Assalamualaikum
Duduk dalam bergelap menunggu detik detik untuk laptop padam kerana sekarang sedang blackout. Fuhh tiup kiri kanan untuk sejukkan diri. Kadang kala apa yang kia buat nie semua salah di mata orang lain ,memang benar kita tak dapat puas hati orang yang ada di sekeliling.
Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..
Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaghfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..
Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..
Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..
Bila ada perempuan pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila ada perempuan pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..
Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..
Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..
Bila kita buat blog orang kata sibuk nak kejar famous dan duit
Bila kita tak buat blog kata ko patut buat blog sebab ada idea
Dan
sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang
kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat
salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang
mengata.. ingat pesanan ini :-
Keputusan yang kita ambil,
langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah
pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..Apa pon kita kena ikhlaskan setiap tindak tanduk kita. Kita yakin Allah tahu apa yang kita buat dan biarkan orang-orang yang hanya pandai kata bila dia di tempat kita baru tahu bagaimana rasanya.
"Ya Allah, tolonglah aku dalam mengingat-Mu, dalam bersyukur kepada-Mu dan dalam melakukan ibadah yang baik kepada-Mu."
-(HR. Abu Dawud)-
24 Ulasan
"Tak mati dek keji, tak hidup dek puji"..
orang kutuk tak bagi kesan apa2. Yang bagi pujian pun tak bagi kesan apa2.
Apa yg penting tu adalah pandangan ALLAH kat kita. Sepatutnya kita khuatirkan tentang penilaian ALLAH kat kita. Kalau ALLAH kata kita bagus/baik, satu dunia ni pun takkan mampu nak lawan. Kalau satu dunia ni pulak kata kita bagus/baik, tp ALLAH sebaliknya. Hati-hatilah. Mohon ampun dari-NYA.
Entry yang baik :) moga kita beroleh ibrah daripadanya.
Buatlah perkara yang baik yang telah di ajar Rasulullah dan yang di perintah Allah.
Apa orang kata itu urusan mereka dgn Allah.