Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi berkesempatan menaip di blog acik nie, kejap lagi nak siap siap pergi ke kelas pula. Setiap bulan mesti tak akan lekang kita bace di surat khbar mahupon berita di televisyen memberitahu tentang pembuangan bayi. Kes ini sudah menjadi trend pada masa kita, siap ada cakap "ala biasalah kes buang bayi memang selalu jadi".
Ini bukan biase tapi luar biasa kerana hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. Bayi tersebut juga ingin merasa hidup di dunia ini seperti kita. Beberapa hari yang lepas bayi perempuan tanpa kepala di temui dekat perairan Pulau Nunuyan.Keadaanya bayi tersebut sangat menyedihkan dan menyayat hati.Kalau fikir lagi ,dimana silapnya, kerajaan dah buat pelbagai program untuk memberi kesedaran kepada rakyat. Tinggal kita saje yang mahu mencegah atau tidak.
Kes paling terbaru adalah pada 7/4 Bayi baru lahir di buang tepi jejambat mungkin di pukul sampai mati. Apalah salah bayi tu, kerana kebodohan mak ayah dia , dia di perlakuan macam tu. Ohhh dah pandai buat tahu pulak takut nak hilangkan jejak hasil perilaku terkutuk tu. Tahu tak berapa dosa telah di lakukan, pertama membuat maksiat, kedua membunuh anak yang tak bersalah.
Yang biasa berlaku, lelaki tak mahu anak tersebut dan mahu di gugurkan, si perempuan pula sayang pada bayi itu. Ada 2 kemungkinan pertama mengikut kata lelaki itu mengugurkan bayi tersebut dan kedua melahirkan bayi tersebut kemudian buang.
Mungkin kamu akan rasa sedih dan tak selesa bila lihat gambar ini ,tapi inilah reality yang kena terima. Pembuangan bayi sekarang makin meninggi. Kita harusnya muhasabah diri dan jauhi dari maksiat, bentengi diri dengan ilmu agama maka tidak akan tersasar jauh. Cinta ini bukan untuk di cuba cuba dan nak tahu hasilnya bagaimana .
Fikir fikirlah , masing masing dah besar bila nak tegur bercinta macam nak rak marah pulak, keluar berdua duaan berpeluk peluk sana sini ,pegang tangan bagai. Lepas itu untuk bukti cinta serahkan tubuh badan. Maaflah kalau ada yang marah dengan ayat acik nie, sebab acik geram dengan segelintir manusia yangg berlandaskan maksiat dan nafsu saje.Acik buat entry ini untuk ingat diri acik juga agar tidak lakukan hal seperti ini.
Ya ALLAH jauhkanlah kami dari melakukan pekara pekara laranganmu dan kuatkan iman kami serta berikan perlindungan kepada kami agar kami tidak terpesong dan tidak terlalu mengikut nafsu ya ALLAH .
39 Ulasan
Ni lah jadinya Acik..
Lepas tu bila dah dapat akibatnya, taknak bertanggungjawab....
Yang jadi mangsa bayi yang tak berdosa....
Sedih AJ bila baca2 bende macam ni...
Makhluk Allah yg paling tinggi dan mulia darjatnya adalah manusia, kenapalah di perlakukan sedemikian rupa? Bayi yg suci dan bersih dari sebarang dosa. Kepada yang melakukannya, semoga Allah membalas perlakuan kejam ini...Neraka jahanamlah tempatmu!
p/s: Tak sanggup melihat gambar2 tu...(kalau sudi Acik keluarkanlah)
sorry panjang berjela komennya Acik...sebab sy benci pada pembuangan bayi...kes ni buat sy emo...
kalau taknak sekali pon jgnlah buang, jangan lah bunuh...
letaklah kat depan rumah saya...
huhuhu...
biar jadi anak saya pon takpe..
budak2 tu kan "rezeki"...
moga ALLAH kurniakan hidayah buat diri ini dan semua.. aamin..