Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi dapat melihat keindahan alam ciptaan ALLAH yang maha esa dan dapat lagi berbakti kepadanya. Sebenarnya bertalu talu acik dapatkan dari email mahupon di facebook yang bertanyakan bagaimana acik boleh dapat idea untuk menaip setiap hari ?
Baiklah meh acik kongsikan sedikit tips untuk kamu semua, acik harap berguna untuk kamu ambil sedikit ilmu ini. Kalau rasa sesuai dengan citarasa kamu ambil lah ,jika tidak pejam saje mata.
Pertama Sekali, bila dapat idea terus taip dan simpan dalam draft.
Idea itu datang tiba tiba , kadang kala secara mengejut. Bila idea itu datang mencurah nak bincangkan isu apa ,acik akan taip dulu di blog. Segala idea itu akan di curahkan dan akan di "polish" bila akan lakukan sesi post entry tersebut. Kadang bila di kelas idea datang, acik tulis di buku note untuk tentang idea tu kadang kala tulis di handphone. Yelah handphone sekarang dah canggih ada internet semuakan so manfaatkan. Dan kadang lupa apa yang hendak di "share" so bila lihat di draft ada entry tak post lagi. Maka baca dan hayati dan perbaiki ayat tersebut dan post .
Kedua : Baca blog orang lain dulu
Bila betul betul tak ada idea ,acik akan jalan jalan ke blog rakan rakan blogger. Kadang ilham datang bila kita bace entry orang lain.Bukan nak ciplak entry orang tersebut tapi idea tu penting.Maksud di sini , kita baca entry orang lain, kita faham dan rasa apa yang hendak di sampaikan . Maka dengan "feel" tersebut kita mampu buat entry yang bagus menggunakan "feel" tersebut. Dan secara tak langsung penulisan kita juga akan kita jaga dan jadi lebih baik.
Ketiga : Berdasarkan pemerhatian dari orang sekeliling
Memerhatikan ornag sekeliling itu kebiasaan, tapi bukanlah kita mencari silap orang lain untuk kita jadikan bahan cerita. Tapi mana rasa kita patut di kongsikan kongsikanlah tapi janganlah sampai mention nama dia apa yang dibuat dan teperinci tentang orang tersebut sampai bila orang tu membaca dia tahu itu dia. Kalis kalis la sikit yer.
Keempat : Berdasarkan soal jawab
Setiap hari acik di ajukan dengan pelbagai soalan dari rakan rakan sama ada di laman sosial ataupon rakan nyata. Acik nie pon hanyalah manusia biasa yang sudi menjadi pendengar yang baik kepada setiap kisah kamu semua. InsyaALLAH. Setiap kali perbualan kami acik akan record untuk acik dengar balik untuk acik taip, takut ada pekara yang terlepas pandang. Dan paling penting sekali acik meminta kebenaran dari mereka ataupon mereka yang memintanya sendiri. Selain itu, mereka selalu minta pandagan acik tentang sesuatu isu. So dari situ acik utarakan pendapat acik.
Kelima : Cerita tentang diri sendri
Bila betul betul tak idea, keempat empat langkah di atas acik dah buat tapi idea masih tak datang . Maka caranya acik akan "share" tentang kehidupan acik, tentang kisah cinta diri ini dan semuanya tentang diri ini.Cewah bukan nak cari publisiti murahan tapi hanyalah ingin berkongsi tahu tentang diri ini kepada pembaca blog aku penghibur.
Ok dapat tak sedikit maklumat tak cara untuk dapatkan idea ?? aah mudahkan tak susahkan . Bila kita ikhlas dari setiap penulisan kita, pastinnya akan ada orang nak baca entri kita walaupon seringkas macam mane pon. Keikhalsan itu penting ,bukan popurity yang di cari tapi keredhaan ALLAH serta sebarkan ilmu ALLAH itu adalah hal yang paling terpenting.
Ramai kata acik nie sombong, tak kenal maka tak mahu, dah kenal jangan nak bercinta pulak..ehhh terlebih pulak hahaha. ooklah boleh buat andaian tapi janganlah sampai persepi yang buruk pada rakan sesama blogger. Kita hidup umpama air ,biarkan mengikut arusnya bukan menongkah arus . Kita blogger bukan penghukum tapi pemcentus idea.
42 Ulasan
salam kenal dan sukses terus..
Mungkin belum kenal kot... =D
Thanks Acik, kadang takde idea jugak nak menulis..... =D
Tip yang berguna agar tidak kekeringan idea, Tqvm.
Blog yang terikat dgn pengkhususan atau tema paling sukar untuk mengekalkan entri kerana ada masanya seakan kehabisan sumber dan idea hingga terpaksa lari seketika dari tema.
PS: sombong tu subjektif...ada org kata org yg diam itu sombong...dan ada jugak org kata org yg terlalu byk cakap pon sombong...haha...