Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemakaian Dan Style Tudung Yang Tak Masuk Akal





Assalamualaikum

Alhamdulilah sudah di shah alam, kolej kediaman sudah daftar dan tinggal beberapa hari saje lagi cuti sem akan berakhir maka akan bermula sem baru. Nampaknye acik tak dapatlah aktif sangat sebab kalau ada kelas tu faham la yer. Semalam acik pergi ke PAS (Plaza Alam Sentral ) untuk membeli barang keperluan.Seronok la jalan-jalan.

Tiba di traffic light , kami behentilah kerana lampu merah , di depan kami tu ada 2 perempuan. Perempuan yang pertama tu bertudung memakai seluar legging dan t shirt long sleeve, dan perempuan yang kedua tu pakai ala baju kebaya ketat tapi bertudung jenis saiz singkat dan berbonggal di atas. Bila tunduk akan nampak badan dia akan nampak badan belakangnya.

Masa tengah jalan tu angin pula menderu dengan nyama , tiba tiba perempuan tu cakap dengan kawan dia. Dia kata "wei cuba ko tengok belakang , aku rasa lelaki tu perhatikan kita. Padahal acik dan kawan hanya tengok dia sekali imbas saje. Terus kami berjalan dan nak sampai ke PAS tu, tiba tiba 2 perempuan tu behenti dan menoleh ke belakang. 

Dia cakap dengan acik dan kawan, weii kenapa korang ikut kteorang ?? nak ambil kesempatan ehh ?? ohh dari tadi tengok korang perhatikan kteorang. Jangan ingat kami perempuan murahan yer.. Kami perempuan baik baik.

Acik terus cakap, maaf yer cik adik berdua kami berdua tak ikut kamu berdua, kami tak nak tengok pon kamu berdua buat seksa mata saje ,kami nak pergi ke PAS. Perempuan yang seluar legging tu berkata "ehh kenapa plak seksa mata ? ada yang tak kena dengan kami ? kami pakai tudung dan menutup aurat.

Kawan acik menyampuk, memang kamu berdua pakai tudung dan menutup aurat tapi tak sempurna. Kalau kamu pakai seluar legging tak sesuai untuk wanita islam dan kamu ini dah cukup hampir sempurna tapi tudung plak agak singkat dan di atas tu berbonggol. Maaflah kami cuma cakap saje, nak terima,terimalah kalau tak nak tak pe.

Perempuan kedua berkata, ala saje la tu nak tunjuk bagus, kteorang tahu la apa kiteorang buat, lagi pon dosa sendiri sendiri jangan nak menyebuk orang lain.cakap je lebih tapi dari tadi tengok jugak kteorang nie.

Acik dan kawan geleng kepala., dan berkata " maafkan kami, kami hanya cakap saje, lagipon dah kamu berdua yang pakai macam gini nak salahkan orang yang melihatnye ?? tak boleh sebab kamu yang penampilan macam gini maknanye kamu dah siap sedia untuk di perhatikan.. Dan 2 perempuan tu dengan keadaan marah terus berlalu pergi.

Kadang acik terfikir betul lah kata sebuah hadis

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Hadits ini merupakan tanda mukjizat kenabian. Kedua golongan ini sudah ada di zaman kita saat ini. Hadits ini sangat mencela dua golongan semacam ini. Kerusakan seperti ini tidak muncul di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam karena sucinya zaman beliau, namun kerusakan ini baru terjadi setelah masa beliau hidup (Lihat Syarh Muslim, 9/240 dan Faidul Qodir, 4/275). Wahai Rabbku. Dan zaman ini lebih nyata lagi terjadi dan kerusakannya lebih parah.

Saudariku, pahamilah makna ‘kasiyatun ‘ariyatun’

An Nawawi dalam Syarh Muslim ketika menjelaskan hadits di atas mengatakan bahwa ada beberapa makna kasiyatun ‘ariyatun.

Makna pertama: wanita yang mendapat nikmat Allah, namun enggan bersyukur kepada-Nya.
Makna kedua: wanita yang mengenakan pakaian, namun kosong dari amalan kebaikan dan tidak mau mengutamakan akhiratnya serta enggan melakukan ketaatan kepada Allah.
Makna ketiga: wanita yang menyingkap sebagian anggota tubuhnya, sengaja menampakkan keindahan tubuhnya. Inilah yang dimaksud wanita yang berpakaian tetapi telanjang.
Makna keempat: wanita yang memakai pakaian tipis sehingga nampak bagian dalam tubuhnya. Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang. (Lihat Syarh Muslim, 9/240)
  

Catat Ulasan

28 Ulasan

Unknown berkata…
Ee memang memalukan..kita yg tengok ni rasa malu..pakai ikut suka je..
Unknown berkata…
perempuan biarlah jaga semua auratnya..jgnlah seret ahli keluarga dan diri sendiri ke neraka..nauzubillah...
Enchancer Forever berkata…
dah m'jd trend skrg ni dah...s'muanya nak ikut fesyen yg kononnya stailo tp muslimah... manusia manusia -_-"
Akupenghibur.com berkata…
itulah ...kita nie dah akhir zaman
Akupenghibur.com berkata…
betul tu .. nauzubillah
Akupenghibur.com berkata…
sama2 muhasabah diri .. masih ada peluang membaiki diri
Tanpa Nama berkata…
em memang rmai sgt perempuan macam ni , dah tak hairan , patutny ajaga la air muka perempuan2 islam . bilala baru diorang nak terserempak dgn makcik hidayah . hehe
Unknown berkata…
sendiri cari pasal....lepas tu nak marahkan orang lain. pemakaian sendiri yang tarik perhatian kan
Unknown berkata…
Assalamualaikum..Kak Fahz suka entry nie.Mmg apa yang acik utarakan dalam entry nie adalah masalah pd hari ini.Fesyen tudung ntah apa2 dah sekarang.Digayakan pula dgn pakaian yang tidak masuk akal.Kdg2 terfikir dimana letaknya akal,maruah dan harga diri seseorang.Tapi siapalah kita..takut 1 jari menunding ke arah mereka,4 jari lagi kerah kita.. :)
Atiqah Fadzil berkata…
sy jugak byk blajar dr kesilapan. Hidayah tu bukan sng utk memiliki, tp kita yang perlu mengejar.
Unknown berkata…
skrg ni nak pakai t-shirt yg saiz m pun dh rasa segan n semacam je, biar pakai baju longgar2 n nampak besar xpe, janji aurat kita terpelihara...huhu..dunia akhir zaman macam2 jadi kan acik..semoga kita semua diberi hidayah olehNya..Aamiin.
nabila biela berkata…
tahniah..awk mng..hee..http://www.nabilabiela.com/2013/03/pemenang-reviewbloglist-3-blog-bertuah.html
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... kalaulah mrk itu tahu acik blogger popular ... confirm dia wat muka comel n lemah lembut depna acik ... hahahaaa
Akupenghibur.com berkata…
hehehe tulah kak ...nak buat cm mane.. kte tegur marah plk ...:)
Akupenghibur.com berkata…
tulah ...ermm nak buat mcm mane
Akupenghibur.com berkata…
waalaikumusalam... terima kasih kak ..betul tu kita tuding cari kat orang lain. sebenarnye 4 lagi kat kita
Akupenghibur.com berkata…
alhmdulilah .. benar sekali ia tak datang bergolek
Akupenghibur.com berkata…
ehh kak nie .. x de lah sampai ke situ hahaha
Unknown berkata…
malunye pompuan tu.. org dah tegur tp xterima.. agaknya acik kena beli cermin besau kat dia lah.. yg tak tahan boleh pulak perasan org usya dia.. muka cantik sgt ke ? hahha
Unknown berkata…
moga ALLAH SWT kurniakan hidayah utk mereka berubah..

kita hanya buat kerja kita. Yang tentukan hasilnya adalah tuan/bos kita.. kita hanya mampu buat dakwah/bagi teguran. Yang tentukan hasilnya dan bagi hidayah hanya ALLAH SWT..

doakan mereka..
Cg Anna berkata…
Assalamualaikum.. mmg stuju dgn apa yg ditulis aku penghibur.. tapi apa yg kite boleh buat untuk sedaya upaya mngurangkan keadaan seperti ini? Wanita yg brpakaian seperti ni cuma menimbulkan fitnah pd agama.. mereka x dpt menilai krn menutup aurat bkn dtg dari hati mrk. tetapi lebih 80% remaja &wanita berpakaian begini.. jadi kite sedaya upaya mendoakan n mendidik mereka.memaksa & menghina hanya menyebabkan mrk lebih jauh dari agama... semoga kita semua diberkati Allah...Amin.
http://tentangmuslimahdanfesyen.blogspot.com/2013/02/idea-untuk-yang-suka-berfashion.html
Akupenghibur.com berkata…
benar sekali... semoga hidayah di berikan kkepada mereka ..amin :)
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam... benar sekali ...kit perlu didik mereka serta mendoakan mereka agar Allah berikan hidayah kepada mereka
Ayue Rejaluddin berkata…
Bila tengok gambar tu...
Yang tak bertudung pun jadi malu....
Ni la dia tudung sekadar fesyen...
Cik Nor berkata…
tudung sekadar fesyen jer sekarang ni. Tudung bawal yang labuh dn ttp dada pun blh jadi pndek dan kecik dibuatnya..huhu
I am LZ berkata…
Niat untuk menutup aurat biarlah sempurna, jangan sekadar mengikut apa yang orang lain pakai.. LZ sebagai perempuan pun kadang-kadang geleng kepala bila tengok fashion 'seksa mata'.. Elok juga kalau ada yang menegur..
Permatabiru berkata…
terlalu ikut trend yg kadang2 tak masuk akal