Ticker

6/recent/ticker-posts

Ibu Di Hina Kerana Tidak Memenuhi PermintaanNya




Assalamualaikum

Alhamdulilah hari nie ada ruang sedikit untuk tulis entry ke dua hari nie. Laman sosial nie ada kebaikan dan kekurangnya.Diri kita sendirilah yang membawa di mana hala tuju kita gunakan medium ini, adakah untuk kebaikan dan keburukan. Terpulang pada kita, pada acik laman sosial ini datangkan kebaikan pada acik. lagi lagi untuk mendapatkan "networking" dari serata dunia dan dapat "share " minat yang sama dengan kawan kawan yang mempunyai minat yang sama.

Tapi tadi sedang acik online ,acik terlihat status seorang rakan facebook acik, terkejut acik bace, kecewa pon ada. Jika jadi anak baik, belajar rajin hingga berjaya itu adalah untuk diri kita juga bukan untuk orang lain. Kita berhak taip apa saje di laman sosial seperti facebook ini, tapi mestilah ada limit dan hadnya.Jangan sampai menjatuhkan maruah ibu bapa.


Acik pon anak orang yang mempunyai pendapatan sederhana., setiap hari pergi kelas menaiki bas dan kadang ada kawan yang baik tumpang menaiki motorsikal. Tapi acik tak pernah rasa malu dan tak pernah hirau orang nak cakap apa pon. kawan-kawan lain pergi kelas naik kereta dan ada di hantar dan di jemput pergi balik, tak pelah itu mereka, mampu. Kita yang ada kekurangan ini terimalah hidup kita seadanya. Sedarlah diri.

Kerana kereta saje sanggup mengutuk ibunya , kerana tak memenuhi permintaannye. Anak jenis apa tu ? Tahu tak dari kecil hingga besar, berapa kos untuk sara kamu ?? pernah mereka berkira ?? Kita minta yang bukan-bukan dan kadang mereka tak mampu sediakan. Pernah kita cuba mengerti situasi dan keadaan mereka ?? Mereka kerja siang malam untuk memenuhi keperluan kita ,mereka tak pernah merungut dan berkira.Kita tahu "order"saje !! sepatutrnya kita malu terhadap mereka, tak sudah sudah menyusahkan mereka.

Belajar itu tanggungjawab kita, berjaya itu adalah hasilnya..belajar rajin- rajin dan jika 1 hari nanti berjaya dapat kerja bagus , belilah apa pon jua yang kamu nak ..beli barang hasil kerja kita lebih bermakna.kalau umi baca mesti kecewa hatinya tidak kepalang, anaknye sanggup taip status seperti itu.

Sebab itu Islam menentang keras penganutnya menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apatah lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri. Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim).

Pemilik status ini biarlah di rahsiakan.. acik sempat comment statusnya dan bagi nasihat.. Biar dia sedar apa yang dia lakukan itulah adalah kesilapan. sama sama kita baiki diri kita.

Catat Ulasan

28 Ulasan

zaxx berkata…
ibu adalah pelengkap segalanya... memang tak patut menghina ibu begini..sedarlah wahai anak..kita buka siapa2 tanpa ibu...
iha berkata…
Amboi status, kalau ada kereta pun nanti bajet banyak jugak nak guna.. harap diberikan hidayah pada orang tu..
Khir Khalid berkata…
Astagfirullah.. X mencium bau syurga kpd yg derhaka kpd ibunya. Moga Allah menjauhi kita drp perlakuan spt itu.
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ..tanpa ibu ktia bukan siapa2
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudah di berikan hidayah kepadanya
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan kita di jauhkan ... kecewa betul dengan budak nie
Akupenghibur.com berkata…
betul tu cik kak...ambil sebagai pengajaran .. cukuplah pengorbanan ibu terhadap kita.. sepatutnye kita sedar diri!!
Tanpa Nama berkata…
kalau nak kereta, belajar la pandai2, dapatkan kerja bagus2 dengan gaji besar. jangan nak berjoli, harap mak belikan kereta yang puluhan ribu tu, dah tau ibu xmampu..

ini pun salah satu gejala tak sihat dalam laman sosial. apa nak jadi la..
Unknown berkata…
sedihnyaaa lah baca.. adoyai anak weh, kalo bkn krn mak yg ko kata bodoh tu, ko x mungkin lahir kt dunia.. ko xkan sekolah smpi pndai, dn ko xkan pndai tulis status tu pun ! sedarlaa sikit ! jangan laa mak die baca sedih gile kot, dah la mak susah2 besarkan die, bg die pndai.. tp die ?? tu bkn pndai kalo otak letak kt lutut.. moga die sedar diri cepat2 sbelum terlambat..

#acik, mar share ye :)
Akupenghibur.com berkata…
ini salah satu contoh yang negatif...
Akupenghibur.com berkata…
mudah mudahan...semoga di sedar..silakn share
Unknown berkata…
ya allah.. tak sangka ada anak macam ni.. terima lah kenyataan dan jangan jadi orang lain.. apa-apa pun.. mari lah berdoa untuk anak ni..
Unknown berkata…
budak sekarang...singkatnya pemikiran..suatu hari dia akan sedar kata-kata dia tu..masa tu mak dia dah tiada..dan anak2 dia plak kutuk dia..
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... bakal tanggang moden . dia dpt update status pun hasil dari pemberian ibunya mungkin ... anak murid akak saya , masa sihat jadi gangster kat sekolah . Pas tu pi jaja cerita kat kwn2 dia yg ayah dia jahat . dgn izin Allah accident . maka si ayah yg di war2kan jahat tu lah yg mendokongnya dari kereta hingga pintu rumah di tkt 4 sbb x de lif . selepas tu dia jadi sebaik2 umat kat sekolah tuh ... manusia nih sama jer . dapat kifarah / pengajaran baru la insaf ...
Unknown berkata…
LOL betul la...pasal kete pon rasa terhina ke? tu la sistem kehidupan kat negara kita yg terpesong skang ni...kete dah dianggap mcm segala2nya dah...patutlah jln raya asyik jem hari2....(sori yg ni off topic)

yg nak kutuk mak sendiri tu apahal la pulak...kalau mak dia mampu mesti dah bg dah kete BMW sebijik....sape yg tak syg anak kan...ni mesti kes terlalu manja dari kecik ni....dan tak pernah tgk camne mak bapak dia susah cari duit...

apa2 pun dia mungkin takde la niat buruk sampai nak hina mak dia camtu sekali...cuma penulisan status di laman sosial tu menyebabkan dia nampak amat "tidak pandai" dan biadab...
Aimacomel berkata…
Laaa, ayat2 atas dia tu nampaknya cukup cerdik. tapi xsangka bila dah cerdik sgt smpai boleh membodohkan ibu sendiri.. MasyaAllah.

Tak kenang budi langsung. kalau dah tahu ibu bukan org senang, tak berkemampuan kenapa sampai boleh request benda yg begitu kan. kenapa tak fikir yg satu hari dia yg akan menghadiahkan ibu sebuah kereta berkat ketabahan ibu membesar dan bagi dia belajar tinggi berjaya utk jadi manusia. bukan utk jadi manusia yg lupa dia.
Ibu tu segala-galanya. walau sebodoh mana, semiskin dan sehina manapun Syurga tu tetap terletak dibawah tapak kaki beliau.
Jadi sebagai anak yg konon-kononya buat semua demi ibu, sanggup ke kita nak buat ibu begitu??
saya yg membaca pun terasa hati apatah lagi kalau ibu sendiri yg membacanya. Ya Allah, mohon diberi petunjuk.

Maaf kalau teremosi lagi di sini acik. Tak sampai hati bila hal melibatkan ibu bapa ni.
Unknown berkata…
satu je yang aku mampu simpulkan.. buat jahat macam mana jahat pun, tetap diampunkan Allah jika kita bertaubat bersungguh2.. tetapi melakukan dosa terhadap manusia takkkan diampunkan dosanya kecuali diampunkan orang itu.. inikan pula berbuat dosa terhadap ibu sendiri? kalau si ibu tak maafkan anaknya itu, takkan cium bau syurga langsung..
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ..doakan dia sepaya dapat hidayah
Akupenghibur.com berkata…
hidup ini ada putaran waktu hidup... begitulah
Akupenghibur.com berkata…
wslm kak.. itulah ..hidup(ibu bapa ) yang di kutuk dan hina dia tetap terima dia seadanya
Akupenghibur.com berkata…
entahlah... tapi nak meluahkan itu biarlah bertempat
Akupenghibur.com berkata…
tak pe .. acik pon bce geram.. semoga dia di berikan hidayah
Akupenghibur.com berkata…
betul tu boni..acik sokong
Nur Nainis berkata…
Menangis baca status anak ini..Sedihnya..bukan sedih sebab dia tak dapat kereta, tapi sedih sebab dia sanggup cakap macam itu..Maafkan lah anak ini ibu..Moga kita tak menjadi seperti itu dan moga dia berubah menjadi anak yang soleh/solehah.
SHIMI berkata…
Benarlah bahawa syurga itu ditelapak kaki ibu. Dengan kasih sayangnya kita berada sebagaimana kita sekarang. Hidup tanpa restu seorang ibu adalah kehidupan yang mengundang petaka
Tanpa Nama berkata…
salam singgah, salam ramadhan dan salam ukhwah. sedihnya baca entry ni. sampainya hati seorang anak cakap macam tu kat seorang ibu yang banyak jasanya pada kita. ya allah, peritnya ibu lahirkan kita, itu yang dia jawab. geramnye hati ni. moga diampunkan anak itu.