Assalamualaikum
Fuhh sungguh penat menjaga lalu lintas di kolej jati bagi pendaftaran pelajar baru dan lama bagi sem baru . Penat sebenarnya bukan kerana kerja tapi penat menunggu . Haha ok abaikan, Tadi duk online tiba tiba di tanyakan oleh beberapa newbie blog tentang pekara nie .
Jap diam tak diam blog nie hampir 4 tahun 8 bulan blog acik nie tetapi akupenghibur.com baru masuk 7 bulan kerana selebihnya mengunakan blogspot. Ada yang bertanya pada acik , Adakah releven blogger membalas komen di setiap entry yang di komen oleh pembaca ?
Pada pendapat acik sendiri , masih releven kerana setiap entry yang di taip itu mempunyai ilmu dan info yang tersendiri .Dari di situ kita dapat lihat reaksi pembaca dari setiap info di entry yang kita cuba sampaikan. Dan kita dapat membalas komen tersebut untuk bertukar tukar pendapat dan buah fikiran.
Selain itu juga, dapat mengeratkan ukhuwah antara blogger dengan pembaca dan blogger dengan blogger yang lain. Sebab dari situ perhubungan antara blogger akan lebih akrab lagi.
Ada juga segelintir blogger yang tak membalasnye di entry tersebut tetapi membalas pada komen entry di blog kamu.
Dan yang terakhir tunjukkan bahawa blogger itu mesra alam dan tak sombong,
hehehe bukan bermakna yang tak membalas itu sombong ,tentukan tidak sekali. Setiap blogger mempunyai cara mereka yang tersendiri dan berfikiran positif bahawa blogger tu sedang sibuk, tengah buat kerja atau apa pon jua alasanlah :)
Ini pendapat acik saje, setiap orang ada pendapatnye tersendiri, kalau nak terima ,terimalah kalau tidak jangan terasa hati. Ikhlas dari akupenghibur
39 Ulasan
skrg..masa singkat..weekend je free...
follower ke 2911
perlu support entri kawan dgn sentiasa tgglkan komen,sbb bukan sng nk cari idea utk hasilkan entri yg asli ^^
Acik kalu xkomen kat blog gua...gua xsinggah lagi doh blog ni!
Agak2 ada tak pengomen tulis begitu..hehe
Reply komen sebenarnya terpulanglah...tapi ia sebenarnya sedikit sebanyak menunjukkan keperibadian seseorang.
Cuba anda bersembang dgn orang sebelah anda, tapi dia buat dek jer. Apa anda buat lepas tu? Begitulah juga komen di blog..
Lainlah blog hiburan atau politik, sesama pengomen yg berinteraksi.
Tapi dalam masa sama AJ jenguk jugak blog diorang... =D
Tapai kalau sehari sampai beriban2 komen...
Tak tau lah......
Hehhehheehehe...
juga untuk menambah jumlah komen pada ruangan komen, seterusnya menjadai pencetus untuk terus menulis untuk post seterusnya. ikhlas, pengakuan diri sendiri. hehe