Assalamualaikum
Hurey hari nie dah hari khamis, tiba tiba rasa semangat sebab akan balik ke kampung pada hari jumaat ini di sebabkan majlis perkahwinan abang acik di kota tinggi johor. Kalau ada sesiapa yang dekat area sini di jemput hadir . Melepaskan geram sebab di sebelah perempuan tak dapat pergi masa di kelantan. Yelah mase tu ada halangan dan ada modul di uitm . Ahh hari ini acik bukan nak berbicara tentang majlis perkahwinan nie tetapi tenang hal lain pula.
okey sebelum itu acik nak tanye nie , adakah kamu tahu apa itu prejudis ?? Stereotaip ?? dan diskriminasi ??
Ahh ramai yang tahu tentang pekara nie tetapi hanya sekadar tahu dan pernah dengar tetapi bila di tanyakan apa maksudnya ? mesti blur nak jawab apa maksud sebenarnya.
Dan acik juga agak kecewa , dengan segelintir manusia ini yang anggap kami students mascom ini adalah perosak masyarakat. Kononnye kami ini ,orang media yang merosakkan menteliti anak muda kita dan akidah mereka untuk kejar populariti.
Tentu sekali itu bukan niat Mascom ini di tubuhkan, sebab dalam mascom kami di ajar untuk berkomunikasi yang baik, penampilan dan perwatakan contoh kepada anak muda. Semua terpulang pada kita sebenarnya, Kos apa pon yang kamu ambil kalau niat tak betul maka jadi tak betul juga la. Tapi kami mahasiswa mascom tak akan pernah berkecil hati dan putus asa. Selagi Jihad ini kerana ALLAH maka akan di teruskan untuk menyebarkan kebaikan melalui iklan TV, rancangan di radio dan TV dan sebagainya. Okey dah lari tajuk nie ,ok kembali ke cerita asal..
Apa itu Prejudis ?
PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang berbeza daripadanya mungkin dari segi jantina,kaum ataupun negeri. Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.Maksud di sini lebih kepada berprasangka (buruk) terhadap sesuatu individu atau kumpulan itu.
Sebagai contoh : Pelajar mascom ,pelajar yang berlagak, sombong dan berlagak diva
Di mana di sini kita letakkan tanggapan yang negatif terhadap mereka ,walhal apa yang di kitakan itu merujuk kepada individu. Tetapi sebab sudahh ada prejudis itu menyebabkan kita nak salah semua orang itu sama. Tak boleh la macam tu kan..
contoh lain : Si kakak lihat adiknye lelaki sedang masak di dapur dan dalam hatinya ," boleh ke lelaki memasak ?? mesti tak sedap dia masak tu kan ..ishh ishh( ini adalah prejudis )
STEREOTAIP
Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik. Stereotaip ini juga maknanya kita meluahkan melalu perkataan terhadap individu ataupon kumpulan mengenai sesuatu.
Sebagai contoh : Bila si kakak meluahkan pada adik lelakinya, ala ko masak mesti tak sedap, kalau tak pandai baik tak payah masak. ( ahh itu dah jadi stereotaip)
Sebagai contoh : islam itu penganas. Mereka melabelkan islam itu sebagai penganas dan bila orang islam saje di anggap penganas. Hal ini terjadi kerana stereotaip mereka atas kejadian 11 september ke atas orang islam yang di katakan tunggak utama kejadian itu.
DISKRIMINASI
Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Dengan bahasa lebih mudah ialah melakukan tindakan terhadap seseorang individu atau sesuatu kelompok.
Sebagai contoh : Ayah lebih sayangkan anak pertama, ibu sayangkan anak
bungso. Anak yang berada di tengah tengah teras tersisih dan kuranng
perhatian.
Contoh lain : Bila kita nak pergi ke eropah , bila mereka melihat nama kita ada mohd atau ada nama arab mereka akan buat spot check dengan teliti mengambil masa agak lama jika dibandingkan oleh penumpang yang lain. Dia akan buat soal siasat terhadap kita dan meneliti semua barang kita.
Contoh lain : terdapat sekumpulan masyarakat yang cantik dan rupawan . Terdapat seorang yang hodoh dan tak cantik , jika ada festival di kampung mereka yang cantik dan rupawan di jemput hadir , hanya di hodoh tidak di ajak bersama (di pinggirkan)
Ahhh ini baru sedikit contoh acik bagi, sebenarnya ada pelbagai contoh lagi yang boleh di berikan. Apa kata kamu berikan contoh di ruangan comment berdasarkan pandangan kamu sendiri. Hahahha excited terlebih ,sebenarnya ilmu ini acik dapatkan dari pembelajaran hubungan etnik yang di sampai dengan baik sekali oleh lecuturer tersebut sampai acik nak share kan kepada kamu semua. Oklah sampai di sini dulu, ini hanyalah pendapat acik sendiri , tak berkaitann sesiapa .wasalam
36 Ulasan
Saya prejudis dgn Acik krn dia Blogger Fopuler, itu adalah kenyataan stereotaip dari saya tapi saya tidaklah sampai mendiskriminasi... hehe
p/s: Seronoknye dapat balik Kg, pasti meriah kendurinya. Jgn lupa share cite ttg Kg Acik ek!
time kasih cikgu AP..hehehehe...
Ni kategori STEREOTAIP kan Acik..∩__∩
p/s: tu la ramai jugak selalu salah anggap dgn budak mascom ni, yg penting nawaitu kena betul kan.. :)
kipidab bro...
criar conta hotmail