Ticker

6/recent/ticker-posts

Khas Buat Lelaki : Jika Kamu Lelaki Jom Kita Jadi Lelaki Soleh




Assalamualaikum

Alamak hari nie dapat complain dari kaum adam  katanya acik asyik buat entry untuk kaum hawa tapi bila untuk kaum adam ?? Yelah-yelah acik mengalah dan hari nie acik buat entry yang ringkas tentang lelaki.Kebiasaanya lelaki ini selalu di kaitkan dengan ego yang tinggi, ganas, garang, segelintirnya kuat jealous dan macam-macam lagi. Normallah jika lelaki ada sifat semua itu kerana lumrah kita manusia yang tak sempurna dan mestilah sering membaiki diri.

Kalau tanya pada kaum hawa mereka selalu akan katakan mahu lelaki yang soleh .Siapakah lelaki soleh ?Adakah seorang lelaki yang bernama soleh? Oh tentu sekali bukan. Lelaki soleh yang dimaksudkan di sini ialah seorang lelaki yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segala zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan daripada sumber yang haram. Dia juga seorang yang sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada segala perkara mungkar dan menariknya ke arah jurang neraka yang dalam. Lelaki soleh juga seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya walau di mana sahaja dan bila-bila masa.

Semestinya sifat-sifat lelaki yang soleh itu mestilah mempunyai akhlak yang terpuji dan baik,tak perlulah acik senaraikan ciri-cirinya kamu semua lebih berpengetahuan dari acik .

" Wahai orang yang mempunyai nafsu mutmainnah (jiwa yang sentiasa tenang). Kembalilah kepada TuhanMu dengan keadaan engkau redha kepadaNya, dan Dia redha kepadamu. Maka masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu! "
(Al-Fajr:27-30)

Khas untuk kaum adam dan peringatan kepada diriku ini :)


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
 Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.


Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Semua yang baik datangnya dari Allah  dan segala kelemahan itu datangnya dari diri ini yang sedang membaiki diri.Semoga kita menjadi lelaki soleh .
 

Catat Ulasan

4 Ulasan

selipar putih berkata…
kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,

rasa jauh sangat dari ni..thanks untuk perkongsian..
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah ...sama- sama
Unknown berkata…
InsyaALLAH :) kena muhasabah diri lagi dan lagi..
Razil Tahir berkata…
Azam tetiap hari namun.....
T,T astaghafirullah...