Assalamualaikum
Alhamdulilah
tiba kita pada penghulu hari, hari yang tenang dan penuh berkah ini, seperti
biasa acik akan kongsikan kisah kisah tauladan bersama agar kita mendapat
manfaatnya juga :). Bila baca tajuk lain semacam je kan ?? ahh baca dulu sampai abis baru tahu intipati cerita ini.Cerita ini penuh dengan tauladan dan memberi makna dalam
keikhlasan serta memberi sesuatu dalam menjaga dan menghormati tetamu. Jom kita bace .
Dikisahkan bahwa semasa berlakunya kekurangan
makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri
rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan
sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah
fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu
memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan
roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong
tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka
Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta
kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia
meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak
gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka
pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta
sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat
kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu
itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan
anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si
ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan
pakaiannya.
Pada
suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan
bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak
tahu bahwa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang
tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan
dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun
berkata, "Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tatacara
harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan
kiri."
Setelah
si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri,
walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar
suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba
Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana
Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu
itu."
Setelah
gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya,
dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun
makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa
menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke
rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah
bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka
sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka
sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi
kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan
kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."
Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia
datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu
berkah dan seribu rahmat."
24 Ulasan
kisah yang penuh tauladan dan pengajaran..
terima kasih atas perkongsiaannya ^_^
Tazkirah yg bermakna di hari Jumaat yg mulia. Solat Jumaat nanti jgn lupa sedekah ikhlas di masjid. Bersedekah...amal jariah utk pahala berterusan buat bekalan di alam barzakh dan di akhirat kelak dan perkongsian ilmu juga satu amal jariah.
p/s: Senyuman manis buat anda semua :) terimalah sedekah dari saya.
Btw, nice sharing acik..May Allah bless u :)