Ticker

6/recent/ticker-posts

Kriteria Memilih Orang untuk Di Jadikan Sahabat ,Teman,Rakan Dan Kawan





Assalamualaikum



Alhamdulilah minggu ini rezeki dari Allah pelbagai, terima kasih ya Allah berpeluang dapat rasa semua ini. Dalam hidup nie kebanyakan mereka katakan mereka tak boleh hidup bersendirian mesti mahukan teman yang selalu ada di sisi. Yelah mana taknya nak ke tandas mesti nak berdua, nak makan  mesti ada kawan,kalau tak memang tak akan keluar makan. Nak shopping mesti nak beramai ramai dan sebagainya.

Alasan mereka mudah saje kerana katanya "tak feel" bila sorang-sorang dan tak havoc bila tak ada team mereka. Betul tu hidup kita tak ceria kalau tak ada kawan atau rakan yang selalu buat kita gembira. Mereka mampu menghiburkan, memberi semangat dan mereka juga yang selalu ada untuk kita. Tapi sampai bila ?? 

Sampai bila mereka mampu berkawan dengan kita ? 

orang kata sahabat sejati tak akan berubah hati walaupon musim silih berganti. Cewahh ayat kemain lagi. Dan ada yang katakan kawan,sahabat dan rakan  terbaik adalah mereka yang tegur kita jika kita lakukan kesilapan.

Sebab ada ramai mengadu dengan acik bahawa katanya Best Friend Forever (BFF) mereka dan tak nak kawan dengan dialah, roommate dah tak bertegur , kawannya tetiba sentap dengan dia dan macam macam lagi.Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Kita kena fikir positive sekarang nie, kerana bila kita berfikiran positive maka Allah akan hantarkan aura positive kepada kita . Allah tahu yang terbaik untuk  kita. Dia akan hantarkan kawan yang selayaknya untuk kita dan memberikan pengajaran hidup untuk kita. Kawan/sahabat / rakan dan teman walaupon mempunyai ejaan yang berbeza tapi mereka adalah orang yang lebih kurang sama 

Tipulah kalau tak ada salah faham, bergaduh , masam muka, bertikam lidah dan sebagainya. Lumrah kita berkawan mesti merasa semua tu . Kadang kita rasa bahagia dan kadang kala kita rasa sedih.


 
 Mungkin hari ini dia boleh kawan dengan kita dan membenci kawan yang tak "sebulu" dengannya .Tak mustahil dia juga boleh benci kita dan kutuk kita bila dia dengan kawan yang lain :) dan diri kita tak selalunya asyik betul saje dan tak selalu orang yang baik depan kita tak akan berpaling dengan kita ...itulah realiti hidup

okeylah nak cerita panjang nanti orang tak suka bace pula, meh acik sharekan tentang pemilihan rakan yang baik

Menurut Imam Ghazali (melalui Kitab Bidayatul Hidayah), “di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu, maka hendaklah engkau tuntut (pastikan) daripadanya, engkau pastikan pada dirinya 5 syarat:

1.Carilah Orang Yang Berakal

2. Carilah Orang Yang Baik Akhlaknya

3. Carilah orang Soleh/solehah 

4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia 

5. Carilah Orang yang benar. 

dan seterusnya tambahan dari acik sendiri

6. Carilah sahabat yang mampu menegur ketika kita lakukan kesalahan dengan cara yang berhemah

7. Sahabat yang selalu bagi semangat di kala kita suka dan duka

8. Sahabat yang mempu ceriakan hati kita dan menjadi pendengar yang baik

9. Jenis yang membimbing bukan menjatuhkan

10.saling menyenangkan satu sama lain

11.Jujur 

12.Menunjukkan teladan yang baik

13.Mengajak ke arah kebaikan.

14.Paling penting adalah menerima kekurangan dan kelebihan orang lain serta bersedia untuk bersama berubah ke arah kebaikan dan berkawan kerana Allah

Ahh penat pulak nak memikirnya ,selebihnya kamu fikir sendiri . kadang silap kita juga ,kita mahu kawan yang baik tapi kita tak jadi kawan yang baik  untuk mereka. So sama sama kita muahasabah diri dan membaiki diri :)
Saling menyenangkan satu sama lain

Read more at: http://ciricara.com/2012/12/21/ciricara-ciri-ciri-sahabat-yang-baik/
Copyright © CiriCara.com


Catat Ulasan

21 Ulasan

Kak iman berkata…
andai aki tersalah engkau tegurlah
andai aku terjatuh engkau tolong aku bangun
andai aku hampir tersungkur engkau papah la aku
andai aku terlupa engkau ingtkan lah aku
kerana aku insan yg memerlukan shbt spt kmu
Akupenghibur.com berkata…
insyaAllah sama sama kita baiki diri :)
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... akak Vee plg tkt sahabat tikam belakang ... hati manusia nih kita tak leh baca . Cuma klu kita x nak disakiti , maka jgnlah menyakiti ...
Khir Khalid berkata…
Posting yg sgt bagus utk dijadikan panduan.. t kasih. :)
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam... betul tu ... jangan kita menyakiti orang lain
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah kalau benar mcm tu .. :)
Unknown berkata…
Setuju sgt dgn entry acik ni...Yg pnting kita berfikiran positif n jgn buruk sangka kan..Kawan ni byk sgt3, tp nak cari sahabat tu yg ssh sikit...Kalau dpt sahabat yg baik, syukur sgt2 n jaga lah hati sahabat kte tu baik2 kn. :)
Unknown berkata…
Saya suka ayat kat atas tu, 'sampai bila mereka mampu berkawan dengan kita???'

dalam prinsip hidup saya, sebaik mana pun kawan, serapat mana pun kawan kita, seakrab mana pun kawn kita, dia masih ada komitmen yang lain perlu diselesaikan... mereka masih ada keluarga sendiri seperti mana kita juga ada keluarga kita sendiri... Jadi, jadilah keawan yang memahami itu yang lebih baik...
Unknown berkata…
saya jenis yg tak suka berkawan dengan orang yg suka kutuk/bukak aib orang lain... sebab kalau aib orang lain dia boleh bukak depan saya, tak mustahil aib saya dia akan bukak jugak.. betul tak??
Akupenghibur.com berkata…
benar sekali.. sahabat sejati sukar di cari ..jika jumpa maka hargailah
Akupenghibur.com berkata…
benar sekali :) kadang kala kita kena faham juga mereka ada kehidupan mereka
Akupenghibur.com berkata…
benar sekali... sama2 kita menjaga perhubungan
Artzlizan berkata…
jom kita jadi sahabat yang terbaik buat semua sahabat kita... ;)
Mawardi yunus berkata…
setuju sangat dengan bro... :)
BinMuhammad berkata…
Salam,
Acik telah jelaskan dgn terperinci, terpulang kpd kita utk mengamalkannya. Berkawan biar beribu...sahabat sejati hanya anda sendiri yg tahu, pilih dan nilai dgn tepat!
Akupenghibur.com berkata…
wslm ..benar sekali :) semoga kita jadi sahabat yan baik :)
Unknown berkata…
Dah serik close dengan sape2..asyik gaduh je..now my bff is en hubby ^^♥
Unknown berkata…
dulu Amat memilih bila berkawan..nmpak sosial sket mmg xlayakkk jadi sahabat gua..kiki...
Unknown berkata…
terima je kawan kita seadanya tapi dalam masa yg sama jgn meletakkan harapan yg tinggi dekat diorg...baru hati tak sakit kalau "kena tikam" nanti...
Tanpa Nama berkata…
agak penat dalam pemilihan rakan mahupun sahabat. alhamdulillah..sekarang ss sudah jumpa sorang sahabat. dialah kawan, dialah musuh. gaduh bagai esok macam takda apa berlaku. sayang dia. :)