Ticker

6/recent/ticker-posts

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH



Assalamualikum

Hari nie acik nak kongsikan sebuah cerita yang rasanya ramai dah tahu malah berulang kali mendengarnya. Tetapi tak salah jika di sampaikan lagi khas kepada mereka yang selalu was was dan tidak yakin dengan apa yang dia lakukan dalam dunia. Pekara kecil yang kita lakukan tetapi di antu oleh Allah .

Ceritanya bergini,Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
 
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." 


Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." 

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. 

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja

SubhananAllah , Allah selalu membantu kepada mereka yang sentiasa percaya dan yakin denganNya. Hanya dengan membaca basmallah sudah mendapat bantuan Allah ,alangkah seronoknya bila pekara yang kita ingini dalam dunia ini di dapatkan. Yakinlah dengan Allah dan selalu bersangka baik kepdanya serta berfikiran positive.Allah mengetahui segala hal yang kita tak tahu :) 

Catat Ulasan

18 Ulasan

Unknown berkata…
eh ni versi lain ni..citer yang saya baca suami dia campak ular dalam bekas simpanan beras.. ehh betol ke tak ni..dah lupa la..xkan ular pulak kan..bahaya tu
BinMuhammad berkata…
Salam Acik...
Kisah yg baik dan menjadi tauladan jika berulang kali diulang pun tetap segar. Kita insan yg lemah mudah lupa...sama2lah kita saling mengingati.

p/s: Jom kita ke masjid!
Unknown berkata…
kisah yg penuh dengan pengajaran.. tak salah kalau diulang walau 1000 kali sekalipun :D
Paly berkata…
kite hamba yg kecil jer :')
Unknown berkata…
Tak pernah baca kisah ni..allahuakbar..tuhan tu maha besar kan :)
Unknown berkata…
SubhanaAllah...Sesungguhnya Allah itu Maha Besar...Mulakan hari kita dgn bismillah..Thank Q for sharing dis acik..May Allah bless u...
Akupenghibur.com berkata…
oooo ada kisah lain? klau ada boleh share
Akupenghibur.com berkata…
wslm.. betul tu Bm... semoga dapat sedikit pengajaran
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah ;-) benar sekali x pe ulang byk kali
Akupenghibur.com berkata…
benar sekali.. bnyk pekara yg kte x thu
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... Bila kita sentiasa ingat Allah dlm apa juga keadaan maka Allah juga akan sentiasa bersama kita dalam susah n senang .
iha berkata…
kita bukan selalu ingat apa yang kita dah baca, kongsikan banyak kali pun takpe, benda baik kan.. :)
Nur Nainis berkata…
Betul2..saya pernah dengar cerita macam akak mieza punya cerita. Tapi kalau tak campak ular dalam beras pun, tetap dapat manfaat baca bismillah ni kan. Nak basuh beras, selawat, baca bismillah. ^___^
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam..sangat setuju
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah dapat sokongan :)
Nick Nashram berkata…
insha allah, kalo setiap perkara dimulakan ngan bismillah, allah akan tolong :)