Assalamualaikum
Alhamdulilah hari nie ada ruang sedikit untuk tulis entry ke dua hari nie. Laman sosial nie ada kebaikan dan kekurangnya.Diri kita sendirilah yang membawa di mana hala tuju kita gunakan medium ini, adakah untuk kebaikan dan keburukan. Terpulang pada kita, pada acik laman sosial ini datangkan kebaikan pada acik. lagi lagi untuk mendapatkan "networking" dari serata dunia dan dapat "share " minat yang sama dengan kawan kawan yang mempunyai minat yang sama.
Tapi tadi sedang acik online ,acik terlihat status seorang rakan facebook acik, terkejut acik bace, kecewa pon ada. Jika jadi anak baik, belajar rajin hingga berjaya itu adalah untuk diri kita juga bukan untuk orang lain. Kita berhak taip apa saje di laman sosial seperti facebook ini, tapi mestilah ada limit dan hadnya.Jangan sampai menjatuhkan maruah ibu bapa.
Acik pon anak orang yang mempunyai pendapatan sederhana., setiap hari pergi kelas menaiki bas dan kadang ada kawan yang baik tumpang menaiki motorsikal. Tapi acik tak pernah rasa malu dan tak pernah hirau orang nak cakap apa pon. kawan-kawan lain pergi kelas naik kereta dan ada di hantar dan di jemput pergi balik, tak pelah itu mereka, mampu. Kita yang ada kekurangan ini terimalah hidup kita seadanya. Sedarlah diri.
Kerana kereta saje sanggup mengutuk ibunya , kerana tak memenuhi permintaannye. Anak jenis apa tu ? Tahu tak dari kecil hingga besar, berapa kos untuk sara kamu ?? pernah mereka berkira ?? Kita minta yang bukan-bukan dan kadang mereka tak mampu sediakan. Pernah kita cuba mengerti situasi dan keadaan mereka ?? Mereka kerja siang malam untuk memenuhi keperluan kita ,mereka tak pernah merungut dan berkira.Kita tahu "order"saje !! sepatutrnya kita malu terhadap mereka, tak sudah sudah menyusahkan mereka.
Belajar itu tanggungjawab kita, berjaya itu adalah hasilnya..belajar rajin- rajin dan jika 1 hari nanti berjaya dapat kerja bagus , belilah apa pon jua yang kamu nak ..beli barang hasil kerja kita lebih bermakna.kalau umi baca mesti kecewa hatinya tidak kepalang, anaknye sanggup taip status seperti itu.
Sebab itu Islam menentang keras penganutnya menyakiti ibu sendiri,
sekalipun dengan perkataan ah! Apatah lagi, sekiranya seorang ibu itu
dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri. Allah berjanji bahawa
setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan
setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk
syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang
tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai
lelaki. (Riwayat Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim).
Pemilik status ini biarlah di rahsiakan.. acik sempat comment statusnya dan bagi nasihat.. Biar dia sedar apa yang dia lakukan itulah adalah kesilapan. sama sama kita baiki diri kita.
28 Ulasan
ini pun salah satu gejala tak sihat dalam laman sosial. apa nak jadi la..
#acik, mar share ye :)
Gorilla Cuba Pakai Baju LOL
Kalau dah namanya lelaki~~
yg nak kutuk mak sendiri tu apahal la pulak...kalau mak dia mampu mesti dah bg dah kete BMW sebijik....sape yg tak syg anak kan...ni mesti kes terlalu manja dari kecik ni....dan tak pernah tgk camne mak bapak dia susah cari duit...
apa2 pun dia mungkin takde la niat buruk sampai nak hina mak dia camtu sekali...cuma penulisan status di laman sosial tu menyebabkan dia nampak amat "tidak pandai" dan biadab...
Tak kenang budi langsung. kalau dah tahu ibu bukan org senang, tak berkemampuan kenapa sampai boleh request benda yg begitu kan. kenapa tak fikir yg satu hari dia yg akan menghadiahkan ibu sebuah kereta berkat ketabahan ibu membesar dan bagi dia belajar tinggi berjaya utk jadi manusia. bukan utk jadi manusia yg lupa dia.
Ibu tu segala-galanya. walau sebodoh mana, semiskin dan sehina manapun Syurga tu tetap terletak dibawah tapak kaki beliau.
Jadi sebagai anak yg konon-kononya buat semua demi ibu, sanggup ke kita nak buat ibu begitu??
saya yg membaca pun terasa hati apatah lagi kalau ibu sendiri yg membacanya. Ya Allah, mohon diberi petunjuk.
Maaf kalau teremosi lagi di sini acik. Tak sampai hati bila hal melibatkan ibu bapa ni.