Ticker

6/recent/ticker-posts

Duhai Remaja Dimanakah Rasa Hormatmu Terhadap Orang Lebih Tua ?

 
Assalamualaikum


Alhamdulilah ya Allah semalam segmen acik mendapat sambutan yang baik, syukur ya Allah. Hari nie kelas petang sempatlah update blog sekejap dan pemenang akan di beritahu secepat mungkin yer. Ahh sebelum terlupa acik nak buat perubahan di blog acik nie, kalau ada yang pandai edit untuk blog lelaki silalah inform pada acik.

Berbalik pada cerita, kadang kala acik lihat orang sekarang dah makin senang, dan nak kata kadar kemiskinan tu rendah. Setiap hari boleh makan mewah , di rumah ada orang gaji, remaja silih berganti handphone, segala gadget terbaru mudah di dapatkan dan bermacam-macam lagi. Is okey kepada mereka yang mampu ,tak salah pon sebab itu hak kamu . Tapi jangan kita menghina pekerjaan orang lain , itu adalah suatu kesalahan.

Bukan semua orang dapat rasa senang, bukan semua orang mampu hidup gembira setiap hari. Lumrah kita  manusia yang kadang kala di atas dan kadang kala di bawah. Tapi jangan kita terlena terlalu lama. Sudah lama acik perhatikan gelagat remaja sekarang yang sombong dan angkuh serta sifat menunjuk nunjuk kemewahan hidup.

Kalau kamu pergi ke seksyen 2,7 ,sekitar shah alam dan klang pastinya kamu akan lihat orang-orang tua membawa bungkusan menjual makanan ringan seperti keropok dan kerepek. Pada beberapa hari yang lepas, ada seorang mak cik nie datang ke meja makan kami dan tawarkan kerepek.

Kakak acik kata, kalau tengok orang tua berjual teringat mak di kampung. Dan kami belilah beberapa bungkus kerepek. Mak cik tu seperti terima kasih sangat kerana kami membeli kerepeknya. Dan akak acik interview mak cik ini tanya macam-macam sebab nak tahu juga kehidupan mak cik nie. Acik concentrate saje mendengar perbualan mereka. Dan paling acik tersentuh kata-kata makcik tu .

" Alhamdulilah anak beli kerepek mak cik , mak berjual memang setiap malam di kawasan sekitar sini ,anak mak cik tolong sekali. Paling mak cik sedih bila datang ke meja budak muda, mereka memperlekehkan mak cik. Mereka kata , mereka tak makan kerepek-kerepek nie , lebih sedap makan yang fast food.Mak cik tu rasa macam di hina dan terus berlalu pergi dengan hati yang kesal pada anak muda tersebut.


Dan pengalaman acik sendiri pula , ketika makan di seksyen 7, ada mak cik tu datang ke meja sepasang remaja yang asyik makan berdua-duaan dan mak cik itu tawarkan kerepek . Remaja perempuan itu kata , ishhh tak nak beli kerepek nie ,entah buat kat mana mesti kotor . Dia kata lagi ,mak cik dah tua duduk rumah diam diam saje, ada anakkan ? biar mereka jaga mak cik.. nie tak ,mesti anak pemalas suruh maknye yang bekerja.Dan pernah juga acik lihat , anak muda sekarang mempermain-main mereka.

Di mana hormat kita pada orang lebih tua ?? jangan kerana dek kesenangan yang kita ada kita bongkak dan megah diri. Kalau tak mak ayah kamu dulu bersusah payah mempertingkatkan usaha mereka untuk hidup lebih baik pastinya kamu tak rasa semua nie.Satu lagi, acik faham kebanyakan mereka nie student , duit banyak nak di gunakan tapi jangan kita memperlekehkan mereka. Kalau mereka terasa hati ,kita juga dapat dosa kan ? gunakan perdekatan terbaik. 

Acik bukan apa, cuma terkilan saje dengan remaja sekarang yang sombong dan angkuh pada harta yang bukan milik mereka. Mungkin hari ini kita mampu berlagak, hari esok kita tak tahu . Langit tak selalu cerah, awan tak selalu mendung. Hidup ini bukan kita yang tentukan., Jika Allah nak ambil segala nikmat kemewahan itu sekelip mata saje Dia mengambilnya. 

Oklah sampai sini dulu, fikir-fikirlah lah, mohon terasa kepada yang pernah buat pekara nie. Biar terasa sekarang sebelum terlambat. Kita bukan selalu ada di atas .okey ..


Catat Ulasan

23 Ulasan

Ayue Rejaluddin berkata…
Sedih Acik bila nampak bebudak macam ni....
Rasa nak cepuk je....
Kalau taknak beli dah lah..
Jangan lah duk hina punca rezeki orang tu.....Budak sekarang moden luaran je...
Dalaman.... Kolot!
Unknown berkata…
rasanya orang sekarang ni mentaliti sangat rendah..orang yg keja penjual kerepek, tukang sapu dah macam takde nilai kt diorang..diorang tak fikir kalau yg keja gitu tu parents diorang..
BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Mujurlah saya ni duduk di Hulu...jauh dari kota besar. Tak sanggup melihat drama2 spt ini. Salah siapakah mereka menjadi begitu? Hilangnya hormat kpd orang tua.
Ibu bapa dan guru pastinya yg membimbing mereka, tp jika telah di beri sepenuhnya ilmu kenapa ianya masih berlaku?
Ya...mengajar sahaja tidak mencukupi, perlunya ada contoh dan perlakuan utk mereka ikuti. Cakap jer pandai tp tidak mengamalkannya...Inilah jadinya.
Jgnlah jd spt ketam mengajar anaknya berjalan. Wallahualam...

p/s: Tahniah acik diatas penganjuran segmen yg berjaya!
Shida Radzuan berkata…
awk btuah...PM shida yer ASAP tq
✿ Hasnie Adda ✿ berkata…
kadang2 kalau tengok mkcik2 yg dh tua2 menjual ni , rasa nak nngis pon ad . tp sekurang2nya mkcik2 ni berusaha daripada ad sesetengah tu meminta sedekah sahaja .
Vee berkata…
Whoaa. Dahsyat! Vee pn kdg2 bila tgk mak cik jual benda ni rasa nak beli semua je, biar dia tak perlu lg berjual. And sedih bila tgk orang beli barang dgn makcik2 tua, dorang main lempar je duit. Bkn ank muda je mcm tu, orang dewasa yang dah jadi ibu bapa pn mcm tu, especially yang dikategorikan kaya. Sombongg.
Unknown berkata…
sedih dan kesian sgt kalo tengok makcik2 yg sanggup berjalan jauh semata mata mencari rezeki yg halal..anak2 muda skrg mmg ramai yg hilang hormat kpd org yg lebih tua, rasa geram sgt kalo ada yg menghina dan tdk menghormati org tua ni, xpe what goes around comes around kan..huhu
Akupenghibur.com berkata…
betul sekali... tak nak beli tak pe .. tpi jgn hina
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ... kita kena bangkit sedarkan remaja semua
Akupenghibur.com berkata…
Walaikumusalam

itulah BM acik hanya mampu menegur dalam blog ini saje ... agk keciwa
Akupenghibur.com berkata…
tepat sekali ..sekurangnya mak cik tu tak susahkkan orang lain
Akupenghibur.com berkata…
betul ...sebenarnya sesiapa saje lah ..tapi yng biasa acik nampak adalah golongan remaja..sedih2
Akupenghibur.com berkata…
yup tepat sekali... tunggu dan lihat
mila berkata…
betul acik, kalo sy pon nampak mkcik2 ni jual kerepek mesti teringat mak kat kg..x snggupnye lah kalo mak sy yg menjual cmtu.. dgn rasa simpati jugak lah sy beli jugak kepek2 ni..tp kdg2 x beli jgk ble wangnye krg.hehe..tp tolak secara baik lah..xde plak nak hina2 makcik tu..kesiannya..
Unknown berkata…
betul tu acik.. tak tahu la apa yg merasuk mereka sampai sanggup buat kat orang camtu.. nanti kene kat batang hidung sendiri baru tahu langit tu tinggi atau rendah..
Zam berkata…
isk2.. teruknya..huhu
Akupenghibur.com berkata…
Betul tu. Tolak dengan cara yg baik
Akupenghibur.com berkata…
Tulah.. Klau Allah nak amik balik nikmat sekejap jer
Unknown berkata…
hehe tu lah budak2 zaman sekarang ni...kalau taknak beli pon takyah la nak cakap geli lah ke apa...dan takyah la nak kutuk2 makcik tu....
Khir Khalid berkata…
Allah maha besar, kadang kala Dia dtgkan kpd kita ujian melalui org spt mereka. Mereka mmg tentu diuji dan berusaha dgn berjual, bukan mengemis. Harga diri mereka tinggi. Tp mmg benar, ramai yg mampu ttp sengal. Apalah salahnya kita infakkan sedikit wang yg ada kpd mereka tanpa perlu mempersoalkan kualiti barang yg mereka jual. Kadang kala Allah uji sejauh mana keikhlasan & kesyukuran kita melalui mereka. Syabas Acik.. entry yg baik penuh kesedaran bagi mereka yg mahu berfikir. Tq:)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ...kalau tak nak beli tu tolaklah secara berhemah