Assalamualaikum
Hari nie sangat bahagia dan seronok apabila dapat bersama dengan family dan terutama dengan mak.Teringat pula dengan seorang kanak-kanak yang lebih kurang umurnya 6-7 tahun masa perjalanan balik ke kota tinggi. Budak kecik tu memang petah berkata-kata dan pandai ambil hati orang sekelilingnya. Kebetulan acik duduk sebelahnya.
Adik: Assalamualaikum bang , irfan nak tanya sikit boleh tak ?
Acik : walaikumusalam boleh saje dik, ada apa dik ?
Irfan : abang umur berapa ?? abang takut tak dengan mati ?
Acik : abang umur 23, ermm mestilah takut dik sebab masih banyak lagi pekara yang masih lagi belum di lakukan
Ifran : ooo abang pernah terfikir kalau besok adalah hari terakhir abang ?
Acik : Pernah dik, sebab ajal dan maut boleh terjadi bila-bila tak kita lah kejap lagi, besok ataupon bila. Jadi kita kena siapkan diri , bagaikan hari esok adalah kematian kita.
Irfan : ermm tapi kenapa baba pergi tinggalkan ifran macam gitu saje ?
Acik: baba tinggalkan irfan ? maksud adik ?
Irfan : kenapa baba tinggalkan irfan bila irfan perlukan baba ? umi cakap baba pergi jumpa Allah, Kat tempat yang jauh dan tunggu kita di syurga.
Acik : ermmm Irfan kena kuat , Allah sayang baba dan insyaALLAH baba di kalangan orang yang beriman, ifran jangan penat doakan baba tau.Satu lagi , irfan kena yakin bahawa semua yang terjadi ini ada hikmah yang kita tak tahu walaupon ia pahit untuk kita terima. Adik sayang Allah kan ? Adik yakin pada Allah dia tahu yang terbaik untuk adik.
Irfan : irfan sayang allah , abang , boleh ke doa kita sampai kepada orang yang dah jauh dari kita ?
Acik : mestilah boleh, doa anak soleh sangat di perlukan oleh baba irfan untuk ketenangan di sana.
Irfan : Abang doakan irfan jadi anak soleh dan dapat bantu baba untuk masuk syurga yer
** tiba-tiba irfan tadah tangan dan berdoa
Ya Allah, irfan doakan baba bahagia di sana, dan irfan harap sangat baba tak pernah lupakan ifran dan selalu baba selalu ada di hati irfan. Ya Allah jadikanlah irfan anak yang soleh dan dapat membantu umi dan jangan biarkan umi terus bersedih.
Sumpah saat itu, perasaan acik rasa hiba dan sedih , budak kecik seperti itu di uji oleh Allah sedemikian rupa, jika dibandingkan dengan kita nie,fuhh ada ujian sikit dah mengeluh
Rupanya acik di beritahu oleh umi irfan bahawa babanya telah meninggal 4 hari yang lalu kerana kemalangan di Shah Alam. Setiap hari irfan akan lihat gambar baba dan tanya baba pergi mana , kenapa baba tak balik-balik.
Acik tak dapat bayangkan jika acik di tempat irfan, hanyalah mampu berikan kata kata semangat untuk ifran. Dan doa acik semog irfan kuat hadapi semua nie dan menjadi anak yang soleh. Pengajaran yang acik dapatkan , dikala kita rasa susah ,jika putus asa dan menyerah kalah untuk hal yang kecil dan remeh temeh ,sedangkan ada orang lain yang sedang hadapi pekara lagi sukar berbanding dengan kita. Maka dengan itu kita kena bersyukur dengan ujian dan apa jua yang kita lalui dalam hidup ini :)
13 Ulasan