Assalamualaikum
Fuhh badan sungguh penat hari nie. Alhamdulilah selamat sudah majlis perkahwinan abang acik yang berlangsung dengan meriah. Maaf sangat sebab tak dapat update semalam sebab sibuk sangat. Hari nie ada ruangan waktu untuk taip.
Kadang acik terfikir , bila lihat kaum hawa selalu terlintas di fikiran dan mengatakan di bibir mereka adalah hawa kaum yang lemah. Tapi pada acik mereka yang hebat,jangan di pandang remeh pada mereka.
Kadang acik terfikir , lelaki tak suka jika perempuan mampu lakukan semua kerja lelaki. Pada acik tak salah kalau nak bersaingan antara gender. Tapi biarlah tugas khalifah atau ketua itu di serahkan pada lelaki. Perempuan sebagai penyokong. Acik lihat mak cik mak cik masa rewang nie .boleh buat semua kerja , banyak kerja dalam masa yang sama hebatkan mereka .
Paling penting , ibu ,mama, mak ,umi (apa jua pangilannye) mampu menjaga , membesarkan berapa jua anaknya. Tapi anaknye belum pasti mampu menjaga ibunya.
Dan satu hal lagi, sekarang nie abang acik pergi ke senegal untuk berkerja, dan bayangkan kakak acik hantar anak dia dari klang ke subang dengann anak 2 orang. Dua dua budak yang sangat lincah , memandu dengan bawak 2 anaknya.bayangkan bertarung nyawa ??
Dan ada seorang lagi Abang acik berkata, aku pening la , banyak sangat buat kerja banyak sekali gus, dan mengakui dia boleh buat kerja dalam satu masa hanya 1 kerja, sebab kalau banyak serabut. Sedangkan perempuan satu masa boleh pelbagai kerja di lakukan.Begitulah lelaki dan perempuan ada kelebihan dan kelemahan masing masing.
Kebetulan semalam acik ada jumpe seorang kakak nie, dia berumur 30 ++ dan belum lagi berkahwin.Ada makcik situ duk interview dia tanya kenapa dia tak kawin ?
Jawap di mudah saje, dia tak perlukan lelaki. Hidupnya dah cukup complete , gaji 7000 ke atas ,ada kereta besar dan ada rumah sendiri. Dia yang pernah di kecewakan lelaki dan tak mahu hidupnya di hambakan lagi untuk lelaki. Tapi dalam sudut yang hati paling dalam dia menginginkan seorang lelaki yang menjaga dia.
Begitu ironinya , itulah kehidupan, hidup kita saling bergantung ,cuma bagimana kita nak serikan lagi hidup ini. Kita saling memerlukan satu sama lain , jangan di salahkan mana mana pihak . Melainkan kita menghargai orang yang di sekeliling kita. Tanpa lelaki siapalah kaum hawa, Tanpa perempuan siapalah kaum adam
24 Ulasan
Dalam kesibukan dan keletihan, ada juga ruang masa utk update entri. Kenduri di kampung pasti meriah...apatahlagi dgn kerjasama merewang sesama kaum keluarga dan penduduk kampung.
Pastinya kaum wanita yg paling sibuk dan kecoh...tanpa mereka tak jadi kerja, tiada kemeriahan. Tapi kaum lelaki jugalah pelengkap semua kerja...Sama2 saling bekerjasama dan saling memerlukan.
p/s: Xsabar melihat gambar kemeriahan majlis kenduri di Kg. Acik