Assalamualaikum
Alhamdulilah minggu ini rezeki dari Allah pelbagai,
terima kasih ya Allah berpeluang dapat rasa semua ini. Dalam hidup nie kebanyakan
mereka katakan mereka tak boleh hidup bersendirian mesti mahukan teman yang
selalu ada di sisi. Yelah mana taknya nak ke tandas mesti nak berdua, nak
makan mesti ada kawan,kalau tak memang tak akan keluar makan. Nak
shopping mesti nak beramai ramai dan sebagainya.
Alasan mereka mudah saje kerana katanya "tak
feel" bila sorang-sorang dan tak havoc bila tak ada team mereka. Betul tu
hidup kita tak ceria kalau tak ada kawan atau rakan yang selalu buat kita
gembira. Mereka mampu menghiburkan, memberi semangat dan mereka juga yang selalu
ada untuk kita. Tapi sampai bila ??
Sampai bila mereka mampu berkawan dengan kita
?
orang kata sahabat sejati tak akan berubah hati
walaupon musim silih berganti. Cewahh ayat kemain lagi. Dan ada yang katakan
kawan,sahabat dan rakan terbaik adalah mereka yang tegur kita jika kita
lakukan kesilapan.
Sebab ada ramai mengadu dengan acik bahawa katanya
Best Friend Forever (BFF) mereka dan tak nak kawan dengan dialah, roommate dah
tak bertegur , kawannya tetiba sentap dengan dia dan macam macam lagi.Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan
hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan,
tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari
belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.
Kita kena fikir positive sekarang nie, kerana bila
kita berfikiran positive maka Allah akan hantarkan aura positive kepada kita .
Allah tahu yang terbaik untuk kita. Dia akan hantarkan kawan yang
selayaknya untuk kita dan memberikan pengajaran hidup untuk kita. Kawan/sahabat
/ rakan dan teman walaupon mempunyai ejaan yang berbeza tapi mereka adalah
orang yang lebih kurang sama
Tipulah kalau tak ada salah faham, bergaduh , masam
muka, bertikam lidah dan sebagainya. Lumrah kita berkawan mesti merasa semua tu
. Kadang kita rasa bahagia dan kadang kala kita rasa sedih.
Mungkin hari ini dia boleh kawan dengan kita
dan membenci kawan yang tak "sebulu" dengannya .Tak mustahil dia juga
boleh benci kita dan kutuk kita bila dia dengan kawan yang lain :) dan diri
kita tak selalunya asyik betul saje dan tak selalu orang yang baik depan kita
tak akan berpaling dengan kita ...itulah realiti hidup
okeylah nak cerita panjang nanti orang tak suka
bace pula, meh acik sharekan tentang pemilihan rakan yang baik
Menurut Imam Ghazali (melalui Kitab Bidayatul
Hidayah), “di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat.
Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan
sahabat.
Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: “Seseorang itu mengikut agama (cara
hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih
dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari
sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di
dalam urusan agamamu dan duniamu, maka hendaklah engkau tuntut (pastikan)
daripadanya, engkau pastikan pada dirinya 5 syarat:
1.Carilah Orang Yang Berakal
2. Carilah Orang Yang Baik Akhlaknya
3. Carilah orang Soleh/solehah
4. Jangan bersahabat dengan orang yang
tamak dunia
5. Carilah Orang yang benar.
dan seterusnya tambahan dari acik sendiri
6. Carilah sahabat yang mampu menegur ketika kita lakukan kesalahan dengan cara yang berhemah
7. Sahabat yang selalu bagi semangat di kala kita suka dan duka
8. Sahabat yang mempu ceriakan hati kita dan menjadi pendengar yang baik
9. Jenis yang membimbing bukan menjatuhkan
10.saling menyenangkan satu sama lain
11.Jujur
12.Menunjukkan teladan yang baik
13.Mengajak ke arah kebaikan.
14.Paling penting adalah menerima kekurangan dan kelebihan orang lain serta bersedia untuk bersama berubah ke arah kebaikan dan berkawan kerana Allah
14.Paling penting adalah menerima kekurangan dan kelebihan orang lain serta bersedia untuk bersama berubah ke arah kebaikan dan berkawan kerana Allah
Ahh penat pulak nak memikirnya ,selebihnya kamu fikir sendiri . kadang silap kita juga ,kita mahu kawan yang baik tapi kita tak jadi kawan yang baik untuk mereka. So sama sama kita muahasabah diri dan membaiki diri :)
Saling menyenangkan satu sama lain
Read more at: http://ciricara.com/2012/12/21/ciricara-ciri-ciri-sahabat-yang-baik/
Copyright © CiriCara.com
Read more at: http://ciricara.com/2012/12/21/ciricara-ciri-ciri-sahabat-yang-baik/
Copyright © CiriCara.com
21 Ulasan
andai aku terjatuh engkau tolong aku bangun
andai aku hampir tersungkur engkau papah la aku
andai aku terlupa engkau ingtkan lah aku
kerana aku insan yg memerlukan shbt spt kmu
dalam prinsip hidup saya, sebaik mana pun kawan, serapat mana pun kawan kita, seakrab mana pun kawn kita, dia masih ada komitmen yang lain perlu diselesaikan... mereka masih ada keluarga sendiri seperti mana kita juga ada keluarga kita sendiri... Jadi, jadilah keawan yang memahami itu yang lebih baik...
Acik telah jelaskan dgn terperinci, terpulang kpd kita utk mengamalkannya. Berkawan biar beribu...sahabat sejati hanya anda sendiri yg tahu, pilih dan nilai dgn tepat!