Ticker

6/recent/ticker-posts

Kejayaan Seorang Lelaki Adalah Kerana Ada Wanita Dibelakangnya Yang Menjadi Kekuatan





Assalamualaikum

Maaf acik beberapa hari nie tak dapat berikan tumpuan sepenuh perhatian pada blog acik, sebab acik perlu selesaikan kerja dahulu dan ada beberapa sedikit masalah.SubhanaAllah perancangan Allah itu memang terbaik dalam hidup kita nie.. acik tak meragui kerana semuanya pasti. Allah merancang sesuatu dengan tidak ada sedikit pon cacat celanya. Acik dapat belajar dari hikmah setiap apa yang berlaku. Terima kasih ya Allah.

Ada yang mengatakan seperti ini " aku berjaya atas usaha aku sendiri , aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku. Dan ada juga yang mengatakan " aku dah selesa dengan hidup aku dan kerjaya aku, aku tak perlukan lelaki dalam hidupku, hadirnya mereka itu hanya untuk menyakitkan saje.

Dalam hidup kita ini saling memerlukan antara sesama jantina untuk menghasil keharmonian alam dan siapa kita untuk melawan fitrah manusia yang hidup berpasang-pasangan. Sejak azali lagi hawa tercipta untuk adam. Tanpa hawa pastinya adam akan kesepian dan tanpa adam pastinya hidup hawa tak sempurna.Itulah hidup kita. Siapa pon kita ,mesti kita mahukan seseorang yang mampu terima kita seadanya dan membahagiakan kita.


Kita tak perlu sombong setiap kejayaan dan kemenangan yang kita dapatkan.. pastinya kejayaan kita hari ini dan hari seterusnya bukan hanya kerana diri kita tetapi ada yang bersama kita yang selalu ada untuk kita dan mendoakan kita. Mungkin kamu boleh katakan bahawa kamu tak perlukan lelaki atau perempuan dalam hidup kamu tapi sebenarnya kamu ego dan terlupa bahawa orang yang ada di sekeliling kamu adalah bahagian dari jantina itu . Lainlah kalau duduk dengan pondan dan sebagainya. 

Yelah mana tidaknya, kejayaan kamu hari ini adalah hasil doa ibu bapa, adik beradik , keluarga dan rakan-rakan yang tak pernah berhenti mendoakan kamu. Adakah kamu lupa ? 

Wahai Manusia  Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya  kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.(Surah An-Nissa’: 1)

kejayaan seorang lelaki adalah kerana ada wanita dibelakangnya yang menjadi kekuatan . Tentulah kepada yang bujang ,ibumu ,kakak dan bakal menjadi penamping hidupmu yang selalu berdoa dan membantumu ketika susah dan senang. Kepada lelaki yang sudah berumah tangga, pastinya isterimu yang selalu ada bersamamu di kala suka dan duka.
Duhai kaum adam , tanpa hawa hidup kamu tak sempurna, tanpa hawa hidup kamu tak keruan dan tanpa hawa kamu tak kenal erti kasih sayang. Hawa mampu mengoncang dunia, dia mampu menjadi penawar dan dia mampu menjadi tuba untuk adam. Dan di situlah tugasmu untuk memimpin hawa sama arah kebaikan atau lembah durjana.  

Duhai kaum hawa, jangan dirimu terlena kerana keasyikan duniamu tersendiri, Tanpa adam dirimu tidak tahu apa itu erti cinta, benci, rindu dan semua ada pelbagai perasaan di dunia.Mungkin adam itu kadang kala menyakitkanmu tetapi dia juga yang membahagianmu.

Sebenarnya acik cuma nak buat entry simple saje , sebab masa event tadi ada seorang speaker katakan ayat seperti di atas itu, Allah jadi lelaki dan perempuan mempunyai tugas yang tersendiri. Tanpa lelaki bagaimana sesuatu kaum itu mahu berkembang ? dan tanpa perempuan bagaimana nak lahirkan zuriat dan memperkembangkan umat ? 


Kita saling memerlukan satu sama lain, kita tak mampu hidup keseorangan, Jodoh itu memang rahsia Allah , kepada yang belum di anugerahakn seseorang dalam hidupnye itu ,,sabar yer Allah tahu yang terbaik untuk kamu dan akan tibanya pasti kamu dapatkan selayaknya untuk kamu.

Catat Ulasan

11 Ulasan

Unknown berkata…
kita di ciptakan berpasang-pasangan... =) berserah pada perancangan Allah dan percaya pada ketentuanNya
BinMuhammad berkata…
Salam Acik...
Alhamdulillah dapat lagi singgah di sini.
Xbyk nak di katakan...huraian ditas sudah cukup jelas.
Acik bila lagi nak berpasangan...Memanglah jodoh ketentuan Ilahi tapi jika ada usaha...insyaalah, Allah permudahkan urusan.
Akupenghibur.com berkata…
yup betul tu ..ALLAH sebaik perancangan
Akupenghibur.com berkata…
wslm..insyaALLAH BM... sedang mencari
Unknown berkata…
dalam banyak2 entry yang tersenarai kat dashboard mira..entry acik jugak yang menarik minat mira untuk follow up.. :) entry ni bagus..jadi pada sesiapa yang angkuh dengan berasa kejayaan yang dimiliki atas usaha sendiri tanpa dorongan jantina lain boleh sedar bahawa statement tu tak pernah wujud dalam kamus hidup insan yang bergelar hamba ALLAH..
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah :) terima kasih kerana membaca ..semoga ada sedikit pengajaran yang di dapatkan
Unknown berkata…
Allah merancang sesuatu dengan tidak ada sedikit pon cacat celanya. Belajar dari hikmah setiap apa yang berlaku

Antara jodoh dan hikmah. Hikmah trbesar y Allah bg bila d uji dlm jodoh. Hikmahnya, Allah antar sya study overseas..
Unknown berkata…
Saya tak mampu hidup sendirian..

*fuh kagum baca ayat2 Acik ni
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih kerana membaca :)