Assalamualaikum
V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶ne̶ D̶a̶y̶ itu apa ekkk ?? Memang tak nak amik tentang hal yang tak penting bagi kita sebagai orang islam.tapi acik mahu kongsikan kepada remaja yang baru nak mula kenal dunia dan cinta. Please jangan sambut valentine day
Hukum Menyambut Valentine’s Day
Sebenarnya,
majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan
Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut
Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan
ajaran Islam.”
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22
hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari
Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut
mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan
perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu
amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
Pengharaman dan larangan ini bukanlah
kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend
baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang
dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero
umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.
Pemberian Bunga Mawar Merah – Cara Sambut Hari Kekasih:
Selain ucapan ‘To be my
Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si
dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia
dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya
perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan
kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah
merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim
dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya
mengikut ‘teladan’ mitos karut.
Amalan memberi bunga mawar merah ini
sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja
Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers,
yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang
mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah
terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
Sikap yang perlu dihindari :
Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
Menulis ucapan kata-kata cinta di
dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada
kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya
akan hari tersebut.
Kebanyakan negara-negara Barat,
parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks
dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk
meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih
(Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut
14 Ulasan
tak perlu bunga2 tu semua..
Dulu xpernah dengar pun Velentine Day nih. Cukup cepat budaya Barat lagi menyesatkan ini menular dlm masyarakat kita.
Remaja skg lagi di tegur lagi hendak di buat! Dimanakah silapnya?
Zaman sudah berubah, informasi dan hiburan kini hanya di hujung jari...tidak mampu di kawal. Bersamalah kita menyeru dan membetulkan pengaruh negatif ini.
Syabas Acik!
~Terima kasih sbb mengingatkan sesama kita :)