Ticker

6/recent/ticker-posts

Ujian Terbesar Untuk Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Ini





Assalamualaikum


Hari nie sangat bahagia dan seronok apabila dapat bersama dengan family dan terutama dengan mak.Teringat pula dengan seorang kanak-kanak yang lebih kurang umurnya 6-7 tahun  masa perjalanan balik ke kota tinggi. Budak kecik tu memang petah berkata-kata dan pandai ambil hati orang sekelilingnya. Kebetulan acik duduk sebelahnya.

Adik: Assalamualaikum bang , irfan nak tanya sikit boleh tak ?
Acik : walaikumusalam boleh saje dik, ada apa dik ?

Irfan : abang umur berapa ?? abang takut tak dengan mati ?
Acik : abang umur 23, ermm mestilah takut dik sebab masih banyak lagi pekara yang masih lagi belum di lakukan

Ifran : ooo abang pernah terfikir kalau besok adalah hari terakhir abang ?
Acik : Pernah dik, sebab ajal dan maut boleh terjadi bila-bila tak kita lah kejap lagi, besok ataupon bila. Jadi kita kena siapkan diri , bagaikan hari esok adalah kematian kita.

Irfan : ermm tapi kenapa baba pergi tinggalkan ifran macam gitu saje ?
Acik: baba tinggalkan irfan ? maksud adik ?

Irfan : kenapa baba tinggalkan irfan bila irfan perlukan baba ? umi cakap baba pergi jumpa Allah, Kat tempat yang jauh dan tunggu kita di syurga. 

 Acik : ermmm Irfan kena kuat , Allah sayang baba dan insyaALLAH baba di kalangan orang yang beriman, ifran jangan penat doakan baba tau.Satu lagi , irfan kena yakin bahawa semua yang terjadi ini ada hikmah yang kita tak tahu walaupon ia pahit untuk kita terima. Adik sayang Allah kan ? Adik yakin pada Allah dia tahu yang terbaik untuk adik.

Irfan : irfan sayang allah , abang , boleh ke doa kita sampai kepada orang yang dah jauh dari kita ?

 Acik : mestilah boleh, doa anak soleh sangat di perlukan oleh baba irfan untuk ketenangan di sana.

Irfan : Abang doakan irfan jadi anak soleh dan dapat bantu baba untuk masuk syurga yer

** tiba-tiba irfan tadah tangan dan berdoa

Ya Allah, irfan doakan baba bahagia di sana, dan irfan harap sangat baba tak pernah lupakan ifran dan selalu baba selalu ada di hati irfan. Ya Allah jadikanlah irfan anak yang soleh dan dapat membantu umi dan jangan biarkan umi terus bersedih.

Sumpah saat itu, perasaan acik rasa hiba dan sedih , budak kecik seperti itu di uji oleh Allah sedemikian rupa, jika dibandingkan dengan kita nie,fuhh ada ujian sikit dah mengeluh

Rupanya acik di beritahu oleh umi irfan bahawa babanya telah meninggal 4 hari yang lalu kerana kemalangan di Shah Alam. Setiap hari irfan akan lihat gambar baba dan tanya baba pergi mana , kenapa baba tak balik-balik.

Acik tak dapat bayangkan jika acik di tempat irfan, hanyalah mampu berikan kata kata semangat untuk ifran. Dan doa acik semog irfan kuat hadapi semua nie dan menjadi anak yang soleh. Pengajaran yang acik dapatkan , dikala kita rasa susah ,jika putus asa  dan menyerah kalah untuk hal yang kecil dan remeh temeh ,sedangkan ada orang lain yang sedang hadapi pekara lagi sukar berbanding dengan kita. Maka dengan itu kita kena bersyukur dengan ujian dan apa jua yang kita lalui dalam hidup ini :)


Catat Ulasan

13 Ulasan

Unknown berkata…
Bertuah ayah nya memiliki anak yg soleh spt irfan. Berat dugaan irfan...kehilangan org paling penting dlm hidupnya d usia yg masih kecil.
Unknown berkata…
bagus irfan ni. semoga dia jadi anak yg soleh utk baba dgn mama dia :')
Nana Lee berkata…
*touched, dengan usia semuda itu irfan sudah kehilangan ahli keluarga tersayang. untung mama & baba dianugerahkan anak sperti Irfan.
Akupenghibur.com berkata…
betul kan sangat bertuah ,,dan dugaan untuk irfan ..ermm
Akupenghibur.com berkata…
amin :) terima kasih atas doanya
Akupenghibur.com berkata…
ermmm tulah .. kalau acik kena lalui tak tahu cm mane :'(
Unknown berkata…
ajal dan maut itu kuasa Allah...kesian irfan...kecil2 lagi dah diuji mcm tuh...semoga Irfan membesar jadi anak yg soleh...bijak dan cerdik...dan semoga Allah perkenankan doa seorang anak kecil itu...
✿ Hasnie Adda ✿ berkata…
seriously menyentuh hatii . tapi alhamdullilah , ayah dia pergi dgn meninggalkan seorang anak yang cukup baik .
Noura Nuriman berkata…
baiknye irfan.. semoga irfan jadi anak yang soleh
Akupenghibur.com berkata…
amin.. mudah-mudahan :) semoga doa di perkenankan
fyna ahmad berkata…
ya allah.... tersentuh dengan setiap bibit kata budak kecil tue. =='
Akupenghibur.com berkata…
mmmg tersentuh ermm :"(