menyakiti.Tapi untuk saling Menyayangi..Kita punya hak untuk mencintai seseorang..Kita juga punya hak untuk dicintai seseorang.Akan tetapi..Merasa telah memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukanlah hak kita..

Merasa telah boleh berbuat apapun terhadap seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukanlah hak kita juga..Tak perlu takut melepaskan sesuatu yang belum berhak untuk kita miliki.. Jangan pernah ragu untuk melepaskan seseorang yang belum berhak untuk kita miliki..Karena jika Allah memang mentakdirkan dia untuk kita miliki..



Cepat ataupun lambat dia akan pasti kembali menjadi milik kita..Sebaliknya.. Jika Allah memang mentakdirkan dia bukan untuk kita milki .Maka yakinlah Allah akan memberikan kita pengganti yang lebih baik. Lebih baik menjaga kehormatan seseorang yang kita sayangi. Daripada menistakan seseorang yang kita sayangi..

Kerana sesungguhnya cinta sejati itu bukanlah bagaimana cara kita untuk memiliki seseorang yang kita sayangi.Akan tetapi bagaimana cara kita membahagiakan dan menjaga kehormatan serta memuliakannya..

Akhir kata dari acik , dengar nie nasihat dari nasihat azhar idrus 

Melupakan seseorang yang telah memberikanmu banyak kenangan indah adalah perkara yang sangat sukar . Tapi jika itu yang terbaik , relakanlah 


Catat Ulasan

26 Ulasan

Unknown berkata…
Jika melepaskan seseorang adalah yang terbaik untukmu, Maka lepaskanlah..*sedey nye ayat ni

Pernah mengalaminya..sob sob

http://cinta25hb.blogspot.com/2013/01/mungkinkah-ini-cinta.html

Akupenghibur.com berkata…
insyaALLAH ada hikmahnye
Unknown berkata…
tak apalah kan acik...sedalam mana pun kita sayang seseorang...kita kena selalu ingat...jodoh itu ketentuan Allah...redha je ...sebab Allah tahu siapa yg terbaik untuk kitakan..walau sakit macam mana pun..tanamlah dalam hati bahawa ada seseorang yang sudah Allah tetapkan untuk kita..kalau bukan didunia..bidadari di akhirat..menunggu kita.. =) la tahzan bagi yg terpaksa melepaskan org yg mereka syang...tak ada apa yg kekal..melainkan Allah
Unknown berkata…
ALLAH sentiasa kurniakan sesuatu yang terbaik buat kita. Sedar atau tidak saja yg sentiasa jd persoalan. Terima segala ketentuan dengan redha. InsyaALLAH. Di balik kesuraman yg melanda pasti akan hadirnya sinar yg menerangi :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ...kita percaya dengan ALLAH :) cinta kerana Allah adalah sebaik-baiknye
Akupenghibur.com berkata…
benar sekali... Allah tahu yang terbaik untuk kita :)
BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Jangan di ratapi jika apa yang ingini tidak dapat di miliki. Jangan sesekali menyalahkan takdir Ilahi. Allah telah mengatur yang terbaik untuk kita...bersyukur dan redha atas ketentuannya.

Memang mudah melafazkan kata2 tetapi hanya empunya diri yang merasa akan siksanya. Apakan daya..hanya itulah yg mampu kami berikan sebagai dorongan dan semangat utk kekuatan anda.

Akhir kata..Doaku semoga Allah memberikan anda kekuatan dan ketenangan, redhalah dgn apa saja ketentuanNya...Amiin.
Unknown berkata…
huhu..nak melepaskan tu yg rsa ssh... :'( mcm kena je skrg ni...haishh...jodoh itu rahsia Allah.kalau dah jodoh xkemana kann...
Akupenghibur.com berkata…
Wslm BM ...tepat sekali :) semoga ada sedikit kekuatan untuk dirinya
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ..sabar yer dan percaya jodoh Allah :)
Fairuz Aqilah berkata…
terima kasih untuk hamba Allah yang request entry ni, and thanks jugak acik sebab post entry ni. tepat pada masanya. sebab saya pun tgh alami benda yg serupa ni.. :')
putri baru melepaskan seorang yg trsyg akibat cinta jarak jauh slama 5thun,mngkin keputusan Allah S.w.t lebih baik drpd hmbanya.
leeza berkata…
Don't worry,He has better plan for us. :')
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah semoga ada sedikit kekuatan untuk kamu
Akupenghibur.com berkata…
ermm keputusan yang berat... InsyaALLAH ada hikmanye... jika dia jodoh kamu pastinya jarak bukan pemisah :) berdoa pada ALLAH
Akupenghibur.com berkata…
yup u right ... Allah is the greater :)
Ayue Rejaluddin berkata…
Kadang bila kita pegang, kalau dah ALlah swt tetapkan bukan milik kita..
lambat laun tetap terlepas....

AJ nak minta tolong vote ni ye.....
Dun worry bukan spam... =D

http://ayuejean.blogspot.com/2013/02/blogger-i-really-need-your-help.html
Sayidah Napisah berkata…
sangat betul apa yang diperkatakan. :)
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
assalamualaikum ... last cinta saya , saya terpaksa melangkah pergi selepas 7 thn bercinta bila saya dpt tahu saya adalah 3rd party melalui fb dia ... mmg sgt tragis n terluka ... sekrg dia masih lagi syg saya n sentiasa ikut blog n fb saya tapi tak kacau saya ... skrg sya beri ruang utk diri sendiri berbafas ...
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam :) 7 tahun lame tu .. ALLAH tahu yang terbaik untuk kita
dieyb_noor berkata…
untuk melepaskan seseorg yg dh lame berada dlm hati mmg susah,,apatah lg nk melupakan,,sukar,,,
setahun pun belum mmpu dpt lupakan,,apa2 pun hidup mesti diteruskan..semoga diberi kekuatan,,.~
Vee berkata…
Right in this situation now :'( Sama menyayangi, sama mencintai tapi harus berpisah. That's so painful :'(
Fatin Wawa berkata…
Sgt setuju dgn entri ni.. Terima kasih acik atas perkongsian.. :)
Fatin Wawa berkata…
Sgt setuju dgn entri ni.. Terima kasih acik atas perkongsian.. :)
hafiz berkata…
Terima kasih acik...:(