Assalamualaikum
Alhamdulilah Allah masih berikan kekuatan kepada diri ini untuk teruskan hidup dan kuatkan hati ini untuk jangan kecewa lagi. Tipulah kalau kata hati ini tak rasa apa apa kerana orang yang kita percaya sanggup buat seperti itu..ishhh abaikan sajelah.
Ahhh minta maaf sebelumnya kerana semalam acik off handphone dan tak jawab semua pertanyaan yang kamu berikan di page acik. Hari ini acik nak kongsikan sesuatu kepada kamu semua. Siapa sini seorang yang pendiam ??
Biasalah orang yang pendiam ini biasanya di anggap passive dan jenis yang tak bercampur gaul. Di katakan orang diam nie tak pandai sebab "diam" sebab tak tahu. Yelah kat kelas diam jer, bila bagi pendapat pon agak susah nak berikan,yelah orang pendiam memang susah nak bersuara tapi tak semestinya dia tak pandai. Orang diam ini biasanye "diam diam ubi berisi" .Ahh tapi bila dia dah berkata kata pedas ayat ayatnya dan mungkin ada yang sentap, tapi bila dah bercakap memang susah nak berhenti. Diam itu biar bertempat, biar mereka pandang kita bagaimana sekalipun janji kita tahu diri kita bagaimana.
Ahh mesti adakan adik beradik, kawan kawan atau sesiapa saje yang jenis tawaduk dan sabar dalam segala yang di lakukan. Dia tenang saje orangnye, bila orang cari pasal dengan dia , dia tenang saje dan mampu tersenyum. Bila orang marah walaupon bukan kesalahan diri ,di tunduk saje . Orang kutuk dia, maki dia dia facebook dan kata dia macam macam dia sabar lagi. Orang kena kan dia,dia masih lagi sabar . Tapi satu ketika bila tahap kesabaran dia dah habis maka jangan terkejut nuklear akan meletup dan mungkin akan lebih parah apa yang di katakan , akan ada yang sentap dan menyesal sebab pernah buat dia. Bahaya tau kalau jenis orang senyap ini , makan dalam oooo
Dan yang ketiga, jangan ingat orang yang setia tak boleh curang. Jangan asyik nak mainkan perasaan orang lain saje, kita cukup setia dengan dia tapi di belakang kita ada orang lain, kita masih boleh terima sebab katanya khilaf , tetapi buat lagi perangai yang sama bila nampak orang baru. Tapi jangan sampai satu tahap dia dah face up dengan semua ini dan mungkin akan tinggalkan kamu untuk seseorang yang dapat terima kamu seadanya, masa itu jangan pulak terhegeh hegeh... jangan mainkan perasaan ,jika kita tak mahu orang mainkan perasaan kita.
Nampak tak di sini, manusia mempunyai pelbagai perangai, lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Apa pon kita kena muhasabah diri dan saling membaiki diri bukan menyakiti orang lain. Setiap perubahan yang kita lakukan biarlah kearah kebaikan bukan makin teruk. Filldunia wal akirat. Oklah sampai sini dulu ..adios :)
27 Ulasan
Saya orang yg pendiam jika bersemuka. Hanya berkata2 bila perlu sahaja...Tapi di dunia blog ni terpaksa meramahkan diri dan lebih mudah menulis dari berkata2...
Lepas tu, saya akan lupakan dan hapuskannya supaya saya tak mengingatinya lagi agar hati saya terpelihara dari rasa dendam, riak, ujub, khibr, takbur dan sombong.
Macam mana saya buat?? Mohon pada ALLAH. Hanya DIA yg mampu melakukannya. Tak ada yg mustahil jika kita betul2 menyakini akan-NYA.
~hanya pada masa2 tertentu saja saya akan bersuara. InsyaALLAH..
kita tak boleh jangka perkara yang berlaku....
jangan disangka air yang tenag takde buaya.
Lambat laun bile kesabaran menipis, semua perkara boileh jadi...