Assalamualikum
Pagi-pagi bumi johor di basahi oleh hujan yang menderu, hahaha memang sedap tidur, nyaman jer lagi-lagi tak ada siapa mengangu. Hari ini acik nak kongsikan sesuatu pekara yang acik terfikirkan bila bangun tidur tadi. Semalam ada seseorang chat di facebook dengan acik, dia kata dia dah cukup setia pada perempuan tu ,tapi akhirnya cinta itu putus tengah jalan setelah 8 tahun terpisah mereka bertemu kembali dan sekarang telah berkahnwin.
Dalam hidup ini kita memang ada hak untuk bercinta dengan siapa yang kita suka dan dia juga sukakan kita, kita punya hak untuk setia sehingga hujung nyawa untuk orang yang kita sayang, tak salah.Kita merancang dan Allah yang menentukan. Jodoh itu memang rahsia Allah semua orang katakan macam tu , tapi berapa ramai antara mereka yang percaya dan yakin dengan jodoh Allah ?
Jodoh itu Allah berikan bertepatan dengan keadaan dan masa yang bersesuaian dengan kita. Kadang kita berharap sangat dia jodoh kita, tapi dia bukan jodoh kita.Ada pula kita harap sangat di bukan jodoh kita ,kita benci dia tapi akhirnya kita dia memang jodoh kita bersamanya hingga hujung nyawa. Ramai yang sanggup berkorban apa saje untuk pastikan dia adalah jodohnya ,sanggup abaikan ibu bapa, nasihat kawan-kawan untuk mendapatkan cinta sejati. Cinta sejati adalah cinta yang berlandaskan cinta semata-mata kerana Allah.
Dan paling penting dalam soal jodoh ini kita kena juga berusaha, memang benar jodoh telah di tetapkan oleh Allah. Jika kita benar benar rasa di jodoh kita , dan cara yang kita lakukan adalah yang di sukai Allah dan bertepatan dengan agama kita ,maka Allah juga akan memberi ruang untuk bersama pilihan kita.
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga
yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan
yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri.
Dan banyak alasan yang di berikan kononnya jodoh mereka tak ada lagi seperti jodoh belum sampai ,hati tidak fokus, jika tak berniat ikhlas, belum Bersedia dan terlalu memilih
Jodoh memang tak akan lari kemana, tapi
jika kamu tak berusaha untuk
menjemputnya maka orang lain yang akan
melakukannya...
Nasihat acik, berdoalah kepada Allah dan jagalah perhubungan kamu dan bercintalah kerana ALLAH, mka cinta kita akan di jaga di restui oleh Allah..oklah sampai di sini dulu .adios :)
16 Ulasan
Btw, betul tu. Apa2 bnda kita mau mstla diikuti dgn usaha,doa,twakal :)
http://rimaalliq.com