Ticker

6/recent/ticker-posts

Bercinta Hampir 8 Tahun Tapi Bercerai Selepas 2 Hari Berkahwin. Kenapa Boleh Jadi Seperti Itu ?

Assalamualaikum

Melewati hari yang penuh dengan kewalahan , semalam kelas sampai malam dan tunggu bas di depan fakulti pukul 10 malam baru tiba , hampir 1 jam setengah juga menunggu, dah la saat tu bertiga saje dengan 2 lagi gadis menunggu di situ. Sambil itu acik perhatikan keadaan di sekeliling, begitu indah dan cantiknya tika malam menjelma , langit di hiasi dengan butiran butiran bintang yang menawan serta lampu bagunan membuat mata terpesona.

Duduk di bangku , memikirkan apa di belajar petang semalam. Untuk subjek family communication kita di ajar untuk menagani konflik komunikasi dalam keluarga ,sama ada anak dengan ibu bapa, suami isteri ,adik beradik dan sebagainya.

Permulaan kelas Lecturer tanya kepada kami semua, Kenapa bercinta hampir 8 tahun tapi bercerai dalam masa 2 hari perkahwinan. Kenapa dah 7 tahun bercinta nak rak tapi sebulan kawin dah ada tuntut nusyuz. Dan macam macam lagi pertanyaanlah ...

Biasalah , sebelum berkahwin semua watak baik di tunjukkan , orang kata kalau pasangan kentut pon bau wangi. Semuanya di tunjukkan pekara yang baik baik dan tak kisah bila minta apa pon. Tapi bila dah hidup bersama dan dah tahu macam mana sebenarnya pasangan kita.

Masa itulah tahulah lelaki tu macam mana, dengan rumah bersepah, campak saje bila dah guna baju, tak gosok gigi, tak mandi 7 hari 7 malam, pinggan mangkuk makan tak basuh ,bilik tak berkemas dan baju sebulan baru basuh. Terkejut si pasangan lihat perangai sebenar lelaki idaman dia macam mane.

Kalau si perempuan pula, di luar nampak ayu dan cantik saje , bila dah duduk sebumbung , tengok asyik pakai kain batik saje, tak bersolek muka sememeh dah macam hantu kak limah, bangun tidur muka cam vampire , tak geti kemas rumah dan sebagainya.. Wahh masa itu akan mulalah ada saja tak berpuas hati dengan pasangan dan boleh menyebabkan gaduh walaupon pekara kecik.Masing masing culture shock terhadap pasangan masing masing. 


Kelakarnya , ada classmate acik katakan ..ala encik dah tak de jodoh nak buat macam mane.. memang la tapi kalau kita sendiri yang cari nahas dengan jodoh tu , kalau jodoh yang baik tapi peragai orangnye tak baik tak guna juga. Kita mesti seimbang.

Kadang tu naik pelik juga kata tak sefahaman tapi kenal hampir 3,4,7,8, 10 tahun ? tak kenal apa lagi ??

Ahh salah satu masalahnya boleh berlaku kes tak sefahaman iaitu " miscommunication and misinterpretation "

Mereka tak berbincang,lelaki dengan ego lelaki, bila balik rumah ,lelaki tengok TV saje ,,si isteri pon dengan ego sendiri juga buat hal sendiri. 

itulah masalahnya , bila komunikasi  tak di gunakan dengan cara yang berkesan . Komunikasi mestilah dua hala , dan ada message yang hendak di sampaikan dan feeback terhadap message.

Hari nie entry simple saje dulu yer , hari full kelas sampai malam , penatnya badan nie ,dengan ada meeting dan assigment mula berlambak dah .. Ahh apa pon menghargai atau hormat pada pasangan harus didasari atas satu faktor iaitu Penerimaan. Oleh itu kita seharusnya menerima pasangan seadanya, baik kekurangan mahupun kelebihannya. Jadi faktor penerimaan diri pasangan itu adalah prasyarat munculnya rasa hormat.

Hal yang sangat perlu diperhatikan agar kita dapat menghargai dan menerima pasangan kita adalah dengan mengingat kembali segala apa yang kita suka tentang pasangan kita sebelum berkahwin dahulu. Selain itu kita juga harus menerima hakikat bahawa disebalik faktor kekuatan terdapat faktor kelemahan.

Oleh yang demikian hendaklah para suami atau isteri membuang prasangka dan melupakan segala hal-hal yang tidak diingini daripada pasangan hidupnya. Masing-masing harus sentiasa saling mengingatkan diri masing-masing bahawa jika ada sifat-sifat pasangan yang tidak disukai, pasti ada juga sifat-sifat lain yang memuaskan dan menyenangkan hati. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan engkau tidak mengetahui” (Surah al-Baqarah: 216)

Mungkin tak ada jodoh, siapa kita untuk lawan takdir Allah. Kadang Allah uji kita dengan jodoh tersebut agar kita menjadi lebih baik dan dia kembalikan jodoh kita .Mungkin dengan orang sama atau pon dengan orang yang lebih baik, bersangka baik dengan ALLAH.Kalau ada pendapat jomlah bagi sekali.. masih banyak acik tahu tahu dan sedia terima kritikan. Sesama kita baiki diri.. oklah wasalam.

Catat Ulasan

69 Ulasan

Unknown berkata…
YA ALLAH,mintak dijauhkan la dapat laki tak reti mengemas, pengotor dan mengangkang tengok tv je..... AMIN
Unknown berkata…
hmmmm, bercinta 8 tahun tp bercerai selepas 2 hari? mmg pelik tp betul lah tu kut culture shock dgn pasangan masing2. Tapi allah dah tetap kan jodoh kita jadi mgkin bukan jodoh dia lah tu. :)
BinMuhammad berkata…
Assalamualaikum,
Kita mesti jujur dgn pasangan, jgn menonjolkan kebaikan sahaja tetapi keburukan di sorok. Bila dah sebumbung, segalanya terdedah. Perlu ada sikap toleransi dan saling memahami. Terimalah segala baik buruk pasangan anda.
Kenali kenalan anda luar dan dalam, mintalah petunjuk dari Allah...
Unknown berkata…
tak ada jodoh/jodoh tak kekal lama..

semua manusia ada jodoh masing2.. jodoh ni kalau nak huraikan, memang besar maksudnya..pertemuan kita antara kawan lama pun jodoh jugak..

untuk suami isteri pulak.. kalau yg macam kes ni 8 tahun bercinta tp bercerai lepas 2 hari je kahwin.. tak ada jodoh la/tak kekal lama..kan? kahwin sekali.. belum tentu akan kekal hingga akhir hayat..jodoh mungkin sampai 2 hari, sebulan, 20 tahun, 15 tahun.. itulah jodoh..
mungkin jodoh dia akan kekal dalam perkahwinan dia yg ke 2,4,5 atau 7?? jodoh pertemuan semua di tangan ALLAH.. kita hanya merancang.. ALLAH menentukan.. doa pada ALLAH moga dipertemukan jodoh serta dikekalkan hingga akhir hayat.. insyaALLAH
Akupenghibur.com berkata…
amin ..mudah mudahan
Akupenghibur.com berkata…
mungkin juga.. Allah menguji tentang soal jodoh untuk kita baiki diri
Akupenghibur.com berkata…
wasalam... tepat sekali .... jangan di sorok keburukan ... dan mintalah petunjuk ALLAH
Akupenghibur.com berkata…
betul tu .,, kadang ALLAH menduga kita soal jodoh... dia ambil jodoh kita untuk kita baiki diri dan bila kita sudah selayaknye insyaALLAH dia akan pulangkan jodoh kita itu
onlajer berkata…
takde jodoh la namanya ni , ini semua adalah ketentuanya.
Hafiz Rahim berkata…
Tak semua macam tu..mungkin bila terjadinya hal macam tu disebabkan ego yang terlaku tinggi..ikut kepala sendiri..lupa yang masing2 dah ada tanggungjawab sebagai suami dan isteri..kawin bukan satu perkara yang boleh dipermainkan..sebab tu kalau nak kapel boleh, tak perlu nak cover cun n control hensem sangat..be natural.
Ayue Rejaluddin berkata…
Jodoh kan Acik...
Susah nak cakap....
Tapi tu la, masa bercinta lain..
Dah kawen lain pulak..
selipar putih berkata…
tula pelik jugak kan..masa bercerita nmpak macam loving sangat..berkepit mmanjang..betul juga orang kata kalau kan kalau bercinta lama sangat pun nanti masa kawin hilang nanti hilang dah yang manis2..
Khir Khalid berkata…
Astagfirullah.. mohonlah dijauhkan dari perkara yg mcm tu kpd kita semua ya. Sentiasalah panjatkan doa kpdNya mohon segalanya termasuk jodoh & rumahtangga. Syaitan & iblis mmg masalah klu org berumahtangga sbb mereka itu umpama mendirikan masjid. Klu blum kahwin & tidak beringat mmglah syaitan hiasi fantasia cinta tu.. indah dan intim, romantis hangat asmara je.. Wallahhualam.. :-)
Unknown berkata…
Kadang2 olh sbb trlalu byk yg masuk campur itu la yg jadik mcm ni. Bohong la kalau kata tak serasi sbb dh kawan lama masih ckp mcm tuh. Masing2 kena accept la kan...kalau ikut hati ssh la...zaman skrg sgt mudah dan ramai amek ringan bab perkahwinan walhal ia perkara yg mulia. :)
Unknown berkata…
Ya Allah, takutnya jd mcm ni...yang penting bila dah kawen, suami isteri kena laa terima diri pasangan seadanya spt waktu bercinta dulu kan, jgn terlalu ego dan bergaduh disebabkan mslh kecil..kalo ada masalah bukan bergaduh tp cari solution utk selesaikan mslh tersebut kan..
laskar pelangi berkata…
hurmm. tu nak kawen, kena fikir betul betul. sebab masing2 ada tanggungjawab. bukannya fikir nak kawen,sebab semuanya nampak seronok.dalam seronok, ada juga yang patut alami.hari tak selalunya indah. kena susah senang bersama. kalau diterapkan dalam didikan yang betul,insyaAllah walaupun baru kenal tak sampai beberapa tahun, bila dah kawen, boleh bahagia sampai syurga. suami isteri,sama2 ubah perangai yang tak baik kepada yang lebih baik.sama2 terima pasangan dengan seadanya.jadikan kelemahan pasangan sebagai suatu anugerah.

:')
Unknown berkata…
bercinta...bertahun2...akhirnya putus...kerana aku diciptakan Allah untuk insan lain...insan yg satu ketika dulu menjadi pujaan hatiku....kini dialah suami dan baba kepada zuriatku....alhamdulillah..kerana setiap doaku di makbulkan Allah..
Unknown berkata…
Bercinta bagai nak rak bertahun2 kemudian putus sbb alasan xserasi..haa kena atas kepala sendiri. Namun bertemu dgn bakal suami beberapa bulan dah dpt rasa keserasian. Dah kekal bahagia smpai skrg. ALLAH duga kita dgn org yg salah sbb nk kita jadi lebih baik dn jmpa dgn org yg lebih baik..

Best entry Acik..
Eymasu berkata…
baik bercinta selepas nikah..kalo dah kawan lama sgt nie masalh nyer benda yg tahu tiba2 tak tahu...harp d jauhkan la..amin2..(^_^)
bukankosong berkata…
biasala...dah busan tilik wajah sama 8 thn katanya

Unknown berkata…
takotnyer jd mcm ni...
Unknown berkata…
bab jodoh itu bukan urusan kita...

tp sebagai manusia yg diberi akal fikiran...kita kena usaha untuk mempertahankan selagi mampu...bukan ambil jalan singkat dengan berpisah bila dah tak ada keserasian dan salahkan joodh serta takdir...sometimes kita kena tengok muhasabah diiri...mungkin ke perkara tu jadi sebab sikap kita sendiri...dan dah cukup ke usaha kita untuk mempertahankan satu perkahwinan tu? before kawin buat lah persediaan...sebab perkahwinan bukan perkara main2..

marriage is like gamble..we don't know if we win or lose...but we have to try to win the game (cuma perumpamaan)
ecadwinkyasha berkata…
minta dijauhkan dari perkara2 macam ne..ne tuk kaum2 perempuan,xyah la touch-up lebih sangat yer.nanti lelaki tu meluat..kalau boleh,untuk 1st date,kentut je depan pasangan.kalau dia tak leh terima tinggalkan senang :)
Rozita Ceritaita berkata…
suka ayat dalam perenggan last tu..." Kadang Allah uji kita dengan jodoh tersebut agar kita menjadi lebih baik dan dia kembalikan jodoh kita"

ya... muhasabah diri bila pasangan buat sesuatu kesilapan itu lebih baik dari menyalahkan pasangan 100%..
Akupenghibur.com berkata…
benar tu.. takdir Allah untuk kita
Akupenghibur.com berkata…
aah dengar org berpengalaman berkata... ;-)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu. . more better. be ur self
Akupenghibur.com berkata…
betul tu setuju!! jgn lama lama
Kak iman berkata…
BK xd nk komen apa kerana apa yg diatur oleh NYA sbnrnya chantek belaka
Akupenghibur.com berkata…
betul tu.. berdoa dan kuatkan iman :-) agar x tergoda dugaab syaitan
Akupenghibur.com berkata…
betul kadang tgk org sekrng nie kawin cm main2 dan amik mudah
Akupenghibur.com berkata…
tepat sekali.. paling penting mencari jln penyelesaian bukan cari salah siapa
Akupenghibur.com berkata…
bernas sekali.. setuju sgt!!
Akupenghibur.com berkata…
itulah allah aturkan terbaik untuk kita
Akupenghibur.com berkata…
cinta selepas nikah lagi indah
Akupenghibur.com berkata…
berdoa.. jauhkan dari semua nie
Akupenghibur.com berkata…
wow hebatnye.. pandai berkata2
Akupenghibur.com berkata…
wow.. kena kentut dulu.. adehh hihihi
Akupenghibur.com berkata…
betul tu.. kita muhasah diri
Akupenghibur.com berkata…
is okey ..kita serahkan terbaik untuknya
RIZZNA berkata…
10thn dulu CiM takut juga bila disuruh kawin. masa tu bercinta ngan sorg lelaki lain, 5thn jugak laaa ktorg kenal. tp sbb family CiM tk suka CiM kawan dgn dia, CiM trpaksa kawin ngan pilihan arwah abg.CiM sndiri. ktorg hidup mcm org asing bbrapa bulan, akhirnya boleh terima hakikat itulah jodoh CiM sbb dia seorg lelaki yg sabar. byk juga kekurangan& kelemahan antara kami dan kami masing2 cuba sesuaikn diri. skarang kami byk buat benda bersama dan dia hormati hal2 yg CiM tk suka. baju bersepah, tak basuh pinggan, basuh bajuh tak sidai berhari perap dlm mesen, kelam kabut pagi nak pergi kerja, kentooooo sepah2, itu semua kelemahan kami, tapi kmi ttp hepi sbb kami saling menerima buruk masing2.

pelik juga kenapa ada yg boleh kawan lama2 bila kawin sethn 2 jer, mungkin sbb over expected kot who know....
Akupenghibur.com berkata…
sebab tulah jodoh itu rahsia Allah
Unknown berkata…
itulah kan, beza bercinta lepas nikah dengan sebelum nikah, yg sebelum nikah kawan la 80 tahun pn kt tetap belum mengenali pasangan*metafora hehe. yg real pasangan kt adalah selepas nikah, yg sbelum smua fake. apa yg penting bernikah lah kerana Allah, kelebihan kt raikan, kekurangan kt slg lengkapi :)
kindergartenlibrary berkata…
biasala , masa bercinta indah belaka . .

kan ? :)
Unknown berkata…
macam-macam boleh berlaku, jodoh ini ketentuan Illahi kita hanya merancang Dia yang menentukan :)
Unknown berkata…
yup...yg dah takde jodoh tu mmg dah ditakdirkan...cuma kpd yg belum berjodoh tu ambil lah teladan...kalau boleh jgn lah letakkan expectation yg bukan2 terhadap pasangan masing2...kalau setakat suami terkangkang tgk tv dan isteri dress up ala2 hantu kak limah tu kan boleh bincang elok2....
Unknown berkata…
benda ni tak pelik..sekarang dah macam2 kes..huhu..ikut pendapat me..smua org tak sempurna..masing2 ada karenah yg tersendiri..jadi kalau dah berkahwin..kta kena terima segala kekurangan dan kelebihan pasangan..betulkan niat jga sebelum nak kenal seseorang..btw acik at u ambil course apa ya?
Sayidah Napisah berkata…
Kalau suka,tak semestinya bercinta.kalau bercinta tak semestinya ada jodoh. kalau ada jodoh,takkan ke mana jua. :)
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... lepas kahwin baru nampak true colours ... dikeliling akak ... si isteri baru tau kedudukan kewangan suami , si suami baru tau si isteri suka bebel , mengungkit n maki hamun bila x dpt apa dia nak ... si suami htg keliling pinggang , si isteri taste lifestyle cam mak datin , sanggup sewa itu ini cuma nak cover maruah sdgkan sblm kahwin sanggup bagi si suami duit utk settle problem ... subhanallah ...
Unknown berkata…
begitu indahnya bercinta. semasa bercinta tiada apa yang buruk melainkan bagusnya sahaja. alangkah indahnya jika bercinta selepas diijabkabulkan. mudah-mudahan dipermudahkan teman hidupku.

@ Blog Hangat
NuissMa berkata…
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.kena terima pasangan seadanya dan perlu saling memahami dan bertolak ansur.. :)
Unknown berkata…
Sekarang bab cerai berai jadi mainan..nikah kahwin ni ingat main-main agaknya..
Nur Nainis berkata…
Tak kenal maka tak cinta itu tak boleh pakai juga kadang2..Bercinta sebelum nikah belum tentu kita kenal pasangan kita, macam acik kata, bila bercinta semua nampak elok..bau kentut pun wangi..ye lah dah ada orang ketiga, membutakan mata untuk melihat keburukan.

Lebih baik bercinta lepas kahwin, tak mudah jemu, sebab kita baru cuba nak mengenali pasangan kita, insyaAllah..boleh di perbaiki mana yang buruk mana yang baik. Islam itu indah. ^___^
Tanpa Nama berkata…
ya Allah..minta dijauhkan perkara sperti.. =(
Lieza Nordin berkata…
nih kes cinta rupa paras ... kekeke.. kan Allah dah suruh pilih y pertama iaitu agama ..insyaAllah bahgia dunia n akhirat :) masing2 kena bertolak ansur antra satu sama lain..sedia menrima kekurangan n kelbhan y ada pada pasangan masing2 :) jgn cepat melenting n y utama.. jgn buat keputusan bila waktu marah, kecewa, sedih n terlalu bahagia.. fikirkan dulu :))
cik Anggur berkata…
baik ke buruk ke rajin ke malas ke semuanya ujian Allah... terima dgn redha..doa tawakal & usaha semoga Allah berikn yg trbaek utk kita
Vee berkata…
That's why we gotta be ourselves anywhere. Jangan hipokritsss.
Maria Firdz berkata…
Berkhwin atas dasar apa.. niat dan mtlamat kena ada dlm perkhwinan... jika atas dasar cinta smata2..mmg gtulh jadinya... jgn disalahkan jodoh dan takdir Allah saja...
NurShahidahSha'ari berkata…
Memang la orang kata kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan.. Mungkin dah takdir.. Tapi yang sebenarnya, kita yang tentukan macam mana takdir kita nanti.. Kita hanya merancang.. Allah yang tentukan.. :)
Nurkasih Atieqah berkata…
Nice post. Tq sharing. =)
K.E ENTERPRISE berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Fiza Aizzawa berkata…
jawapan senang mungkin tiada jodoh.. tetapi jodoh tu kita yang pilih..hidup berumah tangga bukan senang.. perkara kecil pun boleh buat bergaduh.. masa bercinta memang semua indah... perangai mmg masing2 jaga, kalau buat perangai time bercinta alamatnya tak kawen la kan... tapi itu namanya hipokrit.. sebab tu sembahyang kene jaga, minta doa drpd Allah untuk menjaga perkahwinan kita daripada perkara-perkara yang tidak baik.. usaha dan doa tangga kejayaan...
sepoi-sepoi berkata…
Entry ada kena mengena dgn saya.. bercinta dekat 8thn.. suka duka bersama.. dr takde apa2 smpai masing2 ada something.. slalu support n jaga dia.. kalau x dah kahwin bln 9 yg lepas... kahwin pun sy x mtk duit hantaran krn family dia akan mengungkit hal duit... dia pulak create masalah dgn berkawan dgn org yg salah.. duit byk dh lebur utk persiapan.. ya allah.. sedihnya... aku pasrah.. :'(((
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
sy uda bcinta 5 thun..tp sy x rsa ada keserasian..smapai la 1 ari ni ada sseorg yg muncul dlm hdup sy..mgkin sbb permualaan..tp sy happy ngan yg ke 2 tu..sy x tau nk mmilih yg mna 1 bgung..tkut jgak kawin nnt bcerai..tp kalo bru knl trus nk kawin pn ssh jgak..jd yg mna 1 ya..
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hamba ALLAH berkata…
Perempuan pki batik is normal ok..but lelaki pki kain batik not ok but sometime lelaki kain batik ni dr kg ,itu pakaian kebangsaan kg dia so jd normal...knp plak pompuan di hina sebb pki kain batik...otak sempit la..pki legging kt umah x semestinya dia tu bagus tahap gaban yer...astafirullah artikel tu smpi mcm tu sekali rendahkn martabat..lawa per kain batik..pemikiran sengkek..kesian..semoga penulis artikel mendpt hidayah dr Allah...