Assalamualaikum
Alhamdulilah, dapat lagi acik menaip di blog nie, sebelum itu ucapkan alhamdulilah kerana masih di berikan peluang untuk bernafas di bumi pinjaman ini. Semangat hari ini sebab internet sedang laju, so apalagi bukak youtube dan dengar ceramah ustaz asri dan ustaz kazim elias tentang doa.Dalam hidup kita, kita selalu berdoa untuk berjaya dalam hidup dan berjaya di akhirat. Tapi dalam kita tak sedar ada yang mendoakan kesejahteraan kita.
Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:
1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam
Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah
SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat
akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga
malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam
keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih
At Targhib wat Tarhib I/37)
2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam
Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW
bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu
solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan
mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih
Muslim no. 469)
3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam
Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf – saf terhadapan"
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud
I/130)
4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para
Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim
meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang -
orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib
I/272)
5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam
Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW
bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh
dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa
ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni
dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)
6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam
Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian
selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia
belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan
sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan
hadith ini)
Semoga bermanfaat!
"Ya Allah,
selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin ,
Afghanistan , Iraq , Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka,
lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas
mereka.
23 Ulasan
Satu perkongsian yang bermanfaat, marilah kita melakukannya, perkara mudah namun ganjarannya amat besar!
TQ...
terima kasih acik...sy suka entry acik ni