Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bernafas dan hidup di bumi Allah ini, hari jumaat adalah penghulu segala hari dan rasanya tak salah jika acik nak kongsikan sesuatu kepada kamu semua. Al Quran Allah turunkan ke bumi ini dengan lengkap dan sempurna untuk umat manusia. Semuanya perfect dan terkandung di dalamnya dan selebihnya terpulang pada kita untuk mengkaji.
Al Quran adalah penawar kepada umat islam, sebab di situ ada pelbagai penawar untuk penyakit yang manusia hadapi.Hari nie acik nak buat entry yang simple tapi mempunyai makna yang medalam .Setiap surah yang terkandung dalam al quran terdapat kebaikan dan fadilatnya tesendiri.. Tak mahu melengehkan lagi :)
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
23 Ulasan