Ticker

6/recent/ticker-posts

Sorry V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n­̶e̶ D̶a̶y̶ . I'm Muslim Dan Ketahui Hukum Menyambut V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n­̶e̶ D̶a̶y̶



Assalamualaikum 

V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶ne̶ D̶a̶y̶ itu apa ekkk ?? Memang tak nak amik tentang hal yang tak penting bagi kita sebagai orang islam.tapi acik mahu kongsikan kepada remaja yang baru nak mula kenal dunia dan cinta. Please jangan sambut valentine day


Hukum Menyambut Valentine’s Day

Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.

Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.



Pemberian Bunga Mawar Merah – Cara Sambut Hari Kekasih:

Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.

Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Sikap yang perlu dihindari :

Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih : 

Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut

Catat Ulasan

14 Ulasan

Unknown berkata…
Ikut cara Nabi SAW.. lagi romantik :)

tak perlu bunga2 tu semua..
BinMuhammad berkata…
Salam...
Dulu xpernah dengar pun Velentine Day nih. Cukup cepat budaya Barat lagi menyesatkan ini menular dlm masyarakat kita.
Remaja skg lagi di tegur lagi hendak di buat! Dimanakah silapnya?
Zaman sudah berubah, informasi dan hiburan kini hanya di hujung jari...tidak mampu di kawal. Bersamalah kita menyeru dan membetulkan pengaruh negatif ini.
Syabas Acik!
Unknown berkata…
acik sy baru tahu pasal valentine my sy form 4..hoho..sblum ni tak tahu pun benda ni...terima kasih share entry ni acik
Akupenghibur.com berkata…
ooo yeke ... harap jangan di sambut :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ..ikut cara rasullulah menghargai wanita lebih baik :)
Aimacomel berkata…
Alhamdulillah, dah 25thn ni tak pernah lah lagi sambut benda2 ni. Xperlu lah nak setahun sekali kan. Kerana sebenarnya setiap hari, semakin hari semakin sayang. Tak perlu nk ikut amalan barat mereka tu kan.

~Terima kasih sbb mengingatkan sesama kita :)
miss yatie berkata…
KY tak pernah sambut dan tak nak sambut, sebab hari2 dah berkasih sayang kan?
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah ...betul tu :)
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah :) harap semua orang fikir cm gini
Unknown berkata…
say no to vakentines haram :)
Unknown berkata…
yeahhh boikot hehe...kita perlu sentiasa mengingati terutama utk anak muda baru nak up hmmm
memang x pernah sambut pun... he he he...
Unknown berkata…
buat tak tau je. hehe