Ticker

6/recent/ticker-posts

Rahsia Ayat Kursi Yang Kita Tak Ketahui



Assalamualaikum

Hari ini adalah penghulu segala hari, dan acik di tanyekan apa kelebihan, manfaat atau rahsia di sebalik ayat kursi. Hari nie acik nak bagitahu kepada kamu semua.Sekurangnya kita dapat sedikit ilmu di hari jumaat ini :)



Terjemahan :

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

"Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah.Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami diluar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.Di saat itu syaitan akan lari b
ersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis :

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

 
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawaih, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 

"Barang siapa yang membaca ayat Kursi setiap penghujung solat wajib, maka tidak ada yang mencegahnya masuk syurga kecuali kematian dan tidak ditetapkan padanya kecuali sebagai siddiq (benar atau jujur) dan abid (tekun beribadah)."
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Semoga kita mendapat manfaat bersama 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."



Catat Ulasan

13 Ulasan

Unknown berkata…
ayatul kursi juga dapat melindungi kita dari sihir manusia...jika diamalkan selalu...


acik ayat tu macam ada yang terlindung sikit acik...separuh tersorok...
Akupenghibur.com berkata…
terlindung sikit acik...separuh tersorok...maksudnye?
Kerapu berkata…
Sangat bagus dijadikan amalan harian....
Niat hanya kerana Allah semata2.
Kerapu berkata…
Sangat bagus dijadikan amalan harian....
Niat hanya kerana Allah semata2.
SITI berkata…
Thanks Acik.. :) leh amalkan..
Nonny berkata…
wau dapat ilmu baru .. :D thanks sharing
Unknown berkata…
wahh alhamdulillah nice sharing ^^
Akupenghibur.com berkata…
betul .. kita memerlukannye
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih :) kerana membaca
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih kerna membaca
Unknown berkata…
wahh bagusnyaaa thanxx for sharing acikk :)
Tanpa Nama berkata…
Allah Maha Agung..