Assalamualaikum
Fuh minggu ini akan ada bermacam aktiviti dan sibuk dengan kelas. Dan minta maaf kepada blog yang acik tak sempat blogwalking sebab ada kelas. Hehehe semalam kelas habis 10 malam. Balik tu sangat la lapar dan pergilah kedai makan dan order nasi goreng black paper dengan telur bistik that is my favorite. Duduk sorang diri sambil menunggu makanan siap tetiba ada yang tepuk dari belakang. Hai acik .. apa khabar ? kenal tak ?acik pon blur blur lagi ..siapakah gerangan dia nie ??
Rupanya dia adalah salah seorang pembaca blog acik, dia kata mungkin acik tak kenal dia tapi dia kenal acik.. SubhanaAllah tak sangka acik dapat jumpe jugak pembaca blog nie. Dan dia pon nak makan. Dia siap ajak acik makan dan siap belanja lagi. Alhamdulilah.
Tengah makan tiba-tiba terkeluar soalan yang di lontarkan oleh Ijat pada acik.Dia bertanya : Acik Kenapa Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita ?.Yelah kalau baca dalam blog acik ,acik ada juga ceritakan soal jodoh..tak boleh ke bercinta tanpa rasa kecewa. Penatlah cik bercinta macam nak rak dan akhirnya kecewa juga.
saat itu pon acik terkejut juga sebab yang bertanyakan seorang lelaki yang gagah ? tapi acik jawab jugalah. Hidup ini bagai laut ada pasang dan surutnya.Kita tak boleh jangka setiap apa yang berlaku, kadang kala gembira, sedih ,duka ,suka ,senyum dan kecewa. Allah hantarkan perasaan kecewa itu sebenar nak kita kenal dan tahu tentang perasaan itu serta itu merupakan tarbiyah Allah untuk kita.
Memang kita sedih ,kita akan bertanya adakah aku jahat sangat sehingga aku di uji seperti ini ? jawapannya tentukan tidak yang pasti Allah berikan ujian itu tanda Allah sayang pada kita dan memberikan peringatan bahawa ada yang lebih baik untuk kita.Dia adalah sebaik perancangan.
Selain itu juga , Sebab Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang terbaik selain Dia. Allah nak dengar kita berdoa dan merintih padanya memohon kepadanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.
Maka dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu ?
Pujuklah diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:
1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.
2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.
3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." "Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Ali-Imran: 31]
63 Ulasan
semoga kita semua sentiasa di dalam rahmatNya..amin..
=D
Insyaallah dia dah tentukan yang terbaik buat kita.....
Gambar tu menarik! Tepat dan jelas!
Gambar sendiri shot ke?
Masa gembira kita sering lupa Allah, bila kecewa barulah teringat padaNya. Itu tanda Allah sayangkan kita...Dia tidak mahu kita terleka dan lalai dari mengingatinya. Bersyukurlah.
suka ayat nie >> Masa gembira kita sering lupa Allah, bila kecewa barulah teringat padaNya. Itu tanda Allah sayangkan kita...Dia tidak mahu kita terleka dan lalai dari mengingatinya. Bersyukurlah.
Salam perkenalan =)
memang mula2 kecewa jgak bila diri dikhianati, tapi bile dah jmpa pengganti yg jauh lbh baik, masa tu baru kita bersyukur dan terima kekecewaan yg lama tu..hehe
Yg manis jgn la terus ditelan. Yg pahit jgn terus dibuang. Kekecewaan itu yg akan mendewasakan kita supaya kita perbaiki diri dan hidup kita. Dia mahu kita terus dekat kepadaNya..
Nice sharing acik. Tahniah kerana membuka minda ku hari ni :)
terbaik entry ni acik.
mmg b'guna sgt tuk org mcm sye yg tgh dlm proses ubat hati ni. komen2 pun best, bole dijadikn panduan.
dulu selalu dgr kekecewaan org lain je. skg dh t'kena diri sndiri, mmg sakit sgt rsenye. mood sume dh ke laut. tp skg sye dh redha dia bkn jodoh sye. and sye yakin allah dh sdiakan yg terbaik tuk sye. insyaallah :))
kekadang kita ni cpt sgt mgeluh bila kecewa.
dah xfikir hikmat dsebalik sesuatu tu