Assalamualaikum
Dikala kita sedang gelak ketawa pastinya ada mereka yang sedang sedih meratapi masalah yang di hadapinya. Kita di uji oleh Allah adalah mengikut kemampuan kita dan pastinya Allah mempunyai perancangan terbaik untuk kita. Sebab tu jangan pernah putus berdoa kepada Allah. Acik cakap seperti nie bukan bermakna hidup acik tak ada masalah, bohonglah kalau tak ada masalah .Acik pon manusia biasa. Maaf semalam acik tak sempat nak blog walking ke blog kamu semua kerana acik balik ke Subang Jaya untuk tunaikan beberapa urusan lagi.
Tadi acik check di page acik, ada junior acik hantar mesej , dan sungguh terkejut dengan apa yang di perkatakan. Secara jujurnya acik terdiam seketika .. macam-macam perangai manusia dan kadang kala di luar batasan. Lihat acik print screen di bawah
Siapalah acik untuk menghukum orang lain ?Apatah lagi untuk masuk campur dalam hidup orang lain dan membuat keputusan untuk dia. Tapi sebagai seorang manusia dan senior acik hanya mampu berikan pandangan saje.Setahu acik hukum pegang kulit lelaki dan perempuan bukan muhrim itu haram ,apatah lagi jika memukulnya.Hukum pukul perempuan bukanlah bererti lelaki itu Dayus, pukul perempuan bererti lelaki itu ZALIM dan sekiranya pukul itu menyebabkan luka-luka, lebam, berdarah @ yang sewaktu hukumnya adalah HARAM.
Pukul yang dibenarkan dipukul ialah jika si isteri itu nusyuz, itupun
pukul bersyarat dan pilihan terakhir selepas berusaha untuk kembalikan
kebahagiaan rumahtangga masih gagal dan pukul pula jika ia boleh berubah.
Tapi itu untuk kepada mereka yang dah berkahwin saje,masalahnya baru couple dah boleh nak pukul-pukul ? macam mane kalau dah kawin nanti ? habis anak bini di terajangnye dan jangan jadikan mereka kaum yang lemah sebagai mangsa kerana cemburu. Cemburu itu tak salah tapi biarlah bertempat, kenapa ada rasa cemburu..?? alasan mudah, "sebab sayang lah" katanya.. habis tu
tu girlfriend memang tak boleh berkawan dengan mana-mana lelaki ?
Kadang-kadang di situ kesilapan lelaki, sepatutnya kita bagi ruang kepada mereka dan perempuan tu mesti tahu limit-limitnya lagi-lagi dia orang islam kan ,jadi tak payah nak serabut. Cemburu tak bertempat pon bahaya tau .
Nasihat acik pada ina, buat saje laporan polis untuk keselamatan diri, dan beri ruang untuk kamu berdua muhasabah diri terutama si kuat cemburu tu. Yelah nie baru couple dah buat macam tu, kesian anak orang , mak ayah mereka tentu tak buat macam tu . Ina jangan risau ramai lagi lelaki lebih baik dari dia.Dan ina masih lagi belajar lebih baik tumpukan pada study dulu dan paling penting berjumpa dengan counselor untuk mendapatkan nasihat dari mereka yang lebih pakar dan biar HEP mengambil tindakan ke atas lelaki tu , Kalau ada gambar dia , meh bagi acik , biar acik pampangkan gambar dia kat blog nie biar semua orang tahu siapa dia. Sesuka hati nak pukul anak orang
Jangan kerana pekara remeh temeh orang tak bersalah jadi mangsa ,kadang kala tengok diri ko der dah cukup setia ke ? katanya jangan asyik nak cari salah orang lain saje ,abis dengan pukul anak orang tu tak salah ke ? behave your self. Sepatutnya malu kerana pukul kaum yang lemah.
21 Ulasan
perempuan cemburu:pun parah~sampai bunuh diri
sepatutnya mengambil iktibar,bincang bersama & perbetulkan kesalahan yang lalu..
*Kembali diri kepada Allah,kerana dia dapat membantu kita dalam kesusahan&kesenangan
Kerana cinta itu buta, jgnlah sampai kita buta hati dan pegangan. Elok buta jer mate tu!
Kenapa nak bercinta sedangkan anda merana? Apa faedahnya...sedangkan anda masih belum mencapai cita2?
Sedarlah.. Anda masih mempunyai ibu bapa, rujuklah kpd mereka. Kita masih mempunyai undang2 untuk membela anda.
Dan ingatlah...Allah sentiasa akan membantu hambanya, dekati dan ikuti segala perintahnya.