Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Seperti Ini Yang Kita Mahukan Bakal Pemimpin Masa Depan ?


Assalamualaikum

Minta maaf kepada kamu semua, acik tak sempat nak blogwalking ke semua blog kamu yang datang ke blog acik, hanya yang sempat acik. Hari cuti acik di penuhi dengan program. Semalam balik dari BBQ dengan classmate di sungai congkak, penat sangat terus tidur. Dan Hari ini pon ada acik program lagi. 

Siapa dah tengok video kes buli ketua kelas tu ??

Ahh mesti ramai dah tengok , dan pesalah telah pon di ambil tindakan. Semoga ada sedikit keinsafan kepada pelaku agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kes buli ini terjadi sejak dulu lagi tapi tidaklah seteruk ini yang siap buat video.

Sebenarnya hari ini acik nak mengetengahkan tentang isu masalah sosial di kalangan remaja. Kalau lihat masa kini, remaja semakin tidak takut melakukan kesalahan secara perbuatan atau perkataan seperti tiada undang undang yang melarang dari segi undang undang agama mahupon undang undang sivil.

Lihatlah budak budak sekolah ini berbuat sesuatu kadang kala di luar jangkaan dan batasan sehingga tak masuk di akal. Maksiat dan jenayah di lakukan tanpa perasaan takut. Lihatlah sekarang, lelaki dan perempuan berpeluk pelukkan di tempat awam telah menjadi pekara 'Biasa". Bila perkataan "biasa" itu telah di terima masyarakat maka mereka boleh melakukan segalanya tanpa rasa malu.

Satu lagi masalah sosial terjadi kerana " pop culture ".aahh tengok dan keluar istilah sosiologi.  Pop culture ini idea,perspective,perangai, gambaran atau phenomena di dalam "main stream" yang menjadi ikutan remaja masa kini, lebih mudah popular culture. 

Contohnya,  gangster , rempit, mencuri, maksiat dan sebagainya.

Adakah kita nak salahkan institusi pembelajaran atau sekolah?
Ataupon ibu bapa tak berikan pendidikan moral dan agama secukupnya ?
ataupon media kerana memaparkan kisah kisah bergini ?
















Semuanya kerana memainkan peranan untuk membendung masalah ini, Adakah kita mahukan bakal pemimin kita seperti ini ? yang mempunyai keruntuhan moral dah sahsiah yang buruk ?

Fikir fikirlahlah , tapi paling penting adalah bermula dengan diri kita sendri. Dik kita yang nak hidup, kita yang nak berjaya ,semua terletak pada diri kita . Kena pilih kawan yang betul dan belajar bersungguh sungguh.,jika kita ada pegangan agama yang kuat insyaALLAH kita mampu hadapi semua ini.Dan seterusnya ibu bapa kerana memantau anak anak mereka dan ambil tahu tentang mereka. Dan media pula mestilah memberi kesedaran dan mendidik tentang pekara pekara yang baik. Dan masyarakat pula kena ambil peduli tentang apa yang terjadi pada remaja sekarang, jika nampak pekara yang di lakukan salah cepat ambil tindakan.

Pilihan di tangan kita, dan hanya kita saje yang berhak memilik baik atau sebaliknya

Kalau semua pihak berganding bahu insyaALLAH masalah akan sedikit demi sedikit akan berkurangan dan gejala semua ini dapat di atasi. Mari kita muhasabah diri, ALLAH hidupkan kita hari ini bukan untuk menyambung dosa semalam tetapi untuk kita dekatkan diri kepadanya yang beribah dengannya. oklah sampai di sini dulu ..wasalam..adios


Catat Ulasan

32 Ulasan

Amaliena Ros berkata…
dunia akhir zaman acik...semuanya semakin runtuh, baik akhlak mahupun jatidiri..diharapnya, kita2 yang masih ada kesedaran ini, sentiasa berada di laluan yang benar...
bukankosong berkata…
dugaan akhir zaman
zaxx berkata…
semakin hari semakin meningkat cbaran sosial terutma kepda anak muda dan remaja..
Akupenghibur.com berkata…
Amin.. Moga ada kesedaran terhadap kita
Akupenghibur.com berkata…
Maka kiamat pon menghampiri kita
Akupenghibur.com berkata…
Memang pon x dinafikan
Unknown berkata…
sosial dah semakin teruk ni, takkan kita nk duduk kutuk dan maki serta lihat sajakan. pasti ada sesuatu yg bisa kita lakukan. ambil peluang pilihanraya ini sbgai wadah pertama untk mrubah. haha
Unknown berkata…
begitulah keadaan manusia sekarang. Tak kiralah muda atau tua. Sama saja.
Yang muda menganggap dirinya masih memiliki masa yg cukup panjang dan kesempatan itu dia gunakan utk berbuat kemaksiatan. Yang tua mungkin sudah timbul bibit2 keinsafan dlm dirinya. Mungkin ada segelintir yg masih hanyut dan perkara sedemikian sangatlah menyedihkan..

Malam masih muda katanya. Sedangkan malam yg gelap gelita itu pun akan mengalah pada sinarnya mentari.
dunia dunia. mampu geleng kepala dan berdoa sajalah. huhu
Akupenghibur.com berkata…
wahh :) pilihlah betul2 yer :)
Akupenghibur.com berkata…
itulah... kita kena sedarkan mereka... agar mereka tidak terlena terlalu lama
Akupenghibur.com berkata…
moga kita dan anak2 kita bukan dari golongan ini
Unknown berkata…
masalah sosial remaja ni mcm takkan selesai...dah mcm virus...lg diperli, lg dimarah, lg dipukul, lg bertambah degil mereka2 ni....ada sesetgh pendapat kata mereka yg "liar" camni sebenarnya kurg perhatian...kat sekolah mungkin dibenci cikgu, kat rumah mak bapak tak pedulikan...last2 merempit dan berkepit jugak lah yg mereka rasa boleh hilangkan keresahan dan kesunyian tu....
Aimacomel berkata…
adakah sebab budak2 lebih hebat? terlalu bagus? terlalu advance sgt smpai jadi mcm tu ye.. menggeleng kepala tengok mereka2 ni. agak2 masih ada lagi ke yg blh dibentuk?
Hana berkata…
pengaruh rakan sangat kuat. tapi apa2 pun diri sendiri tu kena kawal kan.
Abdul Munir berkata…
Pengaruh media dan persekitaran yang semakin kritikal..
Unknown berkata…
bdk2 akhir zaman....-_-"
Unknown berkata…
Benci tgk perangai budak2 skrg.. perangai melampau lampau dh..
mselim3 berkata…
pandangan mselim3 masalah keruntuhan akhlak masa kini semakin parah..yerlah dunia mmg tanpa sempadan... jadi kita lah perlu "bersempadan"....kena pantau anak2 kita nie... cabaran mendidik anak masa kini lebih mencabar berbanding dulu...Allahuakbar...dugaan2...

mselim3

pls: Didik anak cara Rasullulah saw... cara terbaik.
Tengkubutang berkata…
budak2 sekarang semakin berani.. kadang nasihat ibu bapa pun diorang xnk denga dh.. dh tlampau tpengaruh dgn kawan2 yg asyik dgn dunia luar yg liar
Tanpa Nama berkata…
erm,, manusia akhir zamn, smoge kita djauhkan drpada itu smua. huhu takut sgt kalau dpat msuk u,, hope dapat plih kwan yang btul,,amin
TiranaAduka berkata…
salam....
dunia sudah tua dan semakin akhir ....
moga tak terjadi pada ku dan seluruh keturunan ku amin amin amin....mintak di jauhkan...
Nur Nainis berkata…
Macam2 pengaruh zaman sekarang ni. Kita tengok adik2 dekat sekeliling kita. Pemikiran mereka "semakin maju" kan..kadang2 sampai kalah kita kalau nak ikut cara mereka berfikir. Negara makin maju tapi akhlak, pemikiran dah kembali balik ke zaman jahiliah. Inilah ujian akhir zaman.
Ayue Rejaluddin berkata…
Takut tengok bebudak sekarang ni...
NuissMa berkata…
astaghfirullahal azim..saya yang tengop ni pon rase malu..
sizziey darliana berkata…
Allahuakbar... minta dijauhkan dari benda-benda begini ...
Tanpa Nama berkata…
berat tugas ibu bapa sekarang..bila anak2 naik remaja ni kathy tak senag duduk dah..hehehehe..
Tanpa Nama berkata…
Salah siapa ye....??
edisi berkata…
dalam isu ini,pada pendapat peribadi saya for the first balik kepada cara pendidikan di rumah,adakah ada pantauan dari ibu bapa?
biasanya remaja2 bermasalah ni datangnya dari keluarga yang bermasalah...jarang-jarang kita dengar keluarga yang tiada masalah mempunyai anak yang bermasalah....
kedua.mungkin remaja tersebut tertekan.sbb ibubapa mungkin terlalu memberi tekanan dari semua segi.
atau mungkin memang remaja itu sendiri yang keras hati.

jadi kita semua mesti memainkana peranan yang optimum dalam membendung gejala-gejala tentang remaja dewasa ini.laporkan kepada pihak-pihak berwajib jika ada kelakuan yang tidak enak dipandang mata ataupun perkara-perkara yang mencurigakan.
Mizz Aiza berkata…
pada pandangan akak.. jangan salahkan orang lain di atas apa yang berlaku.. semuanya salah diri sendiri.. Allah dah bagi kita fizikal dan mental yang sihat, gunakanlah dengan sebaik-baiknya nikmat itu ke jalan kebaikan sebagai tanda kita menghargai nikmat-Nya.. bagi remaja yang sudah terlanjur, segeralah bertaubat kerana perjalanan hidup anda masih jauh..