Ticker

6/recent/ticker-posts

Jika Kamu Bertiga Maka Janganlah Dua Daripada Kamu Bercakap-cakap Meninggalkan Yang Ketiga



Assalamualaikum

Alhamdulilah hari nie dapat bernafas dan melihat indahhnya alam ciptaan Allah ini. Bangun saje hari nie acik dah lupakan apa yang berlaku semalam untuk biarlah tak tension..hehehhee. Ahhh hari nie acik nak kongsi sesuatu pekara ini kepada kamu semua.

Pernah tak kamu duduk bertiga, duduk bersembang sama ada di cafe, kantin, restoran dan di mana saje. Yang paling penting ada kamu kawan kamu dan seorang lagi kawan. Duk berbual , tapi rasa macam di pinggirkan kerana 2 kawan anda bersembangkan dan buat kamu macam tak ada di situ.

Pernah tak ?? Ishh tipulah tak pernah...

Siapa pernah rasa situasi nie ? mesti sakit hatikan, yelah kadang mereka bersembang tentang yang kita tak tahu. Bila nak mencelah tak tahu nak kata apa dan di biarkan saje kita nie .Kadang kita rasa benda ini remeh temeh jer tapi sebenarnya tidak elok kita membiarkan apabila 2 antara kamu bercakap cakap dan meninggalkan yang ketiga perbuatan itu tidak di sukai oleh Rasullulah.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Kadang fikir balik begitu hebatnya rasullulah, peribadi yang unggul . Hargai setiap sahabat yang dia ada dan tak pernah melukakan hati sahabatnya walaupon sekecil mana pon. Tapi orang sekarang ?? 

Orang sekarang pentingkan diri , lebih bersifat selektif untuk berkawan , dan kawan tersebut mestilah yang hebat dan mempunyai persamaan dengan dia serta berkepentingan untuk dia . Kalau tak memang dia tak layan kita nie.
 
Dan sebenar acik terkejut bila dapat dapat tahu dan lihat sendiri ramai kawan yang "fake" di depan mampu mengeluarkan kata kata indah dan support kita , tapi di belakang kita ?? mengutuk dan mencaci kita. Kita jadi bahan persendaan mereka. Dan sifat setia kawan seolah olah tak pernah wujud kerana orang sekarang lebih bersifat peribadi.

Kadang acik fikir jgk kenapa perlu sedih dengan umpatan orang? Bukankah di Akhirat nanti, kita perlukan mereka yg mengumpat ini untuk tolong pikul dosa-dosa kita?

Dan kadang kala kita kena tengok jugak diri kita, mungkin ada silap yang kita tak sedar dan mungkin kita terlalu ego untuk memulakan permbicaraan. Orang lebih suka kepada orang yang ramah dan boleh bertukar tukar buah fikiran lagi lagi berkongsi minat yang sama.

Acik buat entry ini atas permintaan seorang sahabat yang rasa dirinya di pinggirkan. Semalam menagis telefon acik untuk memberitahu hal ini, semoga ada sedikit iktibar yang dapat kita ambil dari entry ini. 

Bukan apa kadang kita perasan pekara ini, kita anggap benda ini remeh temeh tapi ada individu yang mengambil serius dan terasa hati.

Ya Allah jadikan aku kawan dan sahabat yang baik untuk mereka dan biarlah kami berkawan dengan ikhlas dan terima seadanya seseorang itu tanpa menilai rupa paras , harta benda dan kedudukan . Ya Allah semoga persahabatan yang terjalin ini mendapat keredhaanmu. KepadaMu aku meminta dan kepadamu aku berserah.

Catat Ulasan

30 Ulasan

Gombug berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Faridzuan berkata…
Abaikan je umpatan orang kat sekeliling, even kawan saya sendiri pun suka mengumpat kita. Grrr. Nanti di akhirat, tahulah dorang akan azab Tuhan yang amat memedihkan. ;)
Bunda_nora berkata…
memang terasa hati sekiranya kita diketepikan dlm tiga tu...rasa macam nasi tambah jer..
BinMuhammad berkata…
Salam,
Jangan bersedih jika dipinggirkan rakan dan sahabat. Muhasabah diri dan lihat kekurangan dan kelemahan diri dan perbaiki, jangan sesekali menyalahkan orang lain.
Jangan takut dipinggirkan rakan tapi takutlah jika anda dipinggirkan oleh Allah.
IMA SALSUZAIMA berkata…
ima pernah.walaupun yg 2 org tu sebenarnya bukan cakap pasal kita, tapi hati tetap terasa. Cikgu sekolah rendah dulu pun pernah pesan. x boleh berbisik-bisk antara 2 org bila kita bertiga.Kalau nak bisik juga, sana pergi kat hutan sana. masih ingt pesan cikgu tu sampai skrg.
bicara mak dara berkata…
ohhh akk kalau kena mcm tu terus je minta diri.. kerana byk lagi blh kita buat selain dr duduk ditengah dan tidak diendahkan mcm tu hehehehe
Unknown berkata…
pernah berkali-kali jugak alami sume nie.. huhu sabar sume nie lumrah kehidupan, boleh relate dgn entri smlm ni haha
Unknown berkata…
ohh...terasa jugak kalau org buat kita macam tuh...
but kita sempoi dah la...dah perangai orang kekadang memang begitu...jangan kita buat orang macam tu dah la...
hidup ni kadang2 kita kena jaga juga hati orang...nanti kena kat
batang hidung baru tersedar
cydayf berkata…
pernah rasa macam tu jugak, sebab tu sekarang kita lebih senang sorang-sorang, ada kawan okey, tak ada pun tak pe.. still boleh stay alone.. :)
Tanpa Nama berkata…
pernah2 tapi selalu smpan dlm hati je,, buat tk tau je,, huhu :)
Unknown berkata…
Pernah pernah..saya pn tanya la "hey, cakap pasal apa tu,? Cu cite cu cite".. padahal dlm hati "nak kena penampor gak 2 ekor ni" (tipu jee)..hehe sy tak la fikir mcm tu kot..cuma agak terasa hati laa..rasa nk blah cepat2..
Akupenghibur.com berkata…
yup tepat sekali.. kita bersabar saje :)
Akupenghibur.com berkata…
hehehe nasi tambah dan bertambahkan hehehe
Akupenghibur.com berkata…
wslm.. betul tu BM... seharusnya kita takut dipinggirkan rakan tapi takutlah jika dipinggirkan oleh Allah.

Akupenghibur.com berkata…
heehee aahh nak berbisik.. masuk hutan heheehe
Akupenghibur.com berkata…
kan.. lebih baik larikan diri dari kita sakit hati
Akupenghibur.com berkata…
hehehehhe boleh saje :)
Akupenghibur.com berkata…
kan.. sebab tu perlu saling beringat
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak cik ..kena sabar dengan apa yang berlaku :) sabar itukan separuh dari iman
Akupenghibur.com berkata…
yup... kena independent.. jangan terlalu bergantung :)
Akupenghibur.com berkata…
hehehehe pendamkan sAje :)
Akupenghibur.com berkata…
wahhhh kan ... memang makan hati jelah
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... klu kwn tu asik cite psl org lain kat kita , dia juga akan jaja citer kita kat org lain , klu kwn tu tetiba jer bawa org lain wpun dah offer kita , maknanya kita ni cuma isi tpt kosong jer . klu senang wat tak tau , bila sedih / susah cari kita ... cari jer la kawan lain ... tapi klu kwn wat camni x per lagi la , jgn sahabat ... sedey
Unknown berkata…
salam.perasaan sedih tu pasti ade bila kwn kite sndir yg pnggirkan kita..tp sblum kita salah kan sapa2 adanye lbih elok kite pndang diri kite dulu..mana salah silapnye shngga kita di buat sebegitu..singgah sini + follow here..follower ke-3333
miss yatie berkata…
betul tu acik, kadang2 memang terasa kalau diperlakukan begitu, kalau kita dapat rasa begitu, org lain pun mcm tu jugakkan? samalah menghargai perasaan
Abdul Munir berkata…
Yeke..pernah juga tapi biasanya lepas tengok diorang tak foukus,beredar je dari situ dari sakit hati
Nur Nainis berkata…
Susah nak hidup kalau kita terlalu bergantung pada orang lain kan..Susah juga nak cari kawan sejati. Tapi menarik perkongsian ini sebab saya pun baru tahu. Terima kasih share.
Unknown berkata…
hehe mmg biasa perkara camni berlaku...semoga kita tak kecikkan hati kawan2 kita....kalau kita yg kena mungkin kita boleh sabar, buat cool dsb...tapi jgn la kita pulak yg termasuk dalam dua org yang meminggirkan org ketiga tu.....(peringatan utk diri sendiri jugak)
Busyra Takiyudin berkata…
penah ja. tp kita simpan dlm hati.. huhu, moga kita tak buat dekat org lain mcm ni.. :)
Ayue Rejaluddin berkata…
Kalau nak pinggirkan seorang lagi, baik bercakap kala berdua...
Even takde mengena dengan orang tui pun, dia akan tetap terasa..