Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi di berikan peluang untuk bernafas di
muka Allah ini. Hari isnin yang sungguh tenang walaupon kadang kala emosi
sedikit tergangu tapi tak pernah mencela sinar mentari dari terus bersinar
dengan memberi nikmat kepada yang memerlukan. Tiap tiap hari acik di hujani
dengan pelbagai soalan dari rakan rakan yang minta pendapat dan komen. Maaf
kepada yang tak sempat untuk acik bagi pandangan kerana otak nie memikirkan
tentang banyak hal.
Kebetulan hari nie, ada kelas petang dan sebelah malam ada
program bersama astro untuk im4u .InsyaAllah kalau ada kesempatan dapat join.
Siapa tak pernah menipu atau berbohong ? Tipulah kalau katakan dalam hidup ini
semua orang tak pernah berbohong ? ahh tengok tu mesti nak cover diri. Memang
pon kadang kala kita lebih protect diri kita untuk sembunyikan berlapis lapis
segala kesalahan dan percakapan kita dari orang tahu.
Usia kita makin bertambah ,dalam rancaknya usia kita tu , berapa
patah perkataan yang kita habiskan untuk bercakap ? dan berapa kali agaknya
kita berbohong ? kalau di kumpulkan bagaimana dosa kita. Setiap hari kita tak
pernah berseorang sebab ada penjaga kiri dan kanan yang tak pernah berhenti
mencatat segala apa yang kita lakukan.
Bukan apa, orang selalu benci pada kejujuran walaupon dia jujur tetapi jujur tetap di benci. Jika di bandingkan dengan tipu, orang lebih suka pekara yang tak benar dari reality sebenar. Sebab mereka tak sanggup nak terima semua nie.
Acik rasa, ini masanya untuk kita bangkit dan muhasabah diri , lihat diri kita , berapa banyak agaknya kita dah tipu orang ? dari pekara kecil sehingga besar. Memang ada kala kalau kita tipu itu untuk kebaikan. Tapi sampai bila ?? Lastly kita juga yang akan di salahkan dan di benci oleh orang lain bila sudah tahu kebenaran.
Dan marilah ungkapkan kebenaran yang hakiki.. Satu lagi jika
kita ada buat silap dan salah, gunakan kaedah yang betul untuk buat pengakuan.
Sebab bila kita buat dosa dengan manusia , dosa tersebut hanya dapat di maafkan
oleh mereka yang kita buat dosa.
Kejujuran itu memang pahit untuk di terima tapi jika kita
ikhlas dengan apa yang katakan maka insya Allah semua akan tiada masalah.
Percayalah pada ALLAH.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari
kalanganku.”
Menipu / berbohong nie macam dadah, kalau kita tak buat tak sah ,
kita akan kecanduan.Dan kita akan terus menipu dan menipu.Orang akan hilang
kepercayaan pada kita.
Untuk menagani masalah ini , kita haruslah kawal diri kita dan
percakapan kita. Selalu lah berzikir ,bertasbih dan bertahmid kepada ALLAH
supaya hati kita lembut .Dan cara kedua kita bolehlah berpuasa kerana
puasa itu dapat mengawal perasaan kita untuk melakukkan pekara yang tak baik.Paling
penting taubat yang perlu kita lakukan.
Hendaklah kamu berkata benar(jujur),karena berkata benar itu
membawa kepada kebaikan,dan kebaikan itu mambawa ke surga.Demikianlah
bilamana seseorang senantiasa membiasakan berkata benar dan cenderung dengan
berkata benar,maka orang itu dicatat disisi Allah sebagai orang yang jujur.
Dan jauhilah berkata dusta(bohong),karena dusta itu mambawa
kepada kejahatan,dana kejahatan itu membawa ke neraka.Demikianlah
bilamana seseorang senantiasa membiasakan berkata dusta dan cenderung dengan
berkata dusta,maka orang itu dicatat disisi Allah sebagai orang yang pendusta
H.R BUKHORI-MUSLIM
Takpe kita mula dari perlahan lahan, sedit demi sedikit, elakkan dari pekara lagha dan berfikir dulu sebelum berkata kata. Memang betul hanya Allah yang tahu apa kita buat tapi kita harus tahu , di padang masyar nanti semuanya akan terbongkar dan setiap perkataan dan perilaku kita akan di siarkan tanpa ada tapisan. Di dunia kita mampu gembira di akhirat nanti ?? Acik taip ini sebenarnya lebih kepada muhasabah diri ,ingtkan diri sendiri. Kita ada yang fikir nak tunjuk bagus , kamu salah!! sebab acik takut dengan kematian yang boleh datang bila bila sahaja dan saat tu kita tak sempat bertaubat dan meminta maaf.
31 Ulasan
Lebih baik tau kebenaran dari tau pembohongan...
Sakitnya tu lain...
terbaik (y)
Adakalanya berbohong itu perlu terutama jika kisah silam/berita yg boleh mengaibkan, memutuskan silaturrahim atau membawa musibah.
Kena bijak menilainya...Namun ia jarang berlaku.
Jujur adalah sikap yg terbaik dan terpuji biarpun ianya pahit. Wallahualam...
tapi boleh difikir2kan jugak apa beza dan persamaan perkara2 ni:
1. tidak beritahu perkara sebenar
2. tidak jujur
3. bercakap bohong
tp CiM adakalanya tipu mak ayah sendiri dgn niat utk menjaga hati. kdg kala mereka hidu kebohongan itu, kdgkala tk sedar ianya berlaku, tp akhirnya CiM akn bongkar jua semuanya bila keadaan mereda...
bohong sunat tkde dlm kamus, bohong ttp hukumnya potong lidah.