Ticker

6/recent/ticker-posts

Pujian Vs Perli







Assalamualaikum 


Kita dapat lihat zaman sekarang nie manusia perangainya makin pelik katanya mengikut peredaran masa. Yelah zaman dah berubah , sifat manusia juga cepat berubah dan mula sensitive.Adehh pening juga bila jumpa dengan orang-orang yang pelik dan memeningkan kepala nie.

Tadi kebetulan acik online facebook, dan ada seorang kawan acik dia upload gambar ketika dia menghadiri majlis makan malam untuk syarikatnya, beberapa orang rakannye  pujilah bajunya yang kemas dan dia kelihatan begitu kacak dengan pakaian lengkap tuxedo tu ,memang bergaya .Kemainlah kawan-kawannya nie betul-betul cakap dia memang sesuai pakai baju dia, last -last dia melenting cakap mereka sedang perli dia.. Dia kata baju tu baju lama dia dan tak sesuai untuk majlis tu .Pening juga di buatnya, tapi bila acik baca ayat yang di gunakan kawan-kawannya bukan seperti mengutuk tapi benar memberi pujian, tapi dia pulak kata kita nak perli dia ..dah kecik hati pulak ..bak kata johan ini semua poyo!!! hahahaha

Tapi lepas tu di upload lagi gambar baju yang sepatutnya dia pakai dan siap caption... kalau aku pakai baju nie mesti gempak dan semua mata memandang sedangkan baju lama tu pon orang dah puji apalagi baju nie..

Berbalik kepada kisah tadi , memang tak salah nak puji orang tapi berpada dan jangan berlebih-lebih kerana tengok bermula dengan pujian biasa akhirnya boleh jadi riak/ujub .Pujian yang hendak diberi pun ikut perangai orang tu.Ada yg suka dipuji kena pujilah dan ada yang tak suka dipuji jangan puji.ahhh sebelum tu acik nak kongsikan lebih lanjut tentang pujian nie.

Pujian berlebihan itu sememangnya tidak bersesuaian kerana sehebat manapon manusia itu ,pastinya ada tanda kelemahan yang wijud dalam diri meraka Islam menggalakkan semua perkara dilakukan secara wasatiah (sederhana) dan adil.

Pujian yang baik perlu kena pada tempatnya dengan tujuan merangsang kebaikan dan mempamerkan kepada umum betapa mulia pekerjaan dilakukan.Tetapi sindrom yang melanda masyarakat hari nie, terlalu berlebihan memberi pujian. Lebih bahaya, menimbulkan rasa ujub (rasa hebat) kepada mereka yang dipuji.

Seharusnya, orang yang menerima pujian hendaklah menerima pujian dengan rasa syukur dan tawaduk terhadap Allah SWT kerana setiap kurniaan sebenarnya datang daripada Allah Kita hendaklah gembira dengan pujian diberikan bukan kerana kelebihan yang ada pada diri tetapi kurniaan yang lebih daripada Allah SWT.

Sekiranya pujian berdasarkan apa yang kita miliki, maka kita haruslah bersyukur dan Allah akan meredai serta memberkatinya. Jika pujian diberikan kepada apa yang tidak kita miliki, hendaklah kita muhasabah dan berusaha menjadi lebih baik. Anggaplah ia motivasi untuk menuju ke arah terbaik. 

 

Justeru, Baginda SAW menganjurkan umatnya membaca doa khusus apabila mendapat pujian daripada seseorang. Baginda berdoa: “Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku kerana apa yang mereka katakan (pujian). Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.” (Riwayat Bukhari) 

Maka dengan itu kita perlu bersyukur dengan setiap apa yang Allah berikan , pujian itu satu dugaan , kutukan itu juga satu ujian. Kita kena berusaha membaiki diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik agar di redhai oleh Allah dengan setiap apa yang kita lakukan .Oklah sampai di sini dulu ..adios :)

Catat Ulasan

11 Ulasan

erkss...maybe dia emo kot? ada benda yang x kena kot?

tapi betul...kalau orang puji kita kena bersyukur dan ucap alhamdulillah... tapi bila dah dipuji tu...x yah ar nak rasa up sangat or riak sangat ye tak?
Akupenghibur.com berkata…
agaknya la kak... tak mood kot.. tapi tula bahaya takut jadi riak
BinMuhammad berkata…
Kita sebagai insan di muka bumi ini tidak layak mendapat pujian... Segala piji-pujian hanyalah untuk Allah dan Rasul. Kita hanya insan yg lemah, bila di puji, akan hadir syaitan menggoda.. Maka timbullah rasa bangga diri dan hasad dengki.

p/s: Skrg ni pun tgh dengki dgn AP, ramai peminat dan selalu kena puji...hehe
Akupenghibur.com berkata…
setuju dengan abang !! ishh de la bang ... saya nie x de apa2
miss yatie berkata…
susah juga orang macam ni kan? tak puji salah, puji pun salah, abis nak buat apa? jangan uploud gambarkan senang kan kan kannnn..hhihi
Akupenghibur.com berkata…
memang tu kak ...senang tak payah upload ...kan :)
hazwan hairy berkata…
hehe betul tu setuju ngn entry ni..semuanya terbalik skrg..kbykkn lah :p
Unknown berkata…
Kdg2 pujian ni boleh bg kita semngat tuk buat ssuatu dgn lbh baik.
Karen Monica berkata…
susah bila orang fikir negatif macam ni..di puji kata perli pula...nampak seperti tak reti nak bersyukur dengan pujian yang ikhlas