( gambar dari google dan tak berkaitan )
Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi acik menaip di blog kesayangan acik dan dapat pergi ke blog rakan rakan blogger yang acik hormati dan segani. Pilihan pon kian tiba ,wahh apa lagi tengok di mana saje dah ada bendera , best cantik!!! hehehe sebenar best bila tiba pilihan raya nie dan ini kali pertama acik pilihan raya acik rasa sendiri sebagai sebagai pengundi, hehe tahun pertama sebagai layak mengundi.
Hari ini acik bukan nak cakap tentang politik , dan tak mahu sebenarnya tapi hati ini agak terkilan dengan sesama kita . Yelah dulu pernah satu kes di mana satu pasangan bercerai sebab lain parti. Baru baru ini pula di tetak sebab bendera.
Ya ALLAH , tak kisah apa pon yang kamu pilih dan kamu rasa betul tapi janganlah sampai berlaku keganasan dan melampaui batasan norma kehidupan. Kata undi rahsia tapi kenapa perlu jadi macam gini ? tak kisahlah apa ideologi yang di terapkan dalam sesebuah parti tu tapi nilai kemanusia dan saling menghormati itu perlu.
Pagi pagi lagi acik dah nak nampak orang update status yang bukan bukan. Sebab parti kawan baik bergaduh ? sebab lain parti ?
Kalau aciklah , tak kisahlah dia parti mana sekali pon dan dia nak sokong pe pon biarlah asalkan persahabatan di jaga. Kita kena saling menghormati pilihan sesama rakan, kalau dia pilih mungkin dia rasa itu yang terbaik untuk kita dan kita pilih parti ini ok jelah dah tentu kita ada pilihan kita sendiri.
Acik tak berniat tulis panjang nanti ada pihak yang terasa pula, sebelum tu acik nak minta maaf, acik printscreen bukan niat acik untuk menjatuhkan sesiapa saje tapi untuk berikan kesedaran kepada semua.
memutuskan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin adalah berdosa
besar. Dalam ayat Al Quran ada dijelaskan: "Maka apakah kiranya jika
kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan
hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah
dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka".
(Muhammad 22 -23)
"Tidak
halal bagi seorang muslim memusuhi sesama muslim lebih dari 3 hari, kerana
kedua orang yang saling bermusuhan itu beerti keduanya telah berpaling daripada
hak selama bermusuhan. Dan yang lebih dahulu berdamai beerti tertebus dosanya
dan jika ia memberi salam tetapi tidak dijawab salamnya, maka akan dijawab oleh
malaikat, sedang yang tidak menjawab diliputi oleh syaitan. Dan jika keduanya
mati sedang dalam permusuhan itu maka keduanya tidak dapat masuk syurga
selamanya"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)
(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)
34 Ulasan
Ikut nafsu marah mcm tulah..padahal benda bleh settle elok2..secara profesional...
~moga ALLAH pelihara diri kita dan seluruh umat.. Amin..
sayangkan, bila silaturraim diputuskan? hanya kerana politik.
Maaflah...Tak berminat bercerita pasal politik, cukup sekadar ambil tahu. Undi itu rahsia...pilihan terletak ditangan anda di kertas undi. Selamat mengundi :)
Parti2 la....
Taksub sangat, macam ni la jadinya...
dari aspek undi rahsia tu macam lawak je sebenarnya...dah sah2 jadi ahli sesebuah parti takkan lah taktau lagi si polan tu undi mana...betul tak? hehehe kalau yg tak register dgn mana2 parti tu lainlah....
xjadi pengundi lg, tunggu 4thn lg kot..hee..btw, slamat mngundi nnt ye acik ^___^