Assalamualaikum
Minta maaf kepada kamu semua, acik tak sempat nak blogwalking ke semua blog kamu yang datang ke blog acik, hanya yang sempat acik. Hari cuti acik di penuhi dengan program. Semalam balik dari BBQ dengan classmate di sungai congkak, penat sangat terus tidur. Dan Hari ini pon ada acik program lagi.
Siapa dah tengok video kes buli ketua kelas tu ??
Ahh mesti ramai dah tengok , dan pesalah telah pon di ambil tindakan. Semoga ada sedikit keinsafan kepada pelaku agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kes buli ini terjadi sejak dulu lagi tapi tidaklah seteruk ini yang siap buat video.
Sebenarnya hari ini acik nak mengetengahkan tentang isu masalah sosial di kalangan remaja. Kalau lihat masa kini, remaja semakin tidak takut melakukan kesalahan secara perbuatan atau perkataan seperti tiada undang undang yang melarang dari segi undang undang agama mahupon undang undang sivil.
Lihatlah budak budak sekolah ini berbuat sesuatu kadang kala di luar jangkaan dan batasan sehingga tak masuk di akal. Maksiat dan jenayah di lakukan tanpa perasaan takut. Lihatlah sekarang, lelaki dan perempuan berpeluk pelukkan di tempat awam telah menjadi pekara 'Biasa". Bila perkataan "biasa" itu telah di terima masyarakat maka mereka boleh melakukan segalanya tanpa rasa malu.
Satu lagi masalah sosial terjadi kerana " pop culture ".aahh tengok dan keluar istilah sosiologi. Pop culture ini idea,perspective,perangai, gambaran atau phenomena di dalam "main stream" yang menjadi ikutan remaja masa kini, lebih mudah popular culture.
Contohnya, gangster , rempit, mencuri, maksiat dan sebagainya.
Adakah kita nak salahkan institusi pembelajaran atau sekolah?
Ataupon ibu bapa tak berikan pendidikan moral dan agama secukupnya ?
ataupon media kerana memaparkan kisah kisah bergini ?
Semuanya kerana memainkan peranan untuk membendung masalah ini, Adakah kita mahukan bakal pemimin kita seperti ini ? yang mempunyai keruntuhan moral dah sahsiah yang buruk ?
Fikir fikirlahlah , tapi paling penting adalah bermula dengan diri kita sendri. Dik kita yang nak hidup, kita yang nak berjaya ,semua terletak pada diri kita . Kena pilih kawan yang betul dan belajar bersungguh sungguh.,jika kita ada pegangan agama yang kuat insyaALLAH kita mampu hadapi semua ini.Dan seterusnya ibu bapa kerana memantau anak anak mereka dan ambil tahu tentang mereka. Dan media pula mestilah memberi kesedaran dan mendidik tentang pekara pekara yang baik. Dan masyarakat pula kena ambil peduli tentang apa yang terjadi pada remaja sekarang, jika nampak pekara yang di lakukan salah cepat ambil tindakan.
Pilihan di tangan kita, dan hanya kita saje yang berhak memilik baik atau sebaliknya
Pilihan di tangan kita, dan hanya kita saje yang berhak memilik baik atau sebaliknya
Kalau semua pihak berganding bahu insyaALLAH masalah akan sedikit demi sedikit akan berkurangan dan gejala semua ini dapat di atasi. Mari kita muhasabah diri, ALLAH hidupkan kita hari ini bukan untuk menyambung dosa semalam tetapi untuk kita dekatkan diri kepadanya yang beribah dengannya. oklah sampai di sini dulu ..wasalam..adios
32 Ulasan
Yang muda menganggap dirinya masih memiliki masa yg cukup panjang dan kesempatan itu dia gunakan utk berbuat kemaksiatan. Yang tua mungkin sudah timbul bibit2 keinsafan dlm dirinya. Mungkin ada segelintir yg masih hanyut dan perkara sedemikian sangatlah menyedihkan..
Malam masih muda katanya. Sedangkan malam yg gelap gelita itu pun akan mengalah pada sinarnya mentari.
Kenapa Sehingga Sekarang USA Gagal Tewaskan Taliban
Hanya Spetsnaz yang guna senjata rahsia ini
Lagi Gambar Proses Transgender
mselim3
pls: Didik anak cara Rasullulah saw... cara terbaik.
dunia sudah tua dan semakin akhir ....
moga tak terjadi pada ku dan seluruh keturunan ku amin amin amin....mintak di jauhkan...
biasanya remaja2 bermasalah ni datangnya dari keluarga yang bermasalah...jarang-jarang kita dengar keluarga yang tiada masalah mempunyai anak yang bermasalah....
kedua.mungkin remaja tersebut tertekan.sbb ibubapa mungkin terlalu memberi tekanan dari semua segi.
atau mungkin memang remaja itu sendiri yang keras hati.
jadi kita semua mesti memainkana peranan yang optimum dalam membendung gejala-gejala tentang remaja dewasa ini.laporkan kepada pihak-pihak berwajib jika ada kelakuan yang tidak enak dipandang mata ataupun perkara-perkara yang mencurigakan.