Ticker

6/recent/ticker-posts

Apabila Mendapat tawaran Berlakon Di Filem... Terima Atau Tolak ?



 
Assalamualaikum

Alhamdulilah selesai sudah bagi program kenduri sekampung bagi kolej jati yang di rasmikan oleh encik pekan ramli. Sambutan sangat meriah dan seronok. Hari cuti tapi rasa macam tak cuti sebab ada bermacam aktiviti dan pekara yang perlu di selesaikan.


Tadi masa mahu balik ke bilik acik mendapat telefon daripada seseorang. Pelik jugak sebab no tak di kenali dan acik terus angkat. Dan dia bertanya betul ke ini owner blog akupenghibur.com ? 

Acik pon semangat + berdebar debar , ehh mana dia tahu no telefon acik dan ada apa apa acik buat salah ke ??

Dan dia terus katakan ..nama dia dan tujuan di telefon acik., fuhh nak gugur jantung bila dengar apa yang di cakap. Acik berani tanyakan juga macam mane boleh dapat no telefon acik, rupanya dapatkan dari pada syarikat event management tempat acik pernah buat partime.

Dan panggilan itu menyatakan untuk mengambil acik berlakon dalam filem terbarunye .. Biar betul nie ??? acik pon bergegas balik ke bilik dan mencari tahu tentang syarikat produksi ini dan betul sekali dia ada keluarkan beberapa filem sebelum nie. filem ini berkaitan dengan kekeluargaan dan cinta. Acik nie tak adalah banyak pengalaman sangat , tapi acik pernah terlibat dalam teater .

Dan dia mahu acik pegang watak abang kepada peneraju watak utama, acik lama juga berfikir dan acik kata berikan masa untuk acik berfikir. Dan baru tadi acik telefon mak bagitahu tentang hal nie. Dan mak ingatkan acik untuk satu hal. Mak kata , acik kan pernah janji buat blog dan masuk dalam media ini bukan tujuan jadi artis atau pelakon tetapi lebih kepada menjadi personaliti saje dan mak tak izinkan.

Acik pon rasa bersalah pada diri sendiri. Suatu ketika acik pernah tekad  untuk tidak libatkan diri dalam dunia lakonan. Sebabnya acik masuk dunia media dan buat blog ini bukan populariti yang di cari.Dulu masa pertama kali acik menaip di blog ini acik tekad untuk mengubah persepsi anak muda ataupon remaja untuk yang selalu melakukan tindakan tanpa berfikir. Mata ini jadi saksi bahawa aku lihat segalanya terbuka di depan mata tentang kehidupan  liar anak remaja .

Dan acik rasa ini adalah tindakan yang betul, dan ada blogger lain yang lebih layak. Apa pon acik nak ucapkan terima kasih kepada pihak produksi kerana sudi tawarkan watak itu kepada acik dan berikan sedikit kebahgiaan untuk diri ini.  Hahaha terfikir ,kita nie dah la banyak kurangnye , tak sesuai untuk keluar di filem :) mesti ada cakap ..ala poyonye nak tolak bagai... jawapannye senang saje..  kalau acik berlakon pegang pegang bukan muhrim , kamu nak tanggung dosa ?

oklah penat sangat nie , nak tido rasanya ...wasalam :)

Catat Ulasan

40 Ulasan

Unknown berkata…
betul tu acik.. bab pegang2 tu susah sangat nak elak kalau dah jadi pelakon ni..

~mak kita tahu apa yg terbaik untuk diri dan masa depan kita..kan??
Unknown berkata…
Wow...dpt tawaran tu. It's ok la bro. Semua pilihan kat tgn acik jgk kalau acik rasakan itu tindakan yg betul dan ter-bagus utk acik. Sebab acik dh ada laluan tersendiri. InsyaAllah ada jalan yg masih terbuka luas utk acik explore slps ni... :)
Unknown berkata…
Waahhh minatnya jadi pelakon.. tapi macam tulah..alasan macam Acik jgk..tak minat benda2 ke arah sosial nih..tp klu filem ala2 islamik nak laa..jadi pengacara pun best jgk.. Ada sapa2 nak tawarkan??
Unknown berkata…
Tapi kan..glemer bebenor Acik ni kalau dah ada tawaran macam ni...wau xsangka..
Anizz Annisa berkata…
acik dpt tawaran berlakon?? bestnyee.. tp btl gak kan sape nk tanggung dosa if ade adegan pegang2.. ape2 pon sy tetap mnyokong acik.. :)
Akupenghibur.com berkata…
itulah ,.. acik fikir baik2 ..ada betul jugak kata mak.. dia tahu yang terbaik untuk ktia
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ,,insyaALLAH jika di berikan peluang :)
Akupenghibur.com berkata…
wahh teringin ke ?? cuba pergi casting ..mahu tahu dapat :) watak ustazah
Akupenghibur.com berkata…
baru dapat tawaran ..tak berlakon pon
Tanpa Nama berkata…
tahniah acik! apa pun, restu mak ayah tersangat penting dalam setiap hal. :)
Unknown berkata…
wahh3, acikk bakal jadi pelakon ni..tp betul jgak kan acik cakap, kalau terjun dalaam bidang lakonan ni mesty kena pgg2 kan, baek elakkan, n mak acik pun xizin, so mmg betul tindakan acik..maybe ada hikmah disebalik semua tu kan.. :)
Mawardi yunus berkata…
jika tu yang bro fikirkan baguslah.. dosa pahala jugak kita kna fikirkan selain dari keseronokan
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... bila sebut berlakon , walaupun boleh tolak bab adegan sentuh menyentuh nih , tapi merenung pelakon lain utk hidupkan / menjiwai watak pun dah boleh menjurus kepada dosa ... maka tepatlah tindakan mak acik sbb dia akan terheret sama dalam dosa sbb dianggap sebagai x dpt memberi pendidikan agama yang sempurna kepada anaknya ... wallahu 'alam ...
Unknown berkata…
Haha...xna lah..xlayak pn..terus kena reject..tahap menggelabah mmg peringkat xleh kata apa dh..kuikui
Syuhada Nasya berkata…
untung lah acik hehehe
ALONG berkata…
Alhamdulillah..!
fuyoo...
acik mnta no? XD
Sari berkata…
salam acik... alhamdulillah.... sejuk perut mak acik dapat anak yg baik dan mendengar kata... sokong tindakan acik tolak tawaran berlakon atas sebab takut terjebak dgn dosa...:)
Unknown berkata…
hehehe takpe la tu bro...mak dah tak izinkan...
Akupenghibur.com berkata…
betul tu .. restu mak ayah perlu
Unknown berkata…
wahhhh. Sentap baca ayat. Bgus lah, alhamdulillah. :) Gembira hati mak dpt ank mcm acik. :)
Akupenghibur.com berkata…
semoga ada hikmah atas semua nie
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ... kita hidup bukan untuk berseronok saje
Akupenghibur.com berkata…
amin .. mudah mudahan tindakan nie betul
Akupenghibur.com berkata…
tiada untung apa pon
Akupenghibur.com berkata…
mnta no?? apakah itu ?
Akupenghibur.com berkata…
wslm... ermmm itu yang terbaik ... mak lebih tahu yang terbaik untuk acik
Sayidah Napisah berkata…
tanya pendapat parents acik.doa byk2 dapat petunjuk :)
Akupenghibur.com berkata…
:) hihihii jgn sentap2 .. ini opinion
Akupenghibur.com berkata…
sudah minta pendapat mereka .. dan mereka tak benarkan
Hajar Shikin berkata…
wahh..acik mmg dah femes tu klu dah dpt twrn berlakon..tp bgs gak klu tolak sbb dnia artis ni byk cbran dye =)
Unknown berkata…
waah mantap! tapi keberkatan ibu yang lg penting. sbb mereka tau apa yg terbaik...
Azwar Syuhada berkata…
Wahh..diam2 acik ada bakat belakon rupanya..
hehe... Azwa rasa, tanya parent acik dulu ye.. Mereka lebih mengetahuinya..=)

Dunia lakonan.. huhu.. =p
Unknown berkata…
Bagi Kak Ain, berlakon tu tak salah kalau wataknya tidak melibatkan bersentuhan bukan muhrim. Juga jika skrip sesuatu filem atau drama itu mendorong ke arah kebaikan dan berbentuk nasihat. Islam itu mudah, jaga syariat, luruskan niat. Kuatkan iman. In syaa allah selamat dunia akhirat. Tapi kalau mak tak izin jangan teruskan. Hanya ibu yang tahu kekuatan dan kelemahan anaknya Sekadar pandangan peribadi.
BinMuhammad berkata…
Salam,
Keputusan yg tepat, jgnlah berlakon. Namanya pun berlakon...Hiduplah dalam dunia realiti.
Saya lebih syorkan Acik menjadi penceramah motivasi dan ada program sendiri.
Unknown berkata…
sangat setuju,..
mujagirl92 berkata…
this is for you.. hope you like it,, hehe http://www.mujadafewa.my/2013/03/segmen-terjah-blog-balak-part-10.html
Unknown berkata…
tapi boleh juga berlakon sabagai medan dakwah mcm Oki setiana Dewi pelakon ketika ayat2 cinta
iha berkata…
teringat sorang sepupu ada pesan dulu, ayat dia lebih kurang macam ni:
"Kita ni kalau berlakon sah2 dapat dosa.. sebab kita 'berlakon'. buat apa nak berlakon? itu bukan diri kita.. kita ubah qada' dan qadar sendiri.."
apapun tahniah acik, mesti ada keistimewaan pada acik sampai ada offer jadi pelakon ni.. mana tau next time ada tawaran lakonan dakwah ke.. :)
Nur Nainis berkata…
Jadi pelakon ini ada pro and cons kan..ye lah kalau kita terambil watak jahat..orang ikut..kita juga yang menanggung dosa. Dosa kerana memberi pengajaran yang tidak baik kepada orang lain. Bukan semua faham mesej yang hendak di sampai kan dalam sesebuah filem, mahupun drama kan.

Teringat apa yang ustaz saya beritahu dulu..Kalau kita berlakon jadi penjahat. Kita meninggal dunia..Cerita itu masih di tayangkan..orang tengok, orang ikut..Kita tetap akan dapat sahamnya disana..Wallahualam.