Assalamualaikum
Alhamdulilah hari nie dapat bernafas dan melihat indahhnya alam ciptaan Allah ini. Bangun saje hari nie acik dah lupakan apa yang berlaku semalam untuk biarlah tak tension..hehehhee. Ahhh hari nie acik nak kongsi sesuatu pekara ini kepada kamu semua.
Pernah tak kamu duduk bertiga, duduk bersembang sama ada di cafe, kantin, restoran dan di mana saje. Yang paling penting ada kamu kawan kamu dan seorang lagi kawan. Duk berbual , tapi rasa macam di pinggirkan kerana 2 kawan anda bersembangkan dan buat kamu macam tak ada di situ.
Pernah tak ?? Ishh tipulah tak pernah...
Siapa pernah rasa situasi nie ? mesti sakit hatikan, yelah kadang mereka bersembang tentang yang kita tak tahu. Bila nak mencelah tak tahu nak kata apa dan di biarkan saje kita nie .Kadang kita rasa benda ini remeh temeh jer tapi sebenarnya tidak elok kita membiarkan apabila 2 antara kamu bercakap cakap dan meninggalkan yang ketiga perbuatan itu tidak di sukai oleh Rasullulah.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu
bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan
mendukacitakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)
Kadang fikir balik begitu hebatnya rasullulah, peribadi yang unggul . Hargai setiap sahabat yang dia ada dan tak pernah melukakan hati sahabatnya walaupon sekecil mana pon. Tapi orang sekarang ??
Orang sekarang pentingkan diri , lebih bersifat selektif untuk berkawan , dan kawan tersebut mestilah yang hebat dan mempunyai persamaan dengan dia serta berkepentingan untuk dia . Kalau tak memang dia tak layan kita nie.
Dan sebenar acik terkejut bila dapat dapat tahu dan lihat sendiri ramai kawan yang "fake" di depan mampu mengeluarkan kata kata indah dan support kita , tapi di belakang kita ?? mengutuk dan mencaci kita. Kita jadi bahan persendaan mereka. Dan sifat setia kawan seolah olah tak pernah wujud kerana orang sekarang lebih bersifat peribadi.
Kadang acik fikir jgk kenapa perlu sedih dengan umpatan orang?
Bukankah di Akhirat nanti, kita perlukan mereka yg mengumpat ini untuk
tolong pikul dosa-dosa kita?
Dan kadang kala kita kena tengok jugak diri kita, mungkin ada silap yang kita tak sedar dan mungkin kita terlalu ego untuk memulakan permbicaraan. Orang lebih suka kepada orang yang ramah dan boleh bertukar tukar buah fikiran lagi lagi berkongsi minat yang sama.
Acik buat entry ini atas permintaan seorang sahabat yang rasa dirinya di pinggirkan. Semalam menagis telefon acik untuk memberitahu hal ini, semoga ada sedikit iktibar yang dapat kita ambil dari entry ini.
Bukan apa kadang kita perasan pekara ini, kita anggap benda ini remeh temeh tapi ada individu yang mengambil serius dan terasa hati.
Ya Allah jadikan aku kawan dan sahabat yang baik untuk mereka dan biarlah kami berkawan dengan ikhlas dan terima seadanya seseorang itu tanpa menilai rupa paras , harta benda dan kedudukan . Ya Allah semoga persahabatan yang terjalin ini mendapat keredhaanmu. KepadaMu aku meminta dan kepadamu aku berserah.
30 Ulasan
Jangan bersedih jika dipinggirkan rakan dan sahabat. Muhasabah diri dan lihat kekurangan dan kelemahan diri dan perbaiki, jangan sesekali menyalahkan orang lain.
Jangan takut dipinggirkan rakan tapi takutlah jika anda dipinggirkan oleh Allah.
but kita sempoi dah la...dah perangai orang kekadang memang begitu...jangan kita buat orang macam tu dah la...
hidup ni kadang2 kita kena jaga juga hati orang...nanti kena kat
batang hidung baru tersedar
Even takde mengena dengan orang tui pun, dia akan tetap terasa..