Asslamualaikum
Cerita Setia Hingga Hujung Nyawa sememangnya menjadi satu fenomena baru dan kini cerita tersebut akan berakhir. Acik jarang tengok cerita tu, kadang-kadang sahaja berkesempatan untuk tengok. Tapi bila lihat rating cerita tersebut memang tinggi. Memang tak salah pilihan suhan movie mengambil cerita ini yang di adaptasikan dari sebuah novel.
Cerita ini mempunyai jalan cerita yang baik dan pelakon yang berbakat juga dan mengetengahkan cinta selepas kawin itu indah. Tapi malangnya setiap apa yang menariknya pasti ada yang tak sedap di dengar .Rasanya acik tak salahkan cerita ini tapi acik salah pemikiran anak muda sekarang yang pandai cari alasan untuk mengikut hal yang salah.
Kalau kita lihat dalam cerita ini elsalina itu terlanjur dan melakukan kesilapan dan cuba membaiki diri setelah berkahwin tetapi ada yang salah tanggapan dengan situasi ini.
Acik dapat print screen dari seorang remaja perempuan yang mungkin salah anggap dan acik telah pon meminta dia untuk delete statusnya kerana bukan saja mengaibkan dirinya malah memberikan effect yang negative terhadap cerita tersebut. Apa pon acik harap pekara ini tak jadi kenyataan ,fikir dulu sebelum mengambil apa jua tindakan yang sewajarnya.
Apa pon ambil cerita ini di sudut yang positif dan cinta selepas kawin itu begitu indah dan bermakna kepada mereka yang merasakannya.tapi ingat
Allah S.W.T berfirman,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk
perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Jadikanlah cinta kita itu suci dan halal , cinta yang di jaga dan di rasai selepas kawin .Kerana ianya lebih bermakna dan memberi kesan yang mendalam dalam hidup kita. Cuba fikir - fikir dan renungkan.
42 Ulasan
Guna akal untuk berfikir.
visit myblog
http://themafiacyber.blogspot.com
nak kata ini banggang, mmg banggang pun..tp maybe la dia tak tahu maksud sebenar 'terlanjur' tu...
Inilah akibatnya apabila terlalu byk hiburan di tv sehinggakan lupa agama dan menjadikan sumber tv sebagai rujukan.
Acik sempat ke memberi nasihat kepada dia? Semoga apa yg di tulis tidak menjadi perlakuan.
Terima kasih Acik di atas entri yg memberi kesedaran dan peringatan ini.
pelik sungguh manusia zmn ini kan? fikir pakai otak ke pakai kepala lutut...huh ! sedey dgn pemikiran sedemikian..kalu pun ini satu gurauan tp xde kelakarnya dgn bergurau bagai cmtu..ishh..minta dijauhkan...
e3 yg bagus..nyue nk kongsi juga kat blog nyue yea..
mselim3
pls: selim3 pun nangis jugak...jiwa kacau jugak walau lelaki sejati...heheh